Wednesday, April 3, 2013
PAS Terengganu hanya bermimpi siang hari hari jika ....
Masalah kepada PAS Terengganu ialah barisan kepimpinannya yang terdiri daripada golongan tua dan sebahagian besar sudah kalah beberapa kali dalam pilihan raya. Tokoh nombor satu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden PAS), Datuk Mustafa Ali (Setiausaha Agung PAS) dan Yahya Ali (Setiausaha PAS Terengganu) golongan tua yang beberapa kali kalah dalam pilihan raya.
Jika PAS masih meletakkan mereka impian untuk merampas semula Terengganu akan hancur berkecai. PAS mesti berani meletakkan muka baru di kalangan pemuda yang aktif dan luas pengetahuan mengenai politik negara.
Rakyat Terengganu bukanlah mengharapkan Umno semata-mata tetapi mereka tidak mahu kepada pemimpin PAS yang tidak boleh membawa kemajuan kepada mereka. Pilihan raya umum 1999 menunjukkan rakyat negeri itu menolak Umno dan memilih PAS.
Malangnya Abdul Hadi yang menjadi menteri besar memerintah secara `kontorversi’, rakyat akhirnya menolak PAS dan memilih Umno pada pilihan raya umum 2004 dan 2008.
Meskipun masa telah berlalu, orang lama PAS yang sudah tidak relevan lagi dengan rakyat masih berkeinginan mahu menjadi wakil rakyat.
Kesimpulannya, PAS hanya bermimpi siang hari hari jika masih meletakkan muka-muka lama yang sebenarnya rakyat sudah `meluat.’
Baca lagi -----> Status quo akan kekal di Terengganu dan Kelantan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)