BERTUGAS di Jabatan Kerajaan memang selalu menahan hati kalau kita tahu
ada kebobrokan/penyelewengan dilakukan oleh pemimpin politik. Apa saja
arahan kena akur dan sesuaikan meski kekadang itu bertentangan dengan
peraturan IT/Peraturan Kewangan.
Misalnya ada satu projek kos
300 juta, maka kelulusan daripada CM/PM/MK diperlukan dan kementerian
kewangan akan terus memberikan kontrak secara award dan yang dapat itu
biasanya orang2 mereka/kroni dan keluarga.
Kalau adapun kononnya diberikan secara adil, maka akan ada
pelaksanaannya secara Tender Tertutup atau TERHAD yang maksudnya hanya
dua tiga kontarktor saja dipanggil dan dua tiga kontraktor itu biasanya
milik orang sama dan ini istilahnya sama juga seperti menyediakan
makanan tentera di sabah dan negeri lain.
Nah, keadaan ini
memang menyakitkan hati pegawai kerajaan dan kelihatannya
pegawai/pengarah yang diamanahkan langsung tiada kuasa dan samalah
seperti LEMBU.
Mereka sebenar tak boleh melawan sebab TERPAKSA
akur ikut perintah atas nama slogan ‘SAYA YANG MENURUT PERINTAH” dan
keadaan ini menyebabkan yang menjalankan tugas marah tetapi tak boleh
bersuara/kalau bersuara maka itu akan dikatakan sebagai penyokong
pembangkang seperti saya dulu meski saya dapat anugerah melintang/tiada
kes, lalu dipindah dan tidak bergaji selama 10 bulan lebih kurang
begitu. Kesannya sesudah saya semula dipindah lagi dan saya buat
keputusan undur dan tinggalkan jawatan penting dalam kerajaan.
Pegawai kerajaan mesti akur hukum PERINTAH AM tidak dibenar berpolitik
dan menyokong pembangkang siap diambil tindakan atau dilupa2kan peluang
naik pangkat tidak aka ada sebaliknya ditekan dengan bermacam cara,
tetapi kalau menyokong pemerintah bukan saja naik pangkat malah diamanah
duduki kerusi ahli lembaga pengarah di syarikat atau lembaga meski
tidak berkelayakan dan inilah bedanya.
Nah, ISUnya kenapa saudara Dr. Muhiddin Yussin/mantan pengarah pendidikan Sabah setelah bersara menyertai parti PKR/PAKATAN?
Mantan pengarah ini kawan baik saya dan kami semacam adik beradik di
tahun2 1977 dan selalu tidur/tinggal di rumah saya di Kota Kinabalu
bersebelah Maktab Gaya kerana ketika itu dia belajar di Maktab Gaya.
Kekadang hujung minggu kami bersama marzuki ali naik keretapi ke
Beaufort dan petang ke kampung saya dan tidur di kampung dan pernah
mandi di sungai Kg Brunei Membakut. Tanyalah dia!
Dia ini jenis
orang lurus/solat tak pernah tinggal/di mana saja kedengaran azan kami
tetap ke masjid dan solat. Jadi saya faham sangat kedudukannya dan itu
cukup jujurnya manusia yang pernah saya temui selama ini. Nama RASUAH
dia 100% tidak ada.
Saya melihat jabatan pendidikan ini sejak
dahulu hingga kini saya tahu keadaannya dan kekadang projek nilai
RM80k/hanya dibelanjakan RM20K dan itu sebab keadaan binaan asal ada
sahaja tetapi tidaklah semuanya. Ada juga yang dilaksanakan secara benar
mengikut spek kerja yang ditentukan.
Yang sejak kebelakangan
ini projek2 renovasi misalnya sudah ada orangnya yang ampunya meski
pengarah pendidikan belum tahu projek yang berkenaan dan dari meja JPS
sudah ada tuan punya atas arahan atasan dan kerusi/meja pengarah
hanyalah laluan restu sahaja atau tidak punya kuasa atau kalau projek
itu ratusan juta, maka itu kelulusannya dari Malaya dan biasa arahan
PM/Menteri kewangan kepada Ketua Setiausaha Kementerian2 berkenaan dan
ini disekongkol oleh EPU dan sebagainya.
Keadaan2 semacam ini
bukan saja berlaku di Jabatan pendidikan, malah juga berlaku di
Kementerian2 lain dan yang selalu mendapat projek ialah macai2 menteri
atau keluarga kroni terdekat dan kalau adapun untuk bawahan2 hanyalah
projek2 bersih parit yang kos hanyanya RM5,000.000 dan yang dapat ialah
ketua2 cawangan dan itupun kos bersih parit hanyalah RM450.00 dan yang
RM4,500.00 keuntungan bagi2 termasuk sewa lessen 5%.
Masih
ingat projek RM160 juta computer sabah dan laporan audit negara ada
KETIRISAN/Rasuah sebab hanya satu dua sekolah saja berfungsi dan yang
lain gagal. RM160 juta bukan RM160 dan sama seperti lembus Sharizat
RM250 juta. Kesannya negara berhutang lebih RM500 bilion dan ini hutang
Rakyat bukan hutang BN.
Semua pengarah atau pegawai tahu
keadaan ini dan mereka tak bisa berbuat apa-apa selain diam tahan rasa
dan nak marah sama siapa, lalu ada yang tak tahan terus melawan tetapi
kesannya ditekan macam saya dan akhirnya mengalah/tetapi saya lebih
senang dan “happy” sebenarnya.
Nah, kenapa pegawai kerajaan bila bersara penyokong kerajaan? Jawabannya sudah ada dan tidak perlu lagi saya jelaskan.
Lalu ada juga yang bertanya kenapa dalam kerajaan dulu tidak bersuara?
Jelas yang bertanya ini tidak faham peraturan kerajaan AKU JANJI dan
hukum2 dalam Perintah AM itu sendiri dan yang tak faham kena faham ini.
Persoalannya kenapa Dr. Muhiddin Yussin sertai PKR dan tidak BN?
Jawabannya sudah saya katakan di atas sana pula menyatakan konon Dr
Muhiddin Yussin tidak mengenang budi dan dia bercita2 mahu jawatan yang
lebih tinggi. Jelas ini salah sebab dia bukan jenis begitu dan dia
sendiri sepatut sudah lama duduki kerusi berkenaan. Pernah dia sudah
dijadual duduki satu unit naik pangkat tetapi dipintas oleh bawahan dan
dia tetap bersabar.
Pernah rosak keritanya, tetapi dia tak guna
kereta kerajaan dan rela duduk di bas stop depan federal untuk pulang
ke petagas di rumahnya dan pernah merasmikan acara di Kota Belud dan dia
ke sana dengan proton saga buruknya. Inilah namanya insan yang dulu
saya panggil dia MY ANAS kerana terkenal kesan penulisan puisinya yang
bagus.
Saya doakan dia terus Berjaya dan Berjaya/kalaupun tak
Berjaya itu sesungguhnya kemenangan yang tertangguh dan di syurga tetap
menerima sesuatu yang cukup hebat dari Allah yang satu. Amin!