Advertise

Showing posts with label lain-lain. Show all posts
Showing posts with label lain-lain. Show all posts
Sunday, May 5, 2013

Flashmob berdarah di Dun Sungai Rapat - Sinar Harian

0 comments
Flashmob berdarah di Dun Sungai Rapat - Sinar Harian
IPOH – Peserta flashmob Pakatan Rakyat (PR) di Pengkalan Pegoh cedera apabila mendakwa dipukul oleh sekumpulan lelaki dipercayai penyokong parti lawan petang tadi. Jurucakap penganjur, Shahari Anuar Ibrahim berkata, dalam kejadian pukul 4.14 petang itu, kumpulan lelaki seramai kira-kira 300 orang yang datang menaiki motosikal secara berkonvoi telah bertindak ganas sambil melakukan provokasi terhadap peserta flashmob. Beliau mendakwa, keadaan tidak terkawal apabila peserta konvoi sebuah parti politik turut melalui jalan berkenaan dan melanggar lampu isyarat hingga mengakibatkan kesesakan trafik. “Mereka tidak hiraukan lampu isyarat dan peserta kami menasihati agar mereka beredar segera serta mematuhi undang-undang dan ia mencetuskan kemarahan peserta konvoi berkenaan. “Berikutan itu berlaku pertelingkahan dan pertikaman lidah di antara kedua-dua pihak sebelum mereka (peserta konvoi) bertindak agresif dengan menyerang dan memukul peserta kami,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di tempat kejadian. Dakwanya lagi, sebahagian daripada peserta konvoi kemudian bertindak memukul dan mengejar peserta flashmob. “Mereka menggunakan kayu dan mengejar peserta kami malah keadaan semakin tegang apabila ada di antara kami yang dipukul beramai-ramai. “Ekoran kejadian itu tiga mangsa dan salah seorang peserta mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan dan kini menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB)," katanya. Tambah beliau, lebih mendukacitakan apabila selepas kejadian tersebut, peserta konvoi motosikal berkenaan datang semula ke kawasan terbabit. “Mereka datang semula ke situ seolah-olah cuba cetuskan provokasi hingga mengakibatkan suasana menjadi tegang semula. “Mujurlah keadaan dapat dikawal dan tiada pertembungan antara kedua-dua pihak,” katanya. Seorang mangsa, Muhammad Rahmat, 28, berkata, program flashmob pada mulanya berlangsung dengan aman namun setelah kehadiran sekumpulan individu menyebabkan keadaan menjadi huru-hara. “Mereka berpakaian logo BN dan I Love PM seolah-olah sengaja inginkan kejadian itu berlaku apabila bertembung dengan kami dan mereka telah memukul peserta termasuk saya dengan kayu, batu dan topi keledar. “Saya dihentak dengan topi keledar dan terpaksa melarikan diri daripada kawasan berkenaan,” katanya. Jelasnya lagi, kumpulan terbabit turut menyerang secara rambang kepada peserta flashmob terutama yang merakam insiden itu.
Read more...
Sunday, March 24, 2013

Padang Rapat Setia Dah Jadi Sawah Padi Angkara BN

0 comments






















Oleh Deth Mustaine

Pada 9 hingga 10hb. Mac 2013 yang lepas, BN dengan kerjasama beberapa organisasi NGO telah mengadakan karnival di Padang Rapat Setia. Difahamkan khemah-khemah disewakan selama 2 hari kepada peniaga-peniaga dengan kadar RM200. Acara yang berlangsung indah khabar dari rupa. Kelihatan khemah-khemah jualan tidak mendapat sambutan dari penduduk setempat. Boleh dikatakan khemah lebih 'ramai' dari manusia. Ini merupakan karnival yang paling teruk aku pernah lihat sejak berpuluh-puluh tahun kebelakangan ini.

Sumber: http://www.facebook.com/skuadbnofficial
Di samping karnival, juga diadakan pertandingan Battle of the Bands dan pertandingan Ratu Pakaian Tradisional. Setiap kumpulan yang ingin turut serta dalam Battle Of The Bands dikenakan yuran sebanyak RM50. Tidak dapat dipastikan apakah tujuan yuran tersebut padahal difahamkan penganjur karnival ini mendapat peruntukan yang besar untuk menganjurkan karnival ini
.
Kesan yang ditinggalkan tayar lori kontena
Disebabkan pada malam sebelumnya hujan turun dengan lebatnya, padang Rapat Setia menjadi becak. Sudahlah becak, mereka tidak mempedulikan situasi itu malah membawa lori kontena masuk ke dalam padang hingga menyebabkan lori itu tersangkut akhirnya dan tidak dapat dikeluarkan. Mengikut perancangan, kontena itu pada asalnya adalah pentas untuk kumpulan yang menyertai pertandingan membuat persembahan. Apabila lori kontena itu tersangkut, rancangan terpaksa ditukar dengan peserta terpaksa membuat persembahan di atas gelanggang simen tanpa pentas.


Kerja mudah, longgok saja di tepi pokok
Padang yang ditenggelami air hujan akhirnya menjadi seperti sawah padi angkara lori kontena itu. Apa yang dikesalkan, penganjur meninggalkan padang itu dalam keadaan berlopak tanpa ditimbus dengan tanah atau pasir. Ia menyebabkan padang itu jadi kolam dan boleh menjadi sarang pembiakan nyamuk aedes.

Pada hari terakhir, Menteri Pertahanan, Dato' Zahid Hamidi datang Dewan Koperasi Rapat Setia yang bersebelahan dengan padang untuk merasmikan karnival tersebut. Tetapi difahamkan karnival tersebut memang tidak mendapat sambutan dari penduduk Rapat Setia yang kini dianggap sudah menjadi kubu kuat pembangkang.

Sampah sarap yang sebabkan longkang tersumbat

Walaupun orang yang hadir tidak ramai, ia masih tidak cukup untuk memberikan imej yang buruk terhadap parti itu apabila pihak penganjur membiarkan sampah bertaburan di atas padang tanpa dikutip. Malah untuk memudahkan kerja, mereka longgokkan sampah itu di tepi pokok dengan harapan ada pihak lain yang datang mengutipnya. Lihatlah gambar-gambar yang baru diambil pada petang ini (24hb Mac) iaitu setelah 2 minggu acara selesai. Masih tiada pihak yang merasakan mereka bertanggungjawab terhadap sampah sarap yang bertaburan di padang.

Sebenarnya pemilihan lokasi ini untuk mengadakan karnival politik BN adalah suatu kesilapan besar.  Sikap penganjur yang pengotor juga akhirnya membuatkan BN parti yang semakin tidak popular di kalangan penduduk Rapat Setia. Mungkin selepas artikel ini keluar, mereka akan cepat-cepat bersihkan padang ini. Itulah sikap typical BN. 

Bezakanlah antara karnival BN dengan Himpunan Bersih 3.0 di Padang Polo Ipoh tahun lalu walaupun jumlah yang hadir pada Himpunan Bersih itu beribu-ribu jumlahnya.

Gambar padang Rapat Setia diambil dengan cameraphone. Klik pada mana-mana gambar untuk besarkan. 

Read more...
Friday, March 15, 2013

PI Bala meninggal dunia!

0 comments

KUALA LUMPUR, 15 Mac — Penyiasat persendirian P. Balasubramaniam meninggal dunia hari ini kerana masalah jantung, beberapa minggu selepas pulang ke tanah air selepas lama menetap di luar negara dan berikrar untuk mendedahkan perkara sebenar berkaitan dengan pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Peguam beliau Americk Singh Sidhu mengesahkan perkara ini apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider pada pukul 2.50 petang hari ini.

“Beliau meninggal lebih kurang 45 minit lalu,” kata Americk kepada The Malaysian Insider.
Americk mengatakan isteri Balasubramaniam menghubungi ambulan apabila bekas penyiasat persendirian itu mengalami serangan jantung dirumahnya.  Lagi..
Read more...
Thursday, March 14, 2013

Wajah wajah penyerang pejabat PKR..


Inilah wajah wajah [gambar] konun pembela bangsa dan agama tetapi perangai macam lembu..

Hanya bertopengkan Agama,  tetapi  bertindak mengikut hawa nafsu setan. Undang undang seperti mak bapak mereka yang gubal...

Kepada pihak yang berkenaan ...apa lagi tolong siasat !!

Kami tak mahu gejala ini  membarah dan menjadi lebih teruk ..

Kami cintakan keamanan..

Dan kami tolak budaya negatif seperti ini.

Kita bermusuh dipentas politik,perlawanan atau pertarungan kita semua dipentas pilihanraya bukannya seperti perangai samseng 6 jahanam..~~






Mengaku kunun pembela Islam...Tetapi mereka sebenarnya menghina Islam..

pejabat keadilan yang di serang Percayakah anda, Walaupun Lembu tidak mempunyai tangan, tetapi mereka masih mampu membaling telur..ini buktinya
 




Read more...
 
Mediaperak.net © 2013 mediaperak.net & Blogger. Supported by Mediaperak Perak

"Menggalas Harapan Rakyat"