Advertise

Saturday, March 30, 2013

Umno lebih Islam dari PAS?

0 comments

Hari demi hari kita semakin hampir dengan tarikh pilihan raya umum (PRU) ke 13 namun sehingga hari ini kita belum tahu bilakah sebenarnya tarikh tersebut walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan telah terbubar secara otomatik sejak 28 Mac lalu.

Untuk memikat para pengundi terutama di kalangan pengundi Melayu yang beragama Islam, parti-parti politik atau lebih tepat lagi, PAS dan Umno, masing-masing mahu menonjolkan diri sebagai juara dalam memperjuang syiar dan memartabatkan Islam.

PAS, namanya sahaja (Parti Islam Semalaysia) sudah meletakkan asas perjuangannya untuk mendaulatkan Islam manakala Umno, walaupun sebuah parti yang berteraskan kaum Melayu, juga tidak mahu ketinggalan dalam usahanya untuk mendaulatkan Islam.

Sebab itu kita sering mendengar komen seperti “Umno juga memperjuangkan Islam” dan malahan banyak program untuk meninggikan syiar Islam dilaksanakan oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional berbanding PAS.

Salah satu isu kontroversial yang diketengahkan akhir-akhir ini ialah isu kalimah Allah. Timbul polemik apabila pihak gereja mahu menggunakan kalimah “Allah” dengan menggantikan perkataan “Tuhan” dalam kitab Bible.

Isu ini diulang tayang berkali-kali dan disiarkan oleh media arus perdana dan juga media alternatif sejak beberapa bulan yang lalu dan isu ini dianggap sesuatu yang sensitif dan kini bertukar menjadi isu politik, terutama di antara PAS dan Umno.Isu kalimah Allah membuat umat Melayu-Islam di negara ini menjadi keliru dan bingong, sama ada anggota masyarakat bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah dalam kitab dan literatur mereka.

Persoalan juga timbul sama ada kaliman Allah adalah hak mutlak umat Islam manakala perkataan Tuhan boleh digunakan oleh penganut agama lain dan non-Muslim.

Para pemimpin Umno agak konsisten tentang pendirian mereka terhadap penggunaan kalimah Allah kerana mereka tetap mengatakan kalimah Allah adalah hak mutlak umat Islam sahaja dan tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.

Namun para pemimpin PAS pada peringkat awal tidak konsisten dalam isu ini sehinggalah Majlis Syura Ulama parti itu menetapkan keputusan bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh umat Islam sahaja.

Sambung baca berkaitan UMNO lebih Islam dari Pas

Leave a Reply

 
Mediaperak.net © 2013 mediaperak.net & Blogger. Supported by Mediaperak Perak

"Menggalas Harapan Rakyat"