Advertise

Showing posts with label Blogger. Show all posts
Showing posts with label Blogger. Show all posts
Tuesday, July 23, 2013

Bukti tak berbaloi PAS rampas DUN!

1 comments



Mohd Shmasul Mat Amin, berkata Datuk Seri Abdul Hadi Awang bukan sahaja  menuduhnya, malah beberapa lagi pemimpin PKR menjual pil kuda ketika berceramah dalam kempen pilihan raya.


Kurang dua hari sebelum proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, seorang pemimpin PKR mahu memfail saman terhadap Presiden PAS kerana menuduhnya mengedar pil kuda.
Mohd Shmasul Mat Amin, berkata Datuk Seri Abdul Hadi Awang bukan sahaja  menuduhnya, malah beberapa lagi pemimpin PKR menjual pil kuda ketika berceramah dalam kempen pilihan raya.

"Saya menderita akibat perkara ini," kata calon PKR bagi DUN Bukit Besi dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) itu pada sidang media di Kuala Besut, hari ini.
Akibat daripada ucapan Hadi itu, beliau berkata, dirinya sentiasa diaibkan dan diejek dikalangan masyarakat kampung.
"Ia menyebabkan nama baik saya, keluarga saya tercemar, termasuk kredibiliti parti saya," katanya.
Pada kempen pilihan raya umum ke-13, Abdul Hadi menyatakan pertindihan kerusi antara PAS dan PKR bertujuan menggelakkan calon daripada lompat parti.
Tanpa menamakan calon, beliau juga berkata, ada calon PKR yang mengedar 'pil kuda' dan berpegang kepada ideologi komunis.
“Nak jadi calon macam mana edar pil kuda? Orang PAS tak boleh kerja calon macam ni, terang-terang saya sebut," kata Abdul Hadi dipetik.
PAS dan PKR bertelagah berikutan kenyataan berkenaan, malah kedua-dua parti itu bertembung di beberapa kerusi DUN, antaranya di Kota Putera, Seberang Takir, dan Bukit Besi.
Mohd Shamsul, 27, berkata beliau terpaksa menarik diri dari bertanding kerusi Bukit Besi selepas dakwaan yang dibuat Abdul Hadi walaupun namanya tidak disebut secara spesifik.
"Bukan hanya saya, tetapi keluarga juga terkesan," katanya. - 22 Julai, 2013.

MI
Kerja tak berbaloi. Ambik kerusi dari PKR kemudian tak menang. Kena saman pulak!



P/S: Jadi apa2 korang pegi la hambat mamat bawah ni!
Din Ayam?
Read more...
Tuesday, June 4, 2013

Larangan lawatan. apa akan terjadi jika semua negeri ada hak yang sama?

0 comments


Kenapa Sabah berhak melarang penduduk negeri lain melawat ke sana? Adakah ini termaktub dalam perlembagaan?

Di bawah adalah undang2 yang memboleh Sabah Sarawak melarang penduduk negeri lain masuk ke negeri mereka.

Perkara 6 Akta Imigresen dalam perjanjian 18/20 perkara bagi Sarawak/Sabah 

 "Kawalan ke atas Imigresen ke dalam mana-mana bahagian di Malaysia dari luar harus dipikul oleh Kerajaan Pusat tetapi kemasukkan ke Borneo (Sarawak/Sabah) yang perlu juga mendapat kelulusan Kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya mampu untuk VETO kemasukkan orang-orang ke dalam Borneo (Sarawak/Sabah) untuk tujuan Kerajaan Negeri kecuali atas bidang keselamatan. Borneo (Sarawak/Sabah) harus mempunyai kuasa sepenuhnya ke atas pergerakkan orang lain dari bahagian-bahagian lain di Malaysia ke Borneo (Sarawak/Sabah)."

seterusnya



Read more...
Friday, May 17, 2013

Perak. BN dan PR sama2 pening!

0 comments


Teorinya mudah.

BN 31. PR 28.

Jika dilantik seorang speaker dari ADUN, BN 30, PR 28.

Jika seorang ADUN BN lompat, BN 29, PR 29. Camana nak dapatkan undi luluskan pembentangan?

Lagi ...
Read more...
Thursday, May 16, 2013

Sah. Sabotaj PAS penyebab PR terlungkup!

0 comments




Oleh: TG Abu Nawas



Beranak dalam kelompok melayu, bersekolah dalam kelompok melayu, membesaq dalam kelompok melayu, bekerja dalam kelompok melayu, berpolitik dalam kelompok melayu tiba tiba mai penang jadi ketua pemuda pas. Dia ingat penang ni macam Baling la kot..... Lepas ni nak ganti dia pun orang Baling jugak... ke hulu ke hilir bercakap pasai melayu... depan cina bermuka muka, depan melayu dok maki cina... depan PKR dan DAP tunjuk baik tapi bila jumpak ahli parti caci hamun DAP dan PKR kot belakang... selanjutnya

 

 

 

Read more...
Wednesday, May 15, 2013

Teknik memperkuat PKR paling ampuh!

0 comments


Mudah! teramat mudah!

Yang penting dari yang lebih penting, ahli2 yang pro mamat 2 orang kat bawah ni wajib jangan bagi pegang apa2 jawatan kat cabang di pemilihan akan datang. Kalau wujud lagi, alamat sampai bila2 pun parti takkan tenteram! seterusnya...



Read more...

Melayu Meniaga Memang Nak Kasi Lingkup

0 comments


Malam Himpunan Blackout 505 hari tu, aku keluar awal dari rumah. Pukul 6 petang aku dah keluar. Singgah kat opis kawan kat tengah pekan Ipoh, lepak-lepak dulu dgn dier. Lepas tu ajak kwn aku tu pi Glory nak cari cd software pirate. Biasa la Ipoh ni penjual cd pirate mana penah serik. Kena tangkap hari ni, esok lusa dah berniaga balik. Ntah bila nak insaf ntah. Tapi depa brani yop. Bkn mcm peniaga Melayu lebih-lebih lagi mcm Si botak yg huduh mcm kepala babi. Yang silapnya, aku pun sama support beli cd pirate ni sebab murah geng...wakaka. Mana nak dapat software yg rege riban-riban jual dlm RM15 je. Aah...tak jumpa pulak cd yg aku cari. Balik ke ofis sambil tunggu detik 9 malam upacara 'blackout' kat Medan Istana. Medan Istana ni bkn asing bagi aku. Dulu masa zaman jahiliah tmpt aku keje jadi balaci Si Botak dari gua antu. Dulu aku pernah cabar dia berdebat dia langsng tak berani nak jawab. Takde telur rupenyer...sama je mcm Najib. Memang pengecut si botak ni. Apa lagi nak berjawab dlm Facebook. Melompat beb....mcm cacing kepanasan. Perangai Melayu macai mmg mcm tu beb..tak boleh nak salahkan dier. dah mmg sejak azali lagi mmg mcm tu.

Tepat pukul 8 mlm, aku ajak kawan tu gerak jalan kaki je dari ofis dia. Tak jauh pun dgn Medan Istana. Aku park kereta kat depan Hotel Lotte. Jalan kaki dari sana. Tapi ada short-cut ikut Taman D.R.  Bila dah jalan kaki baru tau jauh. Penat beb. Dalam gelap-gelap tu, nampak ada lampu-lampu kat tengah-tengah taman. Dah dekat baru tau rupenyer kafe. Apa lagi, singgah mkn dulu. Malam masih muda. Belum pukul 8.30 lagi.  

Tgk ada byk gerai kat keliling kafe tu. Ada yg jual mee kari, ada jual char kuey tiow, ada jual goreng-goreng...burger pun ader. Aku pun order makan mee goreng kat satu gerai. Tgk harga boleh tahan - RM4.50, ada udang saiz sederhana 2  ekor. Lepas order mkn, aku cari tmpt duduk. Mulanya aku berenti kat satu meja tu, tp meja tu kecik sgt beb...muat letak satu pinggan makan je....kerusi sampai 4. apekejadah meja mkn mcm ni? terus bangun balik cari meja yg besar. 

Dah duduk tunggu pelayan datang amik order minuman. Aku tgk mcm buat-buat tak nampak. lepas 5 minit baru la ada awek Indon datang amik order. tu pun lepas aku lambai tangan kat dia. mulanya tak sure dia tu pelayan ke customer. pakaian lebih kurang mcm nak pi disko. ....tak kisah laa.  Aku order milo kosong. Bab 'kosong' ni aku mmg fobia sikit. Selalunya yg tukang bancuh air mesti tak paham apa yang aku mintak. Lepas cakap kat Indon tu, aku sendiri bangun terus pegi kat brader tukang bancuh air tu. Aku ckp kat dia, milo tu 'kosong' je, tak payah susu tak payah gula .Milo je. Aku tgk muka mcm belagak, mcm taukeh panggung pandang muka aku sekali je tak ckp sepatah pun. Gaya macam dah kaya meniaga. Macam la dia faham sangat apa yg aku cakap. Aku tak confident langsung dgn mamat bancuh air ni. macam bapok pun ada.

Lepas lebih kurang 10 minit, makanan aku sampai. Yg peliknya air tak sampai-sampai lagi. Dari rupa mee goreng aku, nampak sedap. Aku pun makan. Indah khabar dari rupa. Ada garam tumpah ke kicap tumpah ke aku tak pasti. Yg aku pasti, mee goreng aku tu mmg tak boleh ditelan. Aku mula hilang mood nak mkn. Macam taik.... Membayangkan duit dah nak terbang RM4.50, aku telan jugak setengah pinggan. Setengah lagi aku bg kawan aku rasa. Elok la, tak membazir. Korang nak tau apa rasa dia? Masin ya amat....tuiii. Nasib aku takde darah tinggi. Kalau tidak, tak sempat aku nak pi tgk blackout.

Lepas aku berenti makan, air tak sampai-sampai lagi...ape punya pelik la restoran ni...punya la lama nak bancuh air. Nampak pekerja macam ramai, awek cun pun ada jadi pelayan. Tapi pelanggan yg ada masa tu boleh bilang dengan jari...korang tgk sendiri gmbr byk bangku kosong je.... what the hell apa yg sibuk sgt sampai air aku tak sampai-sampai lagi....?

Aku tak puas hati, aku bangun pi tanya sendiri. Masa tanya tu, aku ternampak 2 gelas macam air aku dgn kawan aku punya. Tapi setengah gelas. Belum tambah ais batu. Nak kena pi tuntut pulak. Kalau aku tak bangun tanya, kompem la air aku tu duk atas meja depa lagi takde sape nak ambil kisah. Lepas tu air kami sampai. Aku tgk air milo kosong aku semacam jek...dari warna aku dah boleh agak dah....

Apa lagi...minum saje dah rasa manis-manis mcm tambah gula...apa punya bangang kepalejadah bengong punya mamat yg buat air tu. Aku mula meyumpah-nyumpah bullshitbloodyhell motherf**ker semua keluar dgn volume agak kuat saje nak bagi depa dengar... kompem yg ni bkn milo kosong, tapi milo 'o'. Dah kena tune ker aper mamat yg buat air tu ....Korang tau tak milo kosong tu apa? kalau kosong tu maknanye tak payah gula tak payah susu.....

Isu ni bkn baru skali jadi kat aku. kat mana-mana restoran Siam yg taukehnya org Melayu Malaysia pun selalu jadi kes mcm ni. Sama ada taukeh dia tak ajar atau spesies Melayu ni mmg bengap nak mampuss blaja takmau pandai.  Yg bagus restoran mamak jugak...pelayan depa yg datang dari Kerala, Chennai pun tau beza apa dia milo kosong dgn milo 'o'. Yg Melayu Indon Siam ni apehal tak pandai-pandai aku pun pelik....tak sekolah ke aper...memang buta bengong gilababi betoii

biasa kalau dah silap skali, aku tak mau order lain dah...kalau aku komplen suruh dia buat lain, kompem yg kedua tu campur air liur dia....dia mesti ludah punyer ..tambah pulak dia dah dgr maki hamun aku tadi...

lepas ni, sori la aku nak singgah kat restoran bahalol yg nmpak romantik kat tgh-tgh laman rimba yg kelam ni...makan tak sedap, serve lembab gilababi, air pun rasa mcm haram jadah air longkang lagi sedap

so, moral of the story, orang yg betul-betul nak beniaga tak diberi peluang, orang yg takde semangat nak meniaga dapat. ntah macam mana depa ni dpt peluang meniaga kat sini aku pun taktau. lepas ni, aku nak tgk restoran ni pi melingkup kalau berterusan bg servis yg buruk dan hancuss mcm ni.  apa nama restoran waddefak ni pun aku taktau...tapi kat dlm Taman DR tu, dia je satu restoran yg ada...patut la...apedehei...takde saingan, boleh la buat ikut suke hati.....tapi dgn aku ko silap la.. aku tulis kat sini beb bg org tau.  bengong....ni mesti spesies Melayu lembab lebih kurang sama macam si botak

Malam tu kat Medan Istana ramai le macai-macai bekas rakan sejawat aku jumpe yg masih tak sadar diri  lagi macam la liputan depa tu nak dilulus siarkan oleh kepala-kepala editor berotak bangsat depa tu yg juga merupakan dracula-dracula yang senantiasa dahagakan darah menyedut hasil mahsyul kekayaan negeri... gaji depa ni puluh-puluh ribu sebulan kalah gaji exco yagn ada. Kalau depa keluarkan berita pun, mesti buat cerita bohong punyer..berpuluh ribu yg hadir, jadi 500 orang je....standard otak Melayu p***mak. ptuiii
Read more...

PR gerenti terus gagal jika tokoh2 ini kekal!

0 comments



Pertama



Masih tak dibuktikan sehingga kini


Ke 2


letak kroni jadi calon. Nak sangat cari kekuatan mengekalkan jawatan timbalan presiden. Meminggirkan calon2 pilihan ahli2. Hambekkkk! 

selanjutnya

 

Read more...
Sunday, May 12, 2013

Gambar paling sedih PRU13.

1 comments

Nurul Izzah memang tak patut! hehehe!



Read more...
Thursday, May 9, 2013

Takkan Ketua Wanita PKR sampai tara tu punya BANGANG?

2 comments
Kalau betul la rakaman audio tu memang suara dia, memang sangat memalukan la PKR ada Ketua Wanita yang BANGANG sampai tara tu. Kalau ya pun pemuja Azmin takkan la jadi bangang sampai macam tu sekali.

Antarapos melaporkan: 
SHAH ALAM: Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali dan timbalannya, Zuraida Kamaruddin akan melepaskan jawatan masing-masing jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik semula sebagai Menteri Besar Selangor.

Menurut sumber PKR, Azmin memberi kata dua itu dalam mesyuarat bersama Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini setelah Anwar melahirkan kecenderungan melantik semula Khalid mengisi jawatan berkenaan.

“Jika ini berlaku (Khalid dipilih), Azmin sedia meletakkan jawatannya sebagai pengerusi dan akan diikuti timbalannya Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR pusat,” kata sumber itu. - AntaraPos
ePaper Harakah. Harakah cetak versi digital untuk langganan.
Homestay Tempayan Hijau Penginapan budget di Parit Buntar
Itu laporan AntaraPos, portal berita yang ada member bagitau disponsor oleh pihak 'mesra' Umno. Kalau tengok ke cara laporan tu pun nampak ada unsur-unsur mencucuk.

Aku tak berapa yakin kesahihan laporan tu, macam posting aku semalam takkan la Azmin yang lama diasuh berpolitik dalam Umno sanggup bagi kata dua bangang macam tu.

Bab Zuraida aku tak berapa pasti. Pasainya walaupun dia Ketua Wanita PKR pusat tapi kalau ikut maklumat kawan-kawan dalam PKR depa bagitau dia ni tak berapa nak matang dalam berpolitik.

Tapi kalau betul rakaman audio kat bawah ni suara dia, bukan takat tak matang politik tapi dah masuk kategori BANGANG.

 Jelas sangat kebangangannya.

Kalau betul la rakaman audio tu memang suara dia, memang sangat memalukan la PKR ada Ketua Wanita yang BANGANG sampai tara tu. Kalau ya pun pemuja Azmin takkan la jadi bangang sampai macam tu sekali.

Oleh: Cenangau 
Read more...
Tuesday, May 7, 2013

Haji Hadi dengan Azmin Ali jangan main 'bangsat'!!

14 comments



Oleh : Lee Copper

PAS Mesti Sokong Khalid Ibrahim Jadi MB Selangor

Aku tengok dalam blog-blog pro PAS tertentu dah keluar ayat-ayat yang mau PAS ambil jawatan Menteri Besar Selangor. Ada juga dalam blog dan FB puak-puak yang UMNO yang dok cucuk mengatakan wakil PAS layak jadi MB pasai PAS parti Islamla, lebih dipercayaila, hak PASla pasai bilangan kerusi lebih dari PKR la. Itu semua sokong bawa rebah.

Aku mohon kepada Presiden PAS supaya jangan kacau ganggu untuk ambil jawatan MB Selangor bagi kat wakil PAS. Biarlah Khalid Ibrahim teruskan. PAS boleh minta jadi Timbalan MB pasai di Selangor kalau tak silap aku ada peruntukan untuk jabatan TMB. Tak payah berkeras untuk jawatan MB.

PAS kena ingat kerusi PAS bertambah bukan pasai PAS. Tapi pasai kerjasama dalam PR. Faktor Khalid Ibrahim yang berkerja keras dan tegas yang menarik sokongan dan kepercayaan pengundi. Jadi biarlah Khalid jadi MB.

Kalau ada anasir-anasir lain pulak dalam PKR yang nak ambik jawatan tu, PAS mesti pertahankan Khalid Ibrahim.

Ingat!!! Selain dari Kelantan, PAS dah teraju dua negeri iaitu Terengganu dan Kedah. Tapi kedua-dua negeri ni hanya bertahan satu penggal saja. Demi kesepakatan dalam PR dan untuk menawan Malaysia, PAS jangan tamak dan gila kuasa.
 
Read more...
Saturday, May 4, 2013

Minit terakhir PRU. Hadi Awang, Harun Taib, Haron Din, Karpal Singh, Azmin Ali tolong jaga mulut!

0 comments


GE13 Voter Sentiment Ratio (4th May) - Report

Bhai.... Ini aderlah Voter Sentiment Ratio (VSR) yang terakhir sebelum kempen PRU13 tamat... jadi aper-aper pon...  BN memang selesa dengan sentimen ini... manakala PR perlukan satu keajaiban dan sokongan padu semua pengundi yang skarang nih sudah berada dikawasan pengundian mereka...

Kalu lu orang nak kasik PR menang... lu orang kena keluar mengundi dan pastikan peratusan keluar mengundi lebih dari 93% .... itu kalu nak sekat "magik" yang sedang, telah dan akan dibuat oleh SPR dan pelbagai lagi agensi lain yang terlibat....

Kalu lu orang nak BN menang... dalam tempoh kurang 24 jam nih... buat la perangai "mulut longkang" macam biasa tue.... ini gua sound direct kat pimpinan utama PR... terutamanya Hadi Awang, Harun Taib dan Haron Din dari PAS atau Karpal Singh dari DAP... atau Azmin Ali dari PKR..... tolong jangan buat perangai "mulut longkang"...

PAStikan Voter Sentiment Ratio (VSR) ini kekal menjadi analisis akademik sajer... dan bukannyer menjadi kenyataan....  Ini Kali Lah... UBAH...

Yang semalam punya boleh dibaca di Voter Sentimen Ratio (VSR)

(c) 2013 - Agency
Amacam... banyak bahaya kan.... hehehe

Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2013/05/ge13-voter-sentiment-ratio-4th-may.html#ixzz2SKtqv33y
Read more...

Setan Tak Kencing Kawan...!!!

0 comments

oleh: Hj Lee Copper

Setan tak kencin kawan! Tu kata-kata hikmat kawan aku. Dah lama aku dok kaji, memang betoi. Aku tak pernah jumpa dalam surah yang cerita setan kencin kawan dia. Tak pernah dengaq cerita dari orang tua yang setan tipu setan lain. Setan tipu manusia ada.
Tengok macamana baguihnya ikatan persaudaraan sesama setan. Parlimen Pasir Mas.  Bakal calon BN Johan Che Pa tak serah borang pencalonan pasai dia tolong kawan iaitu Setan Senior Brahim Ali. Setan tolong setan. Itulah ajaran Kepala Setan Mahadet yang dua-dua setan ni ikut demhgan taat.
Orang pula suka kencing kawan. Orang kata manusia ni ada banyak cacat cela, lebih-lebih lagi perbuatannya kadang-kadang didorong oleh hasutan setan. Tak kiralah ustad yang belit serban besaq bakui atau kaki keriau reformasi sampai herot mulut. Depa sama-sama ada nafsu. Ada sifat tamak. Ada degil. Ada sombong & bongkak.
Kejadian berebut tempat bertanding memang dok jadi dan yang syoknya ada yang tak boleh setel sampai hari penamaan calon. PAS dengan PKR letak calon. Ini cerita kencing kawan ni. Celaka, barua, haram jadah, babi punya perangai.
Tak pa, depa kata hal pertindihan calon depa nak selesai peringkat pimpinan tertinggi minggu depan. Butoh pak depa. Awat tak selesai awai-awai. Nasi dah jadi buboq. Ni dah sah jadi calon, kerta undi tentu ada logo dua-dua parti baru nak selesai?
SAHIH!!! SETAN TAK KENCING KAWAN..
Read more...
Monday, April 29, 2013

PRU13 adalah perjuangan yang masih jauh

1 comments

Siapa pada 2004 dahulu, menjadi petugas pilihanraya untuk Barisan Alternatif? Siapa pada 2004 dahulu, yang masih ingat, apakah target BA dalam PRU11? Peristiwa ini adalah dalam usia 9 tahun yang dahulu. Ada sesiapa yang ingat? Jika tiada yang ingat, mari saya tolong ingatkan.

Target BA pada PRU11 dahulu adalah untuk menghancurkan 2/3 kerusi majoriti bn. Itulah target BA. Dan jika sesiapa tidak tahu BA itu apa? Maka pencerahan yang saya boleh buat ialah BA ketika itu adalah kerjasama antara PAS dan KeAdilan. Tidak DAP. Maka, target DAP, kami tidak tahu, kerana ketika itu, DAP telah mentalakkan diri sendiri daripada Barisan Alternatif, kerana undi cina ketika PRU10, adalah solid kepada bn, dan Melayu pula, solid kepada BA.

Saya rasa, semua mood petugas pada PRU11 itu adalah untuk menang. Bukan takat menghancurkan majoriti 2/3 bn, tetapi, dapat memerintah Malaysia keseluruhannya. Mood reformasi ketika itu masih kuat. Orang muda ketika itu masih dalam keadaan 'mabuk' reformasi.

Anggapan menang bukan disebabkan angan-angan kosong, tetapi ianya berdasarkan kepada banyak kerusi pada PRU10 yang majoriti kurang dari 2000 dan kurang 1000. Maka, anggapan kepada seluruh jentera BA adalah, BA akan menang besar.

Namun, penghasilannya, BA kalah teruk!

Oleh kerana anggapan petugas dan penyokong BA ketika itu adalah terlalu tinggi untuk menang, apabila keputusan keluar selepas hari mengundi, saya rasa BA telah menjadi OKU selama lebih dari 2 minggu. Semuanya terkejut, tergamam, pening-pening lalat dan, ada juga yang menyalahkan takdir. Astaghfirullah.

Saya sendiri tergamam dan sedih ke tahap gaban. Seperti seorang yang putus cinta kali pertama. Tidak, ianya adalah lebih teruk rasanya daripada putus cinta kali pertama. Cuba anda bayangkan, Parlimen Marang, Tok Guru Hadi kalah kali pertama di kerusi Parlimen itu. Parlimen Marang umno menang. Gila!! Nasib baiklah Permatang Pauh menang tipis. Tidak salah saya kurang 200 undi. Boleh anda semua bayangkan.

Dan, izinkan saya untuk menyuruh pembaca blog saya ini bayangkan, pada PRU13 ini nanti, 6 hb Mei 2013, Pakatan Rakyat kalah dengan teruknya. Cuba anda semua bayangkan. Adakah semua itu bakal boleh berlaku?

Ish, apa ni saya ni buat kerja gila menyuruh penyokong PR untuk bayangkan kekalahan pada PRU13 ini nanti? Kenapa saya ni? Sudah tidak siumankah?

Bukan,.. bukan tidak siuman, tetapi perkara ini perlu difikirkan dan perlu dinilai, kerana pilihanraya di Malaysia ini adalah cuma kosmetik demokrasi. Pilihanraya di Malaysia ini sebenarnya adalah satu sistem menipu rakyat yang menjurus untuk memenangkan bn walau apa cara sekalipun. SPR itu tidak bebas dan selama ini pun, SPR memang tidak bebas. Ianya hanya lakonan buruk untuk meyakinkan SPR itu bebas. Tidak sama sekali.

Saya ini hanya hendak memberitahu bahawa, kepada mereka yang baru berkecimpung dalam pilihanraya, supaya bersedia mental dan spritual untuk menerima apa sahaja keputusan PRU13 ini. JANGAN PATAH SEMANGAT jika kalah. Kerana PRU13 ini hanya permulaan kepada perjuangan yang masih jauh.

Ini hanya permulaan.

sumber
Read more...

LAGI PERINGATAN UTK SPR! BUKTI PAKATAN TIDAK SAH!

0 comments


Datuk Seri Abdul Hadi Awang (tengah) menzahirkan sokongannya terhadap Dr Hamzah Jaafar (kiri)
dan calon Bebas DUN Damak and Koh Boon Heng (kanan).
Sokongan secara terbuka Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada calon Bebas, Koh Boon Heng bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Damak, Pahang telah menimbulkan kemarahan sekutu politik mereka Parti Keadilan Rakyat (PKR), lapor Mstar.


DUN Damak menyaksikan pertandingan empat penjuru, calon BN yang penyandang, Datuk Lau Lee telah ditentang oleh Jamaluddin Abd Rahim (PKR) dan dua orang calon bebas, Mohd Nor Jaafar dan Koh Boon Heng.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh berkata tindakan Abdul Hadi itu bertentangan dengan semangat Pakatan Rakyat apabila PAS menyokong kempen calon Bebas.

Ini bukti tiada kesepakatan dalam Pakatan Haram. Dengan seminggu lagi menjelang hari pengundian, PKR dan DAP masih lagi bertelagah mengenai siapa yang berhak untuk bertanding di kerusi DUN Damak.

Sudahlah Pakatan Rakyat tidak didaftarkan seperti mana Barisan Nasional yang parti-parti komponennya bertanding menggunakan satu bendera biru logo dacing. Bukannya seperti Pakatan Rakyat, bertanding menggunakan bendera masing-masing. 

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA, SILA BACA, FAHAM DAN PEKA! BAHAWA PAKATAN RAKYAT TIDAK SAH ! 
Read more...
Sunday, April 28, 2013

Panduan Mengundi - Nampak Kecil TETAPI.....

0 comments
 
Kertas undi
Oleh : Mohtar Petah

PANDUAN MENGUNDI

Pada hari - hari menghadapi amalan mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke - 13 ini, kita sebagai orang yang beragama Islam dan kuat iman kepada Allah, hendaklah sentiasa berdoa, ’ihdinas siratal mustaqim’ - ’tunjukkan kami jalan yang lurus (benar)’, dan yakinkan yang setiap pangkah yang kita lakukan itu diperhatikan Allah.

Apabila telah berada di hadapan tempat mengundi, berfikirlah sebagai orang Islam dan mukmin, dan hadapi tiga perkara berikut ini:

DIRI SENDIRI

Tanya kepada diri kita sendiri:
alif - Benarkah aku orang Islam dan mukmin atau mukminah?
ba - Adakah aku taat kepada hukum - hukum Allah?
ta - Adakah amalan mengundi aku ini diredha Allah atau tidak?

CALON

Siapa calon yang akan kita undi. Fikir, istikamah dan pangkah,
a. Melayu parti kebangsaan tolak ’Negara Islam’.
b. Melayu dari parti yang menolak hukum - hukum Allah,ia ituharam, seperti, 1. Arak, 2. Judi.
c. Melayu yang menjanjikan kekayaan atau kemewahan hidup walaupun dari hasil yang haram seperti ’riba’, ’arak’ dan ’judi’.
d. Melayu yang mahu membangunkan negara walaupun tanah bumi Melayu ini terlepas kepada orang - orang luar dan bukan Melayu.
e. Melayu yang menjamin kemewahan hidup di dunia tetapi di akhirat menderita merana.
c. Melayu yang berjuang pada jalan Allah dan menegakkan Negara Islam dan tidak menolak semua hukum Allah.
d. Melayu yang tidak menjamin kekayaan dan kemewahan, tetapi memohon Allah sentiasa mengurniakan rezeki yang halal dan sentiasa diredaiNhya.
c. Melayu mempertahankan Islam sebagai agama yang didalamnya ada hal ehwal individu, suami isteri, keluarga atau rumah tangga, jiran tetangga, kemanusiaan sejaga, politik, ekonomi dan sebagainya.

CALON BUKAN MELAYU

a. Calon dari orang Cina dan India. Perhatikan, adakah mereka menentang perjuangan umat Islam, iaitu berjuang pada jalan Allah.
b. Calon yang bekerjasama dengan orang Islam untuk jalan Allah dan kebajikan orang ramai.
c. Calon yang mengutamakan kekayaan dan kemewahan yang akibatnya anaka cucu orang Melayu merempat di negara sendiri.

MENUNGGU KURNIAAN ALLAH

Setelah mengundi dan dalam perjuangan keluar, maka, yakinlah, amalan kita tadi diperhatikan Allah dan ada balasannya; sama ada balasan kepada kita kerana kita telah mengamalkan yang baik atau makruf atau balasan kepada kita kerana kita telah mengamalkan keburukan dan kemungkaran.

KESIMPULAN

Undi atau pangkah pada kertas undi itu, nampak perkara kecil sahaja, tetapi, sesungguhnya perkara besar, yang akan dibalas Allah dengan pahala atau kebaikan atau dosa.

Maksud firman Allah: ’Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman (kepada Allah, para malaikatNya, Kitab - kitabNya, termasuk al Quran, para Rasulnya, termasuk Muhammad s.a.w. danb hari akhirat) dan beramal solih (termasuk mengundi), dan merfeka yang berpesan - pesan (nasihat menasihati) dengan kebenaran serta berpesan - pesan dengan sabar.
- Surah al Asri:2,3.


The best APAM in the world.. http://worldofapam.blogspot.com
Read more...
 
Mediaperak.net © 2013 mediaperak.net & Blogger. Supported by Mediaperak Perak

"Menggalas Harapan Rakyat"