Advertise

Showing posts with label news. Show all posts
Showing posts with label news. Show all posts
Saturday, August 3, 2013

Kita Semua Adalah "Bahan"

2 comments
Masa sebelum mengundi, handfon aku tak putus-putus terima SMS dan MMS bagitau suruh mengundi BN, siap keluar video ucapan dari Najib. Tak cukup waktu siang, tengah-tengah malam buta pun mereka hantar sampai mengganggu dan mengejutkan aku dari tidur. Ingatkan apa, siapa yang hantar SMS tengah-2 malam , rupanya si Najib merayu kat aku suruh undi Barisan Nasional. Mencarut la aku malam-malam buta tengah tidur bila buka mesej nampak muka Najib. Yang buat aku makin menyampah dan meluat, hantar content yang sama berulang kali. Apekejadahnya woii?

Masa dekat nak raya ni, 1 sms pun aku tak dapat dari Najib. Kurang-2 pun, hantar la sms ucap Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Inilah bukti mereka hanya datang kepada kita masa terdesak. Kita ni ibarat melepas anjing anjing tersepit kat pagar besi. Bila kita dah lepaskan anjing tu, kita pulak dia gigit.

Lepas menang, harga barang naik. AES diteruskan, tarif elektrik naik, harga ayam naik dan segalanya naik. Taraf hidup aku makin merudum tak naik-naik.
Read more...
Sunday, July 28, 2013

Scorpene: RM450 Juta Bukan Rasuah

0 comments
Oleh Astro Awani
27 Julai 2013

Arkitek pembelian kapal selam Scorpene hari ini menafikan sekeras-kerasnya kewujudan elemen rasuah dalam urus janji   Scorpene yang kontroversi itu.

Perspektif negatif yang sengaja dimainkan pihak tertentu berhubung isu pembayaran RM452 juta (115 juta euro) sebagai 'komisen' kepada Perimekar Sdn Bhd, disangkal oleh Jasbir Singh Chahl, yang menegaskan jumlah itu sebenarnya bayaran khidmat pengurusan bagi syarikat berkenaan.

Dalam wawancara eksklusif dengan akhbar The New Straits Times, Jasbir yang bercakap buat kali pertama mengenai urus janji itu, berkata syarikat itu bertanggungjawab dalam logistik dan latihan pegawai serta anggota Angkatan Kapal Selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Menurut laporan itu, bayaran itu meliputi perkhidmatan pengurusan projek dan integrasi pojek, menyelaraskan penglibatan syarikat Malaysia dalam program penyertaan industri dalam peruntukan perkhidmatan semasa fasa pembinaan dan untuk memantau prestasi firma terlibat.

Perimekar Sdn Bhd dimiliki Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Boustead Holdings Sdn Bhd dan K.S. Ombak Laut Sdn Bhd.

Ia juga bagi membantu kontraktor utama supaya mematuhi semua undang-undang dan prosedur tempatan berkaitan pelaksanaan kontrak, menyelaras dan memantau latihan kakitangan TLDM, berdasarkan kontrak utama dan sejajar dengan jangkaan kerajaan Malaysia dan TLDM, serta menyediakan laporan bulanan bagi semua perkara yang dinyatakan itu.

Sebahagian besar daripada bayaran itu melibatkan aspek makanan dan penginapan serta semua perkhidmatan yang perlu bagi latihan kakitangan TLDM dan keluarga mereka di Brest, Perancis dan Sepanyol selama tempoh enam tahun termasuk premium insurans kesihatan serta elaun saraan harian minimum 50 euro seorang.

Kos lain termasuk bayaran tambang pergi balik ke Malaysia tiga kali setahun.

Keseluruhannya, 145 kakitangan TLDM termasuk 49 pegawai dan tanggungan mereka yang diliputi.
"Kami digambarkan seperti mengaut keuntungan dengan hanya duduk sahaja dan memperoleh hasil sedangkan, pada hakikatnya, terdapat banyak kerja keras, ketara, yang dilaksanakan," katanya.

Beliau turut dipetik sebagai berkata tawaran komersil itu adalah menarik disebabkan program penyertaan industri unggul, yang dijalankan bersama.

"Program perdagangan balas dan timbal balas yang kami cadangkan sebagai  sebahagian daripada cadangan keseluruhan turut memungkinkan kejayaan memihak kepada kami," katanya.

Jasbir berkata berdasarkan kekuatan dan keunggulan komersil pada cadangan itu, mereka tidak perlu melobi sesiapa supaya mempengaruhi dalam proses penilaian komersil.

"Scorpene adalah kapal selam janaan bukan nuklear terbaik yang kita, sebagai sebuah negara, boleh memilih," katanya.

Berita dipetik dari laman web Astroawani.com
Read more...
Tuesday, July 23, 2013

Batal Lawan Barca Elak Jatuh Maruah

0 comments
Malaysia patut membatalkan perlawanan bolasepak menentang satu lagi kelab bolasepak terkuat di dunia iaitu FC Barcelona yang dijadualkan berlangsung pada 10 Ogos 2013 di Stadium Bukit Jalil.

Biarpun ini hanya perlawanan persahabatan, kita tidak mahu maruah pasukan negara dicalar dengan begitu teruk lagi selepas kekalahan 4-1 menentang pasukan kelab Chelsea sebelum ini. Barcelona bukan calang-calang pasukan malah kali ini mereka akan disertai oleh penjaring handalan baru dari Brazil iaitu Neymar. Barca yang terkenal dengan corak permainan Tiqui-taca - iaitu penguasaan bola dari bawah hingga ke kawasan tiang gol bakal menyaksikan pasukan negara tidak akan merasa bola sampai ke akhir perlawanan. Apatah lagi mahu menjaringkan gol, bukan saja cium bau bola, malah pemain Malaysia bakal dilihat bekerja keras hanya untuk mendapatkan bola dari kaki pemain Barca yang melintas di depan mata tanpa dapat menyentuh walau sesaatpun. 

Jaringan besar juga dijangka bakal membolos jaring gol pasukan negara. Tarikh perlawanan yang diadakan pada hari raya juga merampas masa pemain dengan keluarga dan ini menyebabkan permainan yang tidak bersungguh-sungguh kerana mood Hari Raya masih lagi dirasai. Seeloknya biarkan Barca mengadakan majlis pertemuan dengan peminat sahaja, membuat acara dan jualan merchandise kelab dan tidak perlu mengadakan perlawanan dengan pasukan kebangsaan. Ada banyak cara lain untuk mereka bertemu peminat mereka sendiri, bukan dengan mengadakan perlawanan persahabatan. Bukan kerana takut, tapi ini melibatkan maruah negara yang telah pun tercalar teruk selepas kekalahan dengan pasukan bertaraf kelab iaitu Chelsea.

Setidaknya biarkan kelab lawan dengan kelab, kalau masih mahukan pemain kebangsaan bermain, namakan pasukan Kelantan, Selangor, ATM atau JDT untuk melawan Barca, bukan Malaysia XI. Kalah pun puas hati.


Read more...

Maruah Negara Tergadai Angkara FAM

0 comments
Aku dari dulu rasa amat pelik kenapa FAM suka sangat jemput kelab ternama terutama dari Barclays Premiere League seperti MU, Chelsea dan  Arsenal, terbaru Barcelona dari Liga Spanish untuk melawan team kebangsaan. Sepatutnya kelab lawannya ialah kelab, kalau lawan dengan Kelantan, Selangor atau JDT ada logiknya. Ini team bertaraf kelab. Biarpun taraf mereka jauh lebih tinggi dari liga di Malaysia, sekurang-kurangnya kalau team kita kalah teruk, tak bawa nama negara dan memalukan negara kerana pasukan nasional Malaysia kalah teruk lawan pasukan bertaraf kelab. Apa punya bingai punya idea ni aku pun taktau nak cakap apa lagi dah. Memang pemikiran Rajagopal ni tahap sampah.

Kelab-kelab besar biasanya kalau off-season depa akan tour keliling dunia dan salah satu tentatif program ialah buat friendly match dengan mana-mana team yang berhajat nak lawan depa ni. Tapi kalau setakat Malaysia ni, aku rasa baiklah jangan lawan dengan depa. Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. Depa tu team kuat, kalau depa nak singgah kat sini, biarlah depa jumpa peminat je dah cukup - Rajagopal duduk diam-diam, tak payah lawan depa.

Memang la kalau dibandngkan kekuatan, pasukan kebangsaan memang tak mampu nak kalahkan pasukan kelab sebab pemain mereka jauh lebih hebat dan berpengalaman di peringkat dunia berbanding pemain Malaysia yang hanya mempunyai pengalaman setakat bermain di liga tempatan. Tapi bila taraf negara ditemukan dengan pasukan bertaraf kelab, ia meletakkan maruah pasukan negara di tahap rendah dan apabila kalah, ia telah membuatkan maruah pasukan negara jatuh lebih teruk dan amat memalukan. Biarpun mereka menamakan pasukan sebagai Malaysia XI atau Malaysia Selection, nama Malaysia masih dikekalkan dan ini membuatkan peminat-peminat bolasepak di seluruh dunia memandang bahawa Malaysia adalah pasukan belasahan di mana pasukan kelab dari liga Inggeris saja bukan lawan Malaysia.

Chelsea bukan bermain dengan kekuatan sebenar - itu pun dah jaring 4 gol. Kalau main dengan full-strenght, rasanya mau jadi 10 macam Spain belasah Tahiti. Tahiti pun masih ada maruah sebab itu pasukan kebangsaan. Mereka lawan dengan bekas juara dunia. Apa nak malu kalau kalah 20 - 0 sekalipun. Ini Malaysia, team nasioanl kalah 4 biji dengan team kelab. Mana la nak letak maruah team bolasepak negara kalau macam ni punya pemikiran orang-orang dalam pengurusan bolasepak negara.

Aku rasa, lepas ni jangan la menggadaikan maruah negara dengan membiarkan orang-orang dalam FAM mencaturkan maruah negara dengan melagakan pasukan negara dengan pasukan kelab dari liga Inggeris atau Spain. Lebih baik Malaysia lawan team Tahiti dulu sebeum berhajat nak lawan kelab-kelab besar dari England. Dengan Vietnam pun belum tentu Malaysia boleh menang, ada hati nak main dengan Barcelona.

Aku harap lepas ni, Barca juga main sambil lewa dan lihat berapa gol pulak Malaysia kena belasah.

 
Read more...
Monday, July 22, 2013

Pencerobohan Hutan Simpan Kekal Chikus Pula

0 comments
Di Perak ini, selagi ada hutan, tidak kira hutan simpan kekal atau tidak, selagi itu ia menjadi mangsa manusia-manusia yang rakus untuk mengaut hasil mahsul dalam negeri untuk dijadikan sumber kekayaan peribadi. Berikut adalah siri foto-foto yang diambil oleh jurugambar MediaPerak di Hutan Simpan Kekal Chikus, yang sepatutnya tidak diusik tetapi ditanam berbagai jenis pokok termasuk pokok kelapa sawit yang telah pun tua. Ini menunjukkan pencerobohan ini bukan berlaku baru-baru ini saja, malah ia telah bermula sejak berpuluh-puluh tahun lagi. Hutan ini diceroboh secara terang-ternagan tetapi pihak berkuasa hanya pejam mata tak tahu apa sebenarnya yang berlaku di sebalik semua ini. Apa yang tidak kena dengan pentadbiran Zambry Abdul Kadir? Adakah dia layak digelar Menteri Besar pemusnah alam semulajadi memandangkan sudah banyak kawasan hutan simpan dimansuhkan dan lesen diberikan kepada syarikat pemaju untuk membawa keluar kayu balak-kayu balak dari negeri Perak?

Hutan Simpan Chikus terletak di dalam Parlimen Pasir Salak di mana Dato Tajuddin Abdul Rahman merupakan Pengerusi Felcra.

tanam pokok betik








Tiada nombor permit dan tempoh kuatkuasa permit
 
Read more...

Foto-foto Kemusnahan Hutan Simpan Kekal Bikam

0 comments
Jika sebelum ini MediaPerak melaporkan tentang status Hutan Simpan Kekal di Hutan Simpan Bikam dimansuhkan oleh pentadbiran Zambry Abd. Kadir, hari ini beberapa NGO iaitu Sahabat Alam Malaysia (SAM), Persatuan Aktivis Sahabat Alam Perak (KUASA), Malaysian Nature Society dan kumpulan wartawan dibawa menyaksikan sendiri kemusnahan yang telah dicipta hasil dari pemansuhan status Hutan Simpan Kekal di Hutan Simpan Bikam ini.

Siapa sebenar penceroboh?
Lihatlah bagaimana mereka dengan angkuhnya meletakkan papan tanda amaran tembak mati kepada sesiapa yang didapati "menceroboh" kawasan hutan yang sedang digondol oleh puak manusia-manusia keparat yang tidak punya hati hanya mengutamakan wang ringgit semata-mata. Mereka buat seolah-olah hutan ini milik mereka malah direstui oleh pemimpin negeri yang memberikan 'lesen' oleh Zambry.

Jalan masuk ke kawasan ini juga telah ditutup kepada orang awam malah mereka meletakkan pengawal untuk memastikan kerja mereka meratah kayu balak berjalan lancar tanpa halangan.


Sila ke Facebook KUASA untuk melihat siri foto tinjauan di sini.
Read more...
Sunday, July 21, 2013

Shisha Haram, Babi Boleh

0 comments
Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam yang bersidang pada 17 Julai 2013 telah memutuskan bahawa shisha adalah haram bagi umat Islam. Ia termasuk perkhidmatan menyediakan shisha dan apa saja aktiviti yang melibatkan shisha.

Setelah meneliti maklumat serta bukti perubatan secara "terperinci dan saintifik" maka muzakarah yang dipengerusikan oleh Prof Emeritus Tan Sri Abdul Shukor Husin telah memutuskan shisha adalah haram bagi umat Islam. Bagaimanapun, apa bentuk maklumat terperinci dan saintifik itu tidak pula dinyatakan.

Tidak lama dahulu, Jawatankuasa yang sama pernah mengisytiharkan bahawa penggunaan vaksin babi untuk jemaah haji adalah dibenarkan disebabkan darurat dengan mengemukakan dalil dari Al-Quran yang disiarkan melalui laman web e-fatwa.gov.my seperti di bawah:

"Walaubagaimanapun sekiranya tidak didapati oleh pesakit (atau orang yang memerlukan) melainkan dalam keadaan dharurat dan terpaksa menggunakan anggota haiwan yang tidak halal, maka tidak menjadi kesalahan kerana keperluan yang mendesak tersebut. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T.

Maksudnya:

“Sesiapa yang terpaksa dengan tidak sengaja dan tidak melewati batas, maka tidaklah berdosa baginya, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani”. ( al-Baqarah: ayat 173)

Rujuk di sini

Adakah suntikan kepada jemaah haji itu merupakan keperluan yang begitu mendesak sehingga tidak jumpa vaksin yang tidak mengandungi babi? Bagaimana jika penghisap shisha yang terdesak juga berminat menggunakan alasan DARURAT demi meneruskan tabiat mereka?
Read more...
Friday, July 19, 2013

Lagi Hutan Simpan Perak Jadi Mangsa Zambry

0 comments

Setelah kawasan peranginan Teluk Rubiah dan zon pemuliharaan penyu dan hutan simpan bukit pantai Segari menjadi mangsa serakah pentadbiran kerajaan negeri Perak meluluskan pembinaan kilang besi keluli untuk pelabur asing atas nama 'pembangunan', kini satu lagi kawasan hutan simpan di negeri Perak menjadi 'mangsa' terbaru keganasan pentadbiran Zambry menghancurkan alam sekitar untuk tujuan mengaut keuntungan dari sumber asli negeri Perak.

Kawasan hutan simpan kekal ini terletak di Daerah Hutan Perak Selatan iaitu di Hutan Simpan Bikam seluas 401.43 hektar kawasan berstatus Hutan Simpan Kekal telah dimansuhkan apabila beberapa syarikat swasta telah "dianugerahkan" lesen meneroka kawasan hutan simpan kekal di sini.

Menurut sumber yang rapat dengan pentadbiran kerajaan negeri, antara perkara yang paling 'dibenci' oleh Zambry ialah bila ada orang yang memohon konsesi balak di dalam negeri Perak. Ini bertentangan dengan hakikat sebenar apa yang sedang berlaku semasa pentadbirannya. Sejak menjadi Menteri Besar, telah hampir 10,000 hektar kawasan Hutan Simpanan Kekal di Negeri Perak dimansuhkan. 

Pembalakan dikatakan motif sebenar status hutan simpan ini dimansuhkan dimana syarikat-syarikat yang diberikan lesen dibenarkan untuk menebang pokok-pokok memusnahkan alam semulajadi di kawasan hutan yang pernah diisytiharkan sebagai Hutan Simpan Kekal.

Di bawah ialah keratan akhbar yang menunjukkan pada 2008 kerajaan melarang pembukaan tanah baru untuk penerokaan membabitkan hutan simpan kekal.























Foto oleh Sahabat Alam Malaysia
Read more...
Wednesday, May 15, 2013

Peniaga RTC Gopeng Terpinggir

0 comments

RTC Gopeng yang telah mengalami begitu banyak transformasi semuanya tak menjadi dari Terminal Makanan Negara (TEMAN) kemudian Pusat Agribisnes kemudian Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) last sekali yang menjadi ialah pasaraya Mydin. Sebuah hentian rehat dibuka di tepi highway semata-mata untuk mengajak orang ramai datang membeli belah di Mydin.

Apa sudah jadi dengan nasib peniaga-peniaga kecil di RTC? Apa guna peniaga-peniaga kecil-kecilan yang menjual sayuran segar, ikan dan daging kalau Mydin pun jual benda yang sama? Adakah ini yang dikatakan "rakyat didahulukan" atau "kroni yang didahulukan?" Inikah juga yang dilaung-laungkan oleh Zambry tiada tertinggal tiada terpinggir? Kepala otak dia.

Sewa kedai pun mahal, produk banyak terbuang tak pernah habis dijual. FAMA yang pada mula berjanji akan menjadi pelanggan tetap kepada peniaga-peniaga ini akhirnya buat tak endah, duit sewa kutip juga. Lama-kelamaan peniaga-peniaga ini akan lari sebab tak boleh cari makan. 
Read more...
Monday, May 13, 2013

Puluhan Ribu Warga Ipoh Banjiri Medan Istana

0 comments
Puluhan ribu warga Ipoh dari pelbagai lapisan masyarakat dan kaum membanjiri kawasan letak kereta dan jalan di Medan Istana semalam dalam perhimpunan yang dinamakan sebagai 'Blackout 505' - suatu yang simbolik kepada runtuhnya demokrasi di Malaysia. Ini petanda bahawa rakyat sudah muak dengan isu perkauman yang sering dimomokkan oleh parti perkauman iaitu UMNO. Tembok perkauman di negara ini sebenarnya sudah runtuh seperti runtuhnya tembok Berlin tapi UMNO masih cuba 'mempertahankannya'. Tiupan vuvuzela dari orang ramai turut meriuhkan suasana setiap kali pemimpin membakar semangat dengan ucapan yang berapi-api. Rakyat juga sudah tidak percaya kepada kerajaan Barisan Nasional malah hilang keyakinan kepada badan yang dilantik untuk memastikan demokrasi berlajan dengan sepatutnya iaitu Suruhanjaya Pilihanraya. Saksikan koleksi foto yang diambil malam tadi di Medan Istana, Ipoh berhadapan dengan Pejabat Parti Keadilan Rakyat.

Read more...
Wednesday, May 8, 2013

Kemenangan PAS Di N43 Kerana Faktor Pertambahan Pengundi Baru

1 comments
Kemenangan calon PAS bagi N43 Sungai Rapat bukanlah disebabkan oleh undi protes dari penyokong-penyokong UMNO yang tidak puas hati dengan pencalonan semula Dato Hamidah Osman. Penyokong UMNO tidak boleh berbangga dan mendakwa kemenangan calon PAS adalah berpunca dari mereka kerana jika dilihat jumlah kertas undi yang dikeluarkan kali ini, ia bertambah sebanyak 57% dari PRU12 dahulu. Ini menunjukkan pertambahan pengundi baru dan juga dibantu oleh mereka yang sanggup pulang bercuti dari perantauan semata-mata untuk mengundi dan memberi sokongan kepada calon PAS, Radzi Zainon.

Kehadiran calon Bebas yang dikatakan pro-BN yang bakal menarik undi ahli UMNO yang tidak suka kepada Hamidah juga bukanlah faktor yang membantu kemenangan calon PAS. Calon Bebas hanya mendapat undi sebanyak 333 sahaja manakala Radzi Zainon menang dengan majoriti 2,638 mengatasi undi Hamidah Osman.

Walaupun peratusan pengundi yang keluar mengundi bertambah kepada 85% berbanding 73% pada PRU12, ia tidak menggambarkan  undi protes ahli UMNO terhadap Hamidah kerana jumlah pengundi kali ini ialah seramai 36,635 berbanding 21,040 pada PRU12.

Undi rosak yang berjumlah 460 melebihi jumlah yang diperolehi calon Bebas menunjukkan bahawa ia tidak banyak beza dengan jumlah undi rosak pada PRU12 iaitu sebanyak 406. Jumlah undi rosak dan undi untuk calon Bebas jika digabungkan masih tidak dapat mengatasi majoriti yang diperolehi oleh calon PAS iaitu 2,638.

Jika dilihat jumlah undi yang diperolehi Hamidah, beliau juga berjaya mendapat pertambahan jumlah undi sebanyak 5,967 tapi sokongan pengundi baru yag lebih banyak menyokong calon PAS telah berjaya mengatasi sokongan terhadap Hamidah.

Jadi, pertarungan kali ini boleh dikatakan pertembungan antara pengundi baru yang menyokong Hamidah Osman dengan pengundi baru yang menyokong Radzi Zainon. Bukannya pertarungan 3 penjuru antara penyokong UMNO, PAS dan Bebas. 
Read more...
Sunday, May 5, 2013

Proses Pengundian Berjalan Lancar Pagi Tadi

0 comments
Proses pengundian berjalan lancar pagi ini di sekitar Ipoh. Tiga kaum utama di negara ini iaitu Melayu, Cina dan India tidak melepaskan peluang untuk meluahkan sokongan kepada pemimpin pilihan mereka. Terdapat sedikit rungutan dari orang ramai yang kecewa dengan situasi terpaksa beratur panjang di bawah panas cahaya matahari. Ada juga yang mengadu warga tua tidak mendapat layanan sepatutnya. Bagaimanapun, terdapat pertambahan golongan muda yang agak ketara berbanding PRU12 lima tahun lepas. Ini menunjukkan rakyat negara ini semakin matang dan sedar akan pentingnya tanggungjawab mengundi untuk memilih pemimpin masa depan.












Read more...
 
Mediaperak.net © 2013 mediaperak.net & Blogger. Supported by Mediaperak Perak

"Menggalas Harapan Rakyat"