Advertise

Showing posts with label Mediaperak. Show all posts
Showing posts with label Mediaperak. Show all posts
Friday, August 23, 2013

DPPM: Dari Jelajah Ke Edar Risalah

0 comments
Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPM) yang merancang mengadakan Jelajah Konsert Metallica konon ingin mengajak peminat Metallica jauhkan dari menghadiri konsert itu tiba-tiba hadir di perkarangan Stadium Merdeka dengan pendekatan yang berbeza.

Mereka pada mulanya dijangka datang dengan hailer untuk memberitahu peminat Metallica bahawa "muzik ganas tidak sesuai dengan budaya masyarakat di negara ini" rupa-rupa datang dengan "aman" membawa risalah mengajak peminat Metallica sama-sama bersimpati dan bersedekah untuk rakyat Mesir disamping berhibur menimati konsert Metallica. Ini suatu keputusan yang bijak dan pendekatan ini dilihat lebih "mesra rakyat". Dalam risalah yang diedarkan itu, tidak disentuh langsung tentang muzik "keras" Metallica yang konon dikatakan tidak sesuai dengan budaya Timur. Cara ini boleh diterima dengan baik oleh semua pihak termasuk di kalangan peminat setia Metallica.

Peminat Metallica yang kebanyakannya terdiri dari orang Melayu sudah pasti mempunyai rasa kasihan dan simpati untuk rakyat Mesir yang sedang dibantai oleh tenteranya.

Sebenarnya dengan menghadiri konsert Metallica tidak semestinya mereka tidak peduli tentang apa yang sedang berlaku di dunia. Pengedaran risalah itu juga tidak salah sekurang-kurangnya ia dapat menimbulkan rasa prihatin di kalangan peminat muzik itu.

Dilaporkan tidak berlaku sebarang kes tukar agama atau murtad di kalangan mereka yang telah menghadiri konsert itu sebaliknya kejadian buruk pula yang menimpa mereka yang baru pulang dari mengunjungi pusat perjudian dan taman tema Genting Highland di mana sebuah bas yang membawa mereka telah terhumban ke dalam gaung sedalam 60 meter.
Read more...

Laut Pasifik Dicemar Radiasi

0 comments
Setiap hari, beratus tan bahan cecair radioaktif di Fukushima bocor dan mencemari lautan Pasifik ekoran bencana reaktor nuklear yang dimusnahkan tsunami Mac 2011. Kebocoran ini hanya dapat dikesan baru-baru ini dan ia dianggarkan telah berlaku sejak kira-kira sebulan yang lalu setiap hari sejak itu. Menurut syarikat Tepco, paras cecair di dalam tangki nombor 5 telah berkurang sebanyak 3 meter yang menandakan 300 tan cecair tercemar telah lenyap dari tangki itu. Jurucakap Tepco berkata kepada media bahawa kebocoran itu terus berlaku dan kemungkinan cecair yang lenyap itu telah meresap ke dalam bumi tetapi tidak memasuki lautan. Tepco sedang berusaha untuk mengelak kebocoran cecair radioaktif dan mengeluarkan tanah yang tercemar. Mereka membina tangki simpanan dengan kos yang rendah menjadi taruhan agar dapat membina tangki dengan bahan yang lebih murah. Hasilnya, sebahagian dari tangki-tangki ini telah mengalami kebocoran, menurut kata seorang bekas kakitangan yang pernah bekerja di situ. 

Menurut kumpulan Professor di Jepun, tanah di mana terletaknya reaktor nuklear akan menjadi tidak stabil disebabkan kebocoran yang berterusan dan akan menyebabkan bencana reaktor yang lebih teruk lagi.   

Mengikut laporan BBC, Fukushima kini lebih teruk dari apa yang kita ketahui. Kuantiti cecair yang bocor yang mereka sedang uruskan adalah terlalu besar. Apa yang membuatkan ia lebih buruk, kebocoran terjadi di mana-mana, bukan saja dari tangki malah ia keluar melalui tapak, ia keluar melalui rekahan di merata tempat. Tiada siapa pun yang mampu menanganinya. 

Berita yang tidak menggembirakan ini tidak akan diperolehi di media arus perdana kerana ia akan menimbulkan panik di kalangan penduduk bumi terutama mereka yang ada di Timur Asia, Asia Tenggara, Rusia dan Amerika Utara yang suka makan ikan. 
Read more...
Tuesday, August 20, 2013

Resepi Terbaik DPPM Jauhkan Belia Dari PAS

0 comments
Akhirnya PAS sekali lagi mencari publisiti menonjolkan sikap anti-hiburan mereka dengan mengadakan Jelajah "Bantah" Konsert Metallica" sempena konsert Metallica yang julung kali bakal diadakan di negara ini esok.

Kali ini bunyinya agak berbeza sedikit dari biasa. Kalau dulu mereka menentang keras, biasanya berdemo selepas solat Jumaat membantah serta mendesak kerajaan membatalkan konsert-konsert artis luar negara yang lain, kali ini mereka hanya mengadakan "jelajah" sahaja - bunyinya agak lembut berbanding "mendesak" secara keras. Kali ini juga, mereka mengambil masa yang agak lambat untuk menyatakan pendirian, iaitu kira-kira 2 hari sebelum tarikh konserta diadakan. Mungkin kerana ramai ahli yang masih merayakan AidilFitri atau yang lainnya sibuk dengan kempen pro-Morsi di Mesir mengutuk kezaliman tentera membantai rakyatnya sendiri. Atau mungkin juga mereka baru hendak menyelidik siapa itu Metallica dan sejauh mana pengaruh dan kesannya ke atas anak muda dan golongan belia di negara ini.

Maka setelah bermesyuarat serta menyelidik sedalam-dalamnya tentang Metallica, alangkah terkejutnya pemimpin mereka bila mengetahui rupanya muzik Metallica juga menjadi siulan dan nyanyian serta lagu-lagu jamming anak muda bukan saja Melayu, malah di kalangan ahli PAS dan anak-anak pemimpin PAS sendiri.  

Tidak boleh menerima kenyataan ini, PAS yang terkenal dengan sikap anti-konsert artis Barat tetap mahu menunjukkan taringnya maka diadakan sesuatu yang dipanggil 'jelajah' agar mereka tidak dilihat menyokong konsert sebegini dengan alasan yang dangkal iaitu "tidak mencerminkan budaya masyarakat Malaysia". Menurut Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil, "budaya rock atau thrash metal yang membawa lagu-lagu keras dilihat agak keterlaluan kepada masyarakat khususnya umat Islam."

Sebenarnya kenyataan sebegini tidak patut dirujuk kepada umat Islam kerana ia boleh mengelirukan orang ramai. Ia sepatutnya dirujuk kepada umat Melayu. Umat Melayu memang tidak boleh menerima lagu-lagu keras kerana mereka sering disumbat di telinga mereka lagu-lagu cinta kasih yang mendayu-dayu serta mengkhayalkan memuja wanita serta merosakkan aqidah kerana cinta yang satu hanya untuk Allah, bukan kepada makhluknya. Sebenarnya lagu-lagu yang keraslah yang menaikkan semangat patriotik dalam memupuk semangat juang para tentera di medan perang. Jika tentera didengarkan lagu-lagu cinta, bagaimana mereka boleh bersmengat untuk berperang menghapuskan musuh?

Alasan "tidak mencerminkan budaya masyarakat Malaysia" sebenarnya tidak boleh diguna pakai kerana sudah berapa banyak konsert K-Pop yang langsung tidak mewakili budaya masyarakat tempatan yang telah diadakan di negara kita tetapi mengapa mereka mendiamkan diri? Begitu juga konsert-konsert lain yang baru saja selesai seperti kumpulan Linkin Park.

Seperti yang dikatakan sejak mula lagi, PAS mungkin terpaksa menggunakan isu konsert Metallica untuk bersuara supaya dapat mencerminkan bahawa mereka tetap tidak menyokong konsert itu daripada dilihat mendiamkan diri seperti merelakannya. Tindakan mereka dilihat seolah untuk memuaskan kehendak golongan tertentu dalam PAS supaya kumpulan Pemuda PAS juga dilihat tidak bersekongkol dengan konsert ini.

Difahamkan, program jelajah PAS itu akan diadakan di perkarangan Stadium Merdeka - satu tindakan yang teramat bijak untuk menyebabkan anak muda dan golongan belia atas pagar yang datang untuk melihat Metallica secara 'live' semakin menjauhkan diri dari PAS! 

Berikut sejarah bantahan konsert artis Barat oleh PAS:
2007 - PAS bantah konsert Beyonce
2007 - PAS bantah konsert Gwen Stefani
2008 - PAS bantah konsert Avril Lavigne
2009 - PAS bantah konsert Michael Learns To Rock
2009 - PAS bantah lagi konsert Beyonce
2009 - PAS bantah konsert Rihanna
2010 - PAS bantah konsert Pitbull
2011 - PAS bantah konsert MTV World Stage
2011 - PAS bantah konsert Elton John
2012 - PAS bantah konsert Erykah Badu
2013 - PAS bantah Metallica

PAS Not For All...!
Read more...
Saturday, August 17, 2013

Traffic Light Gopeng Dera Pengguna

0 comments
Kesesakan lebuhraya arah Selatan dalam Perak menuju ibunegara dan trafik perlahan di jalan lama bermula dari depan RTC Gopeng masa orang ramai kembali ke ibukota selepas Hari Raya menarik perhatian untuk dibincangkan.

Aku kandas depan RTC Gopeng hampir sejam masa menuju ke Kampar. Tak tahan sabar, sebelum sampai pekan Gopeng aku buat u-turn, masuk ke Batu Gajah, lalu ikut jalan Tanjung Tualang - Malim Nawar dan keluar semula ke jalan besar menuju Kampar. Jalan yang agak selesa tapi gelap gelita tak ramai orang yang berani lalu di sini waktu malam. Kereta pun tak banyak yang guna jalan ini mungkin kerana kebanyakan orang kota tak sedar akan wujudnya jalan alternatif ini bagi mengelak kesesakan. Tapi laluan ini agak jauh, kalau ikut jalan yang biasa aku lalu boleh sampai Kampar dalam masa 20 minit (luar waktu sesak), ikut jalan Malim Nawar aku ambil masa 40 minit baru sampai di simpang keluar Caltex.

Tapi jalan ini memang selesa. sampai di Caltex, aku nampak jalan raya lengang tak banyak kereta. Ini bermakna kesesakan hanya berlaku di antara RTC Gopeng dan mungkin berakhir di kawasan yang bernama Jeram. Mari kita lihat kenapa kesesakan boleh berlaku di sini.

Bermula dari depan RTC Gopeng terdapat sebuah lampu isyarat yang tidak banyak gunanya. Lampu isyarat ini diwujudkan kerana memberi kemudahan kepada pelanggan yang hendak membeli-belah di pasaraya Mydin. Itupun kesesakan berlaku di tengah malam - waktu pasaraya sudah ditutup. Lampu isyarat itu sepatutnya dipadamkan. Kompleks RTC juga tutup tiada siapa yang bekerja di waktu malam.

Terdapat 3 lorong depan RTC sebelum sampai lampu isyarat itu. Selepas lampu isyarat, tinggal 2 lorong untuk kira-kira 100 meter sebelum jadi 1 lorong. Ramai pemandu yang berhenti di stesen minyak dan keluar ikut lorong kiri sebelum bertembung semula dengan arus trafik yang memang sudah sesak, membuatkan lalulintas makin 'jem'. Kalau kira laluan dari stesen minyak, dari 5 lorong menjadi 1. Sebab itu keadaan sangat sesak di depan RTC. Aku nampak barisan manusia sedang beratur depan tandas stesen minyak. Barisan yang luarbiasa panjang. Semua sabar menanti. Mana yang cirit-birit tentu ambil masa lama bertapa dalam tu. Yang menunggu giliran di luar menyumpah-nyumpah.

Tambahan pula lampu isyarat merah memaksa kenderaan berhenti padahal tiada kereta yang keluar dari simpang Mydin di malam-malam buta. Berhenti semata-mata kerana mahu patuh lampu isyrat dan takut disaman. Kehadiran lampu isyrat di sini adalah sia-sia, menyusahkan dan tidak kena pada waktunya. Ia telah menyumbang kepada kesesakan lalulintas selama berjam-jam di RTC Gopeng.

Tak cukup dengan lampu isyarat RTC, beberapa ratus meter di depan di pekan kecil Gopeng juga terdapat lagi 4 lampu isyarat yang berdekatan. Satu depan stesen bas Gopeng, kedua di depan balai bomba Gopeng, ketiga dekat stesen minyak Shell dan yang keempat yang juga merupakan sistem lampu isyarat sia-sia ialah di depan simpang Kopisan.

Depan stesen bas Gopeng dan depan balai bomba memang perlu ada lampu isyarat. Tapi lampu isyarat depan balai bomba dan depan Shell adalah lampu isyarat yang ambil masa yang lama untuk bertukar dari merah ke hijau. Sama ada rosak atau tidak, perkara ni dah berlalu sejak bertahun-tahun dulu. Ini menunjukkan memang sistem timer dibuat lama sedemikian dan sistem lampu ini tak pakai sensor. Bukan sebab rosak. Ini menambah lagi kesesakan membiuatkan kenderaan di belakang tidak boleh bergerak jauh atau terus tersekat. 

Bagi kenderaan yang menghala terus ke depan, kadangkala mereka perlu berhenti sia-sia kerana menurut lampu isyarat depan simpang Kopisan. Sepatutnya untuk kenderaan yang jalan terus, mereka tak perlu berhenti. Lampu sepatut terus hijau. Wujudkan pembahagi jalan untuk memisahkan jarak kenderaan yang keluar dari simpang kanan maka kenderaan dari Utara tak perlu berhenti.

Oleh itu, sistem lampu isyarat dari RTC ke pekan Gopeng patut dikaji semula dan diseliakan ikut jumlah kenderaan yang masuk, bukan ikut timer. Pembahagi jalan juga perlu dibina di depan simpang Kopisan. Ini merupakan jalan alternatif bagi mereka yang dah letih ikut lebuhraya yang sama juga keadaannya. Setidaknya jalan lama memberi pilihan kepada pengguna, bukan menyusahkan.  
 
Nak harap pak polisi jaga jalan masa Hari Raya? Sori la Yob...polis pun nak beraya juge. Tinggal la beberapa kerat je yang kena bertugas. Mana cukup kakitangan nak jaga semua lalulintas bang! Tugas polis bukan jaga lalulintas je. Kes rompak, samun, tembak sape nak jaga?
Read more...

Memahami Mesir & Morsi

0 comments
Salam Syawal Yang Mulia. Lemang sudh habis. Yang tinggal biskut moden yang rasa tak berapa sedap tapi jadilah buat kudap-kudap semasa menulis.

Bila tengok foto-foto ngeri rakyat Mesir dilenyek di bawah kereta kebal, yang pecah kepala terkeluar segala isi otak, yang putus kaki dan tangan, yang tidak berkepala di dalam Facebook dan di merata laman web tentang keganasan militari Mesir, ramai la yang mengutuk perlakuan sedemikian, ada yang mengatakan itu tentera Dajjal, ada yang kata itu perlakuan syaitan atau Fir-aun dan ada pula yng kata itu Syi'ah. Ada yang ambil kesempatan untuk jadi hero. Dialah pejuang Islam tulen, penjihad demi agama Allah. Berucap di khalayak ramai dengan semangat berkobar-kobar dan ayat retorik yang berapi-api menaikkan semangat pengikut. Lagaknya seperti hendak angkat senjata pergi berjuang di medan perang. Tapi bila berada di Mesir, dia yang pertama beli tiket kapal terbang untuk pulang ke Malaysia - alasannya "demi keselamatan".

Aku dari mula tidak mau beri komen dan aku hanya memerhati. Aku tidak mampu pergi ke Egypt untuk sama-sama berjuang membaling batu ke atas tentera Mesir. Aku hanya mampu berdoa dari jauh agar saudara Muslim di sana diselamatkan dari malapetaka, ribut-ribut (kata orang Indonesia) dan pembunuhan yang tidak berkesudahan.

Aku tidak kisah siapa Morsi. Beliau menang pilihanraya pun bukan banyak mana. Hanya majoriti 52% dari undi berbanding lawannya untuk calon Presiden, Ahmad Shafik mendapat 48%. Yang aku curiga ialah peranan kumpulan Ikhwanul Muslimin (atau Muslim Brotherhood). Morsi adalah anggota IM. Semasa era Mubarak, IM diharamkan dan ahlinya hanya bertanding sebagai calon tidak berparti walaupun pada hakikatnya membawa ideologi IM. IM juga dilabel sebagai kumpulan terrorist oleh CIA dan Kesatuan Eropah. Kerabat diRaja Arab Saudi tidak mempercayai IM malah mereka menyalahkan IM kerana dikatakan telah membuat banyak kerosakan di dalam negeri. Pendapat popular mereka mengatakan bahawa IM di sebalik cetusan "Arab Spring" di beberapa negara Teluk. 

IM mempunyai anggota di seluruh dunia bukan saja di Mesir. Dianggarkan jumlah keahliannya hampir mencecah 1 juta orang buat masa ini. Oleh itu, ia boleh dikatakan bukanlah sebuah pertubuhan nasional sebaliknya membawa ideologi global. Walaupun IM mempelopori undang-undang Syari'ah, mereka tidak bersendirian. Terdapat beberapa kumpulan lain di Mesir yang turut memperjuangkan syari'ah. 90% rakyat Mesir adalah beragama Islam. Selebihnya penganut Kristian Koptik, Yahudi dan lain-lain. Maka tidak pantas jika kita hanya menyokong IM dan meninggalkan kumpulan lain yang turut sama berjuang ke arah yang sama.

Di sini, aku ingin sekali mengajak pembaca semua membuka minda seluas-luasnya dan jangan terlalu terpengaruh dengan agenda perebutan kuasa pihak tertentu yang menggunakan nama Islam sebagai jalan menagih simpati.

Berikut aku petik tulisan oleh seorang pelajar yang belajar di Mesir. Sila baca semoga anda dapat membuka pandangan anda seluas-luasnya.



Oleh: Ahmad Sadzali
Penulis adalah mahasiswa Universitas al-Azhar, Kairo, asal Martapura

Berbicara soal kudeta di Mesir mungkin tidak akan ada habisnya. Banyak sekali fenomena dan pelajaran yang dapat kita ambil. Salah satu fenomena dan pelajaran yang paling penting dari krisis Mesir ini adalah terbuktinya ukhuwah Islamiah yang sangat kuat di antara sesama umat Islam.

Melihat presiden Mesir Dr Muhammad Mursi dari kelompok Islamis Ikhwanul Muslimin dikudeta militer Mesir, hampir serentak umat Islam di berbagai penjuru dunia mengecam kudeta tersebut.

Terlebih lagi ketika melihat kedzaliman yang dilakukan oleh militer Mesir dengan menembaki pendukung Mursi hingga ratusan korban jiwa telah berjatuhan, umat Islam semakin geram dengan ulah militer tersebut. Sebagai sesama Muslim, kita tentu pasti membela saudara kita yang tengah didzalimi.

Namun ada hal yang sangat disayangkan di sini yaitu ketika ukhuwah Islamiah yang begitu kuat itu dipolitisi untuk ambisi politik. Kisruh di Mesir yang aslinya adalah murni krisis politik, lantas dihubungkan dengan agama Islam, dengan alasan ukhuwah, solidaritas, jihad, dan lain sebagainya.

Perkembangan pola pikir seperti ini tentunya tidak baik dan tidak sehat bagi ukhuwah umat Islam itu sendiri. Genderang solidaritas, apalagi jihad yang ditujukan kepada sesama Muslim hanya akan memperburuk kondisi umat Islam saja. Hasilnya, umat Islam akan semakin terpecah-belah.

Sangat riskan jika selanjutnya terdapat tuduhan bahwa yang mengkudeta Mursi itu adalah musuh umat Islam. Apa kita lupa bawah rakyat Mesir yang mendukung kudeta itu juga beragama Islam? Bahkan di belakangnya juga ada kelompok Islamis seperti Salafi dan institusi keagamaan terbesar, al-Azhar. Lantas apakah kita sudah menganggap sesama Muslim sendiri sebagai musuh?

Oleh karena itulah, ulama-ulama al-Azhar lantas dengan tegas menyatakan bahwa kisruh politik Mesir saat ini tidak ada sangkut-pautnya dengan agama Islam. Jadi jangan sampai membawa simbol-simbol Islam dalam perkara itu, hanya untuk mencari simpati dari kekuatan ukhuwah Islamiah. Itu murni urusan politik dan perebutan kekuasaan.

Namun pernyataan ulama-ulama al-Azhar itu lantas banyak yang diselewengkan dan tidak dipahami secara benar. Untuk itulah penting sekali pernyataan seperti itu dijelaskan secara baik, sehingga tidak terjadi salah paham.

Sikap ulama-ulama Al-Azhar sebenarnya bukan pro-militer, tapi mengedepankan maslahat dan benar-benar berpegang teguh pada prisip syariat Islam. Pernyataan bahwa urusan Ikhwanul Muslimin dan krisis di Mesir sekarang memang benar tidak ada sangkut pautnya dengan agama Islam. Itu adalah masalah politik dan perebutan kekuasaan, tidak ada sangkut pautnya dengan agama.

Namun sayangnya, terkadang di poin ini tidak sedikit orang-orang yang salah memahaminya. Mendengar bahwa politik tidak ada hubungannya dengan agama, lantas pernyataan itu dinilai sekular atau liberal. Padahal yang dimaksud bukan demikian.

Politik dan agama Islam itu sangat erat hubungannya. Bahkan tidak bisa dipisahkan. Konsep politik Islam selalu berlandaskan nilai-nilai dan ajaran agama Islam. Bukan hanya politik saja, melainkan seluruh aspek kehidupan manusia telah diatur oleh Islam. Jadi, sangat tidak mungkin jika konsep politik dalam Islam justru terlepas dari Islam.

Akan tetapi, yang dimaksud para ulama al-Azhar dengan pernyataan tersebut adalah, kasus yang terjadi sekarang di Mesir, bukan perjuangan agama apalagi perang agama, melainkan perjuangan perebutan kekuasaan.

Dr Muhammad Imarah pernah mengatakan soal hubungan negara dan agama Islam. Hubungan antara agama dan negara biasanya antara dua bentuk: 1) penggabungan agama dan negara, yaitu menjadi negara teokrasi, seperti era Kegelapan Eropa dulu ketika negara dikuasai institusi gereja; 2) sekuler, dimana agama dipisahkan dari negara. Sedangkan dalam Islam, sebenarnya tidak mengenal keduanya secara mutlak.

Untuk yang sekuler, dalam Bahasa Arab biasanya disebut fashlu din ‘an daulah (pemisahan agama dari negara). Yang benar dalam Islam itu, menurut Dr Imarah, adalah tamyiz din ‘an daulah. Istilah tamyiz seperti ini memang susah jika dicari terjemahannya ke dalam Bahasa Indonesia. Namun intinya yang dimaksud dengan tamyiz adalah filter atau memilah-milih mana yang termasuk urusan agama dan sekaligus urusan negara atau politik, dan mana yang murni urusan politik saja tanpa ada sangkut-pautnya dengan agama, atau sebaliknya.

Jadi, pendapat ulama al-Azhar tentang kasus politik di Mesir adalah bagian dari tamyiz din ‘an daulah. Jadi tidak semua urusan politik lantas dikaitkan dengan Islam. Apalagi masalah kepentingan perebutan kekuasaan seperti ini yang lantas mengatasnamakan agama untuk mendapat dukungan dan simpati politik, jelas keliru.

Jadi intinya, harus dibedakan antara kasus dan konsep. Secara konsep, jelas Islam tidak terpisah dari negara dan politik. Tapi ini adalah kasus, yaitu kasus perebutan kekuasaan.

Salah satu contoh turunan dari perkara ini adalah, isu syariat Islam dibawa-bawa sebagai alasan untuk mendukung Ikhwanul Muslimin. Stigma yang muncul selanjutnya adalah, Ikhwanul Muslimin perlu dibantu karena mereka memperjuangkan Syariat Islam.

Memang benar Ikhwanum Muslimin memperjuangkan Syariat Islam. Tapi yang menjadi pertanyaan selanjutnya, apa benar hanya Ikhwanul Muslimin yang memperjuangkan Syariat Islam di Mesir?

Stigma seperti ini artinya pengerucutan isu bahwa perjuangan Syariat Islam hanyalah milik Ikhwanul Muslimin. Stigma tersebut tentu tidak berdasar dan menimbulkan logical fallacy dalam pemikiran umat Islam. Sebab stigma ini setidaknya sudah menafikan dan tidak menganggap peranan al-Azhar dan ulamanya serta peranan kelompok Salafi dalam penerapan Syariat Islam di Mesir.

Selama ini, urusan Syariat Islam di Mesir sangat dikawal ketat oleh al-Azhar dan kelompok Salafi juga turut menyetujui konstitusi berlandaskan Syariat Islam yang sudah direferendum pada masa kepresidenan Mursi.

Namun faktanya, ketika Presiden Mursi dikudeta, al-Azhar dan kelompok Salafi yang juga memperjuangkan Syariat Islam juga turut menyetujui kudeta tersebut. Logikanya, seandainya Ikhwanul Muslimin digulingkan karena Syariat Islam yang mereka perjuangkan, tentu al-Azhar dan kelompok Salafi tidak akan merestui kudeta tersebut.

Lantas perlukan kita mendukung Ikhwanul Muslimin di Mesir?

Selama mereka menjadi korban kedzaliman dan keganasan militer Mesir, maka sebagai sesama Muslim harus menolong dan mendukung mereka. Walau bagaimanapun kita tidak dapat membiarkan kedzaliman. Jika militer bersikap biadab.

Namun jika terkait urusan politik Ikhwanul Muslimin yang ingin merebut kembali kekuasaan mereka, maka kita tidak perlu turut campur dalam urusan politik dalam negeri Mesir tersebut. Itu adalah murni urusan politik mereka.

Sikap seperti inilah yang diperankan oleh al-Azhar. Ketika pendukung Mursi didzalimi, al-Azhar mengecam keras tindakan militer. Al-Azhar bahkan berkali-kali mengimbau petinggi Ikhwanul Muslimin dibebaskan sebagai bentuk persamaan hak politik. Namun soal perebutan kekuasaan, al-Azhar sama sekali tidak mau ikut campur. (*)

sadzali_albanjary@yahoo.com

Pautan asal di http://banjarmasin.tribunnews.com/2013/08/15/perlukah-mendukung-ikhwanul-muslimin

Read more...
Tuesday, August 13, 2013

Perebutan takhta kesultanan Perak sedang bermula?

1 comments


 Alfatihah 
Allahyarham Tun Syed Zahiruddin (Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja)

Al-Fatihah kepada Orang Kaya Dato Bendahara Seri Maharaja (tiga hari yang lalu), Ketua Orang2 Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan selaku salah dari Orang Kaya Orang Besar Empat, mengikut adat keSultanan Melaka dan termasuk didalam Undang2 Tubuh Negeri Perak.

Dengan kemangkatan Dato Bendahara, maka Dewan Negara akan bersidang untuk memilih Dato Bendahara yang baru.

Begini senario nya. Jika ada kemangkatan Sultan Yang DiPertuan Negeri Perak, Dewan Negara akan bersidang melaksanakan tugas nya untuk memilih sorang bakal Sultan yang akan di tabal (mengikut adat, 200 hari selepas di kebumikan alMarhum, ia itu 100 hari berkabung bagi waris2 dan kaum kerabat, dan lagi 100 untuk menyediakan pertabalan).  Adat lamalah...

Maka Dato Bendahara akan mengistiharkan siapakah bakal Sultan, dan setelah pengistiharan dibuat di Balai Rongseri, barulah jenazah dibawa ke makam di Raja untuk istiadat pengebumian...

Perlunya ada Bendahara yang bersikap jujur dan tidak berbelah-bagi, dan beramanah mengikut adat...

Terdapat senario dimana ada perebutan pencalonan untuk menjadi bakal Raja, dan teringat cerita Macbeth (tulisan Shakespear) dimana segala perancangan bagaikan satu permainan catur untuk mendapatkan kuasa memerintah...

Saya tidak mahu menamakan sesiapa, tetapi siapa yang mengikut jejak perihal Istana tahu bisikan2 dibalik tabir...

Negeri Perak tidak mengamalkan pengantian pemerintah dari ayah ke anak, tetapi mengikut giliran keluarga dari zuriat Sultan Abdul Jalil, Sultan Alang Iskandar dan Sultan Abdul Aziz...

Terdapat bisikan yang mengatakan Sultan Azlan Shah amat gering (sakit) dan hampir tenat...


Raja Dr Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah 
 Raja Muda Perak

Raja Jaafar Raja Muda Musa bersama isteri
Raja Di-Hilir

Wallahuwaklam... Inilah senario buat kinimasa... Sebagaimana terdapat dizaman penjajah, Istana mendapatkan kuasa luar untuk memberi sokongan kepada pencalon2 tahta, terdapat juga permainan ini berlaku kini, hanya Istana bermain catur pula di arena politik dan juga dengan sumber2 kewangan koporat...

Tuan2 dan Puan2 fikirlah sendiri, cerita ini amat menarik, kalah drama TV...

 Ku Shah 
 Y.A.M Raja Shahruzzaman Ibni Sultan Idris Shah


Read more...
Monday, July 29, 2013

Wang Ehsan RM300

0 comments
Kalau sekali serbu premis judi cuma jumpa wang RM300 itu maknanya wang ehsan dari taukeh judi. Apa maknanya wang ehsan ini? Wang ehsan itu hanya untuk masuk berita. Maknanya hari ini kena serbu, esok kembali operasi.

Tolong la jangan buat lawak dan jangan buat sandiwara. Rakyat bukan bodoh dan tak boleh diperbodohkan lagi.

Kalau nak diikutkan, mungkin ada berpuluh-ribu pusat judi komputer di seluruh negara. Di Perak juga tak ketinggalan. Pusat judi ini beroperasi secara underground dan mereka ini dilindungi oleh pihak tertentu sebab itu mereka berani menjalankan operasi. Kalau tidak mereka tak akan berani lawan undang-undang. Undang-undang hanya untuk mereka yang tak sanggup  membayar 'pengeras'.

Taukeh judi bukan saja kena bayar duit 'pengeras', malah taukeh judi akan bayar gaji tukang jaga kaunter. Taukeh juga bayar tukang monitor. Hidup tukang-tukang ini memang mewah. Asalkan mereka ini sanggup jadi talibarut taukeh judi.

Bila ada operasi pihak berkuasa, akan ada informer. Informer ini tau segala. Tugas informer ini, contact pengusaha premis judi supaya mereka tutup pusat judi sementara bila operasi dijalankan. Informer ini juga dibayar oleh taukeh-taukeh judi dalam bentuk 'pengeras'. Informer ini buat side-income dengan menjaga pusat judi dari disita. Kalau informer tak dibayar pengeras, informer buat kerja bodoh dan sia-sia. Oleh itu informer ini harus dibela. Siapa informer ini? Tak payah aku bagitau.

Untung bisnes pusat judi bukan ratus-ratus. Sehari masuk ribu-ribu. Kalau tak percaya, tanya penjaga kaunter. Tanya berapa taukeh bayar gaji penjaga kaunter. Paling busuk RM2000 sebulan. Dua ribu kira sedikit, tak berbaloi dengan risiko. Siapa sanggup kena gari? Siapa sanggup muka keluar TV rancangan 999 kalau kerja cuma dibayar RM500 sebulan? Tiada siapa yang sanggup. Hanya akan ada orang yang sanggup jika dibayar gaji ribu-ribu sebulan. Kalau gaji kecil, taukeh judi jangan mimpi.

RM300 adalah wayang. RM300 adalah wang ehsan.
Read more...
Sunday, July 28, 2013

Scorpene: RM450 Juta Bukan Rasuah

0 comments
Oleh Astro Awani
27 Julai 2013

Arkitek pembelian kapal selam Scorpene hari ini menafikan sekeras-kerasnya kewujudan elemen rasuah dalam urus janji   Scorpene yang kontroversi itu.

Perspektif negatif yang sengaja dimainkan pihak tertentu berhubung isu pembayaran RM452 juta (115 juta euro) sebagai 'komisen' kepada Perimekar Sdn Bhd, disangkal oleh Jasbir Singh Chahl, yang menegaskan jumlah itu sebenarnya bayaran khidmat pengurusan bagi syarikat berkenaan.

Dalam wawancara eksklusif dengan akhbar The New Straits Times, Jasbir yang bercakap buat kali pertama mengenai urus janji itu, berkata syarikat itu bertanggungjawab dalam logistik dan latihan pegawai serta anggota Angkatan Kapal Selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Menurut laporan itu, bayaran itu meliputi perkhidmatan pengurusan projek dan integrasi pojek, menyelaraskan penglibatan syarikat Malaysia dalam program penyertaan industri dalam peruntukan perkhidmatan semasa fasa pembinaan dan untuk memantau prestasi firma terlibat.

Perimekar Sdn Bhd dimiliki Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Boustead Holdings Sdn Bhd dan K.S. Ombak Laut Sdn Bhd.

Ia juga bagi membantu kontraktor utama supaya mematuhi semua undang-undang dan prosedur tempatan berkaitan pelaksanaan kontrak, menyelaras dan memantau latihan kakitangan TLDM, berdasarkan kontrak utama dan sejajar dengan jangkaan kerajaan Malaysia dan TLDM, serta menyediakan laporan bulanan bagi semua perkara yang dinyatakan itu.

Sebahagian besar daripada bayaran itu melibatkan aspek makanan dan penginapan serta semua perkhidmatan yang perlu bagi latihan kakitangan TLDM dan keluarga mereka di Brest, Perancis dan Sepanyol selama tempoh enam tahun termasuk premium insurans kesihatan serta elaun saraan harian minimum 50 euro seorang.

Kos lain termasuk bayaran tambang pergi balik ke Malaysia tiga kali setahun.

Keseluruhannya, 145 kakitangan TLDM termasuk 49 pegawai dan tanggungan mereka yang diliputi.
"Kami digambarkan seperti mengaut keuntungan dengan hanya duduk sahaja dan memperoleh hasil sedangkan, pada hakikatnya, terdapat banyak kerja keras, ketara, yang dilaksanakan," katanya.

Beliau turut dipetik sebagai berkata tawaran komersil itu adalah menarik disebabkan program penyertaan industri unggul, yang dijalankan bersama.

"Program perdagangan balas dan timbal balas yang kami cadangkan sebagai  sebahagian daripada cadangan keseluruhan turut memungkinkan kejayaan memihak kepada kami," katanya.

Jasbir berkata berdasarkan kekuatan dan keunggulan komersil pada cadangan itu, mereka tidak perlu melobi sesiapa supaya mempengaruhi dalam proses penilaian komersil.

"Scorpene adalah kapal selam janaan bukan nuklear terbaik yang kita, sebagai sebuah negara, boleh memilih," katanya.

Berita dipetik dari laman web Astroawani.com
Read more...
Friday, July 26, 2013

Ambil Tindakan Pemaju Hina Rakyat Malaysia

0 comments
Ramai yang kecoh cakap Guru Besar SK Seri Pristana di Sungai Buloh Mohamad Nasir Mohd Noor sebagai tidak bertamadun, perkauman dan puak yang lebih ekstreme pula kata Guru Besar tersebut sah orang UMNO kerana mengarahkan murid bukan Melayu makan di hadapan tandas atau bilik persalinan.

Kenapa hal ini tiba-tiba jadi kecoh terutama dalam bulan Ramadan ini padahal dah beribu-ribu pemaju perumahan yang membina rumah membuat pelan tandas di ruang makan terutama rumah-rumah kos rendah.

Dey, come on laa....apahal rakyat Malaysia ni makin hari makin bongok? Hal macam ni pun nak kecoh ka?

Berapa kerat sangat rumah yang ruang makannya jauh dari tandas kecuali rumah itu rumah mewah atau bungalow VIP-VIP. Sepatutnya sebelum menuduh Guru Besar berkenaan, baik tuduh pemaju-pemaju perumahan yang dah buat perkara sama sejak berpuluh tahun lagi.

Makan kat depan tandas sekolah ni sementara je....yang kome beli rumah tu kome makan le seumur hidup mengadap tandas...tak pulak kome bising. Aparaaa.....




Read more...
Wednesday, July 24, 2013

(18SX) Nak Beli Juadah Atau Nak Dedah?

0 comments
Di Bandaraya Ipoh, setiap tahun bazar Ramadan Medan Gopeng dan Bazar Ramadan Stadium antara lokasi yang menjadi tumpuan dan mendapat sambutan hangat di kalangan orang ramai untuk membeli juadah berbuka puasa. Itu termasuk pengunjung dari kalangan bukan Islam yang turut mengambil kesempatan untuk menikmati kueh-mueh dan resepi masakan Melayu. Waktu bazar Ramadan mula membuka tirainya kira-kira pukul 3.30 atau 4 petang juga adalah waktu yang ditunggu-tunggu oleh kaki tak puasa yang sedang "kebuluran" dan tidak sabar-sabar lagi untuk menikmati hidangan tengahari mereka. Siapa yang tau di kalangan orang yang membeli juadah itu adalah pelakon-pelakon terhebat yang sebenarnya tak puasa. Tak kisah la tu, itu antara mereka dengan Tuhan. Apa yang menarik di bazar Ramadan, biasanya makanan yang kita jarang perolehi atau sukar didapati pada waktu biasa boleh didapati di pasar Ramadan. Pendek kata, ini adalah musim pesta makanan tempatan.

Tidak hairan bazar Ramadan juga dijadikan sebagai suatu produk pelancungan untuk menarik pelancung asing menikmati makanan tempatan dan juga masakan yang tidak boleh diperolehi di waktu lain. Apa yang unik tentang bazar Ramadan di kedua-dua lokasi ini, selain pilihan berbagai jenis makanan dan minuman, orang ramai yang berkunjung ke sini juga tentu biasa dengan pemandangan minah-minah "flasher" yang suka memperagakan bentuk tubuh, fesyen skirt pendek dan warna kulit ketika mereka keluar membeli juadah berbuka puasa. Pak Haji, Lebai dan Tok Imam juga tegoda dan  yang tak melepaskan peluang ini membeli-belah sambil menikmati pemandangan yang indah yang hanya hadir di bulan puasa. Jangan kata semua Haji, Lebai dan Tok Imam alim dalam semua hal. Dalam hal tertentu, mereka juga boleh hanyut dan kopiah pun boleh terbang.

Apa yang menghairankan, dari mana datangnya minah-minah flasher ini. Kalau di bulan-bulan biasa, mereka ini tidak kelihatan. Lagipun, kalau nak lihat pemandangan begini, cuma boleh dilihat pada waktu malam di kawasan-kawasan yang banyak pub dan kelab-kelab malam. Adakah mereka ini setan-setan yang terlepas dari rantai? Mustahil kerana semua hantu jembalang, pocong, hantu raya, pontianak, Nang Nak dan Ju-on telah dibelenggu di bulan puasa.

Kemungkinan mereka ini memang sejak azali lagi memang begitu, tapi di bulan lain mereka ini balik kerja terus pulang ke rumah - oleh itu kelibat Ju-on ini tidak pernah kelihatan. Maka di bulan puasa mereka singgah di bazar-bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka. Mereka juga berpuasa seperti orang lain. Janganlah kita pandang  mereka cara berbeza. Mungkin satu hari nanti mereka akan sedar dan bertaubat silap-silap gaya jadi ustazah.

Selamat Berpuasa, dan rasanya dah dekat nak Raya ni, aku nak ucap Selamat Hari Raya kepada semua pembaca. Maaf Zahir & Batin.
Read more...
Tuesday, July 23, 2013

Batal Lawan Barca Elak Jatuh Maruah

0 comments
Malaysia patut membatalkan perlawanan bolasepak menentang satu lagi kelab bolasepak terkuat di dunia iaitu FC Barcelona yang dijadualkan berlangsung pada 10 Ogos 2013 di Stadium Bukit Jalil.

Biarpun ini hanya perlawanan persahabatan, kita tidak mahu maruah pasukan negara dicalar dengan begitu teruk lagi selepas kekalahan 4-1 menentang pasukan kelab Chelsea sebelum ini. Barcelona bukan calang-calang pasukan malah kali ini mereka akan disertai oleh penjaring handalan baru dari Brazil iaitu Neymar. Barca yang terkenal dengan corak permainan Tiqui-taca - iaitu penguasaan bola dari bawah hingga ke kawasan tiang gol bakal menyaksikan pasukan negara tidak akan merasa bola sampai ke akhir perlawanan. Apatah lagi mahu menjaringkan gol, bukan saja cium bau bola, malah pemain Malaysia bakal dilihat bekerja keras hanya untuk mendapatkan bola dari kaki pemain Barca yang melintas di depan mata tanpa dapat menyentuh walau sesaatpun. 

Jaringan besar juga dijangka bakal membolos jaring gol pasukan negara. Tarikh perlawanan yang diadakan pada hari raya juga merampas masa pemain dengan keluarga dan ini menyebabkan permainan yang tidak bersungguh-sungguh kerana mood Hari Raya masih lagi dirasai. Seeloknya biarkan Barca mengadakan majlis pertemuan dengan peminat sahaja, membuat acara dan jualan merchandise kelab dan tidak perlu mengadakan perlawanan dengan pasukan kebangsaan. Ada banyak cara lain untuk mereka bertemu peminat mereka sendiri, bukan dengan mengadakan perlawanan persahabatan. Bukan kerana takut, tapi ini melibatkan maruah negara yang telah pun tercalar teruk selepas kekalahan dengan pasukan bertaraf kelab iaitu Chelsea.

Setidaknya biarkan kelab lawan dengan kelab, kalau masih mahukan pemain kebangsaan bermain, namakan pasukan Kelantan, Selangor, ATM atau JDT untuk melawan Barca, bukan Malaysia XI. Kalah pun puas hati.


Read more...

Maruah Negara Tergadai Angkara FAM

0 comments
Aku dari dulu rasa amat pelik kenapa FAM suka sangat jemput kelab ternama terutama dari Barclays Premiere League seperti MU, Chelsea dan  Arsenal, terbaru Barcelona dari Liga Spanish untuk melawan team kebangsaan. Sepatutnya kelab lawannya ialah kelab, kalau lawan dengan Kelantan, Selangor atau JDT ada logiknya. Ini team bertaraf kelab. Biarpun taraf mereka jauh lebih tinggi dari liga di Malaysia, sekurang-kurangnya kalau team kita kalah teruk, tak bawa nama negara dan memalukan negara kerana pasukan nasional Malaysia kalah teruk lawan pasukan bertaraf kelab. Apa punya bingai punya idea ni aku pun taktau nak cakap apa lagi dah. Memang pemikiran Rajagopal ni tahap sampah.

Kelab-kelab besar biasanya kalau off-season depa akan tour keliling dunia dan salah satu tentatif program ialah buat friendly match dengan mana-mana team yang berhajat nak lawan depa ni. Tapi kalau setakat Malaysia ni, aku rasa baiklah jangan lawan dengan depa. Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. Depa tu team kuat, kalau depa nak singgah kat sini, biarlah depa jumpa peminat je dah cukup - Rajagopal duduk diam-diam, tak payah lawan depa.

Memang la kalau dibandngkan kekuatan, pasukan kebangsaan memang tak mampu nak kalahkan pasukan kelab sebab pemain mereka jauh lebih hebat dan berpengalaman di peringkat dunia berbanding pemain Malaysia yang hanya mempunyai pengalaman setakat bermain di liga tempatan. Tapi bila taraf negara ditemukan dengan pasukan bertaraf kelab, ia meletakkan maruah pasukan negara di tahap rendah dan apabila kalah, ia telah membuatkan maruah pasukan negara jatuh lebih teruk dan amat memalukan. Biarpun mereka menamakan pasukan sebagai Malaysia XI atau Malaysia Selection, nama Malaysia masih dikekalkan dan ini membuatkan peminat-peminat bolasepak di seluruh dunia memandang bahawa Malaysia adalah pasukan belasahan di mana pasukan kelab dari liga Inggeris saja bukan lawan Malaysia.

Chelsea bukan bermain dengan kekuatan sebenar - itu pun dah jaring 4 gol. Kalau main dengan full-strenght, rasanya mau jadi 10 macam Spain belasah Tahiti. Tahiti pun masih ada maruah sebab itu pasukan kebangsaan. Mereka lawan dengan bekas juara dunia. Apa nak malu kalau kalah 20 - 0 sekalipun. Ini Malaysia, team nasioanl kalah 4 biji dengan team kelab. Mana la nak letak maruah team bolasepak negara kalau macam ni punya pemikiran orang-orang dalam pengurusan bolasepak negara.

Aku rasa, lepas ni jangan la menggadaikan maruah negara dengan membiarkan orang-orang dalam FAM mencaturkan maruah negara dengan melagakan pasukan negara dengan pasukan kelab dari liga Inggeris atau Spain. Lebih baik Malaysia lawan team Tahiti dulu sebeum berhajat nak lawan kelab-kelab besar dari England. Dengan Vietnam pun belum tentu Malaysia boleh menang, ada hati nak main dengan Barcelona.

Aku harap lepas ni, Barca juga main sambil lewa dan lihat berapa gol pulak Malaysia kena belasah.

 
Read more...
Monday, July 22, 2013

Pencerobohan Hutan Simpan Kekal Chikus Pula

0 comments
Di Perak ini, selagi ada hutan, tidak kira hutan simpan kekal atau tidak, selagi itu ia menjadi mangsa manusia-manusia yang rakus untuk mengaut hasil mahsul dalam negeri untuk dijadikan sumber kekayaan peribadi. Berikut adalah siri foto-foto yang diambil oleh jurugambar MediaPerak di Hutan Simpan Kekal Chikus, yang sepatutnya tidak diusik tetapi ditanam berbagai jenis pokok termasuk pokok kelapa sawit yang telah pun tua. Ini menunjukkan pencerobohan ini bukan berlaku baru-baru ini saja, malah ia telah bermula sejak berpuluh-puluh tahun lagi. Hutan ini diceroboh secara terang-ternagan tetapi pihak berkuasa hanya pejam mata tak tahu apa sebenarnya yang berlaku di sebalik semua ini. Apa yang tidak kena dengan pentadbiran Zambry Abdul Kadir? Adakah dia layak digelar Menteri Besar pemusnah alam semulajadi memandangkan sudah banyak kawasan hutan simpan dimansuhkan dan lesen diberikan kepada syarikat pemaju untuk membawa keluar kayu balak-kayu balak dari negeri Perak?

Hutan Simpan Chikus terletak di dalam Parlimen Pasir Salak di mana Dato Tajuddin Abdul Rahman merupakan Pengerusi Felcra.

tanam pokok betik








Tiada nombor permit dan tempoh kuatkuasa permit
 
Read more...

Foto-foto Kemusnahan Hutan Simpan Kekal Bikam

0 comments
Jika sebelum ini MediaPerak melaporkan tentang status Hutan Simpan Kekal di Hutan Simpan Bikam dimansuhkan oleh pentadbiran Zambry Abd. Kadir, hari ini beberapa NGO iaitu Sahabat Alam Malaysia (SAM), Persatuan Aktivis Sahabat Alam Perak (KUASA), Malaysian Nature Society dan kumpulan wartawan dibawa menyaksikan sendiri kemusnahan yang telah dicipta hasil dari pemansuhan status Hutan Simpan Kekal di Hutan Simpan Bikam ini.

Siapa sebenar penceroboh?
Lihatlah bagaimana mereka dengan angkuhnya meletakkan papan tanda amaran tembak mati kepada sesiapa yang didapati "menceroboh" kawasan hutan yang sedang digondol oleh puak manusia-manusia keparat yang tidak punya hati hanya mengutamakan wang ringgit semata-mata. Mereka buat seolah-olah hutan ini milik mereka malah direstui oleh pemimpin negeri yang memberikan 'lesen' oleh Zambry.

Jalan masuk ke kawasan ini juga telah ditutup kepada orang awam malah mereka meletakkan pengawal untuk memastikan kerja mereka meratah kayu balak berjalan lancar tanpa halangan.


Sila ke Facebook KUASA untuk melihat siri foto tinjauan di sini.
Read more...
Sunday, July 21, 2013

Shisha Haram, Babi Boleh

0 comments
Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam yang bersidang pada 17 Julai 2013 telah memutuskan bahawa shisha adalah haram bagi umat Islam. Ia termasuk perkhidmatan menyediakan shisha dan apa saja aktiviti yang melibatkan shisha.

Setelah meneliti maklumat serta bukti perubatan secara "terperinci dan saintifik" maka muzakarah yang dipengerusikan oleh Prof Emeritus Tan Sri Abdul Shukor Husin telah memutuskan shisha adalah haram bagi umat Islam. Bagaimanapun, apa bentuk maklumat terperinci dan saintifik itu tidak pula dinyatakan.

Tidak lama dahulu, Jawatankuasa yang sama pernah mengisytiharkan bahawa penggunaan vaksin babi untuk jemaah haji adalah dibenarkan disebabkan darurat dengan mengemukakan dalil dari Al-Quran yang disiarkan melalui laman web e-fatwa.gov.my seperti di bawah:

"Walaubagaimanapun sekiranya tidak didapati oleh pesakit (atau orang yang memerlukan) melainkan dalam keadaan dharurat dan terpaksa menggunakan anggota haiwan yang tidak halal, maka tidak menjadi kesalahan kerana keperluan yang mendesak tersebut. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T.

Maksudnya:

“Sesiapa yang terpaksa dengan tidak sengaja dan tidak melewati batas, maka tidaklah berdosa baginya, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani”. ( al-Baqarah: ayat 173)

Rujuk di sini

Adakah suntikan kepada jemaah haji itu merupakan keperluan yang begitu mendesak sehingga tidak jumpa vaksin yang tidak mengandungi babi? Bagaimana jika penghisap shisha yang terdesak juga berminat menggunakan alasan DARURAT demi meneruskan tabiat mereka?
Read more...
Saturday, July 20, 2013

Boikot Ayam Bukan Tindakan Yang Bangang

0 comments
Dalam Facebook heboh orang menulis status tentang kenyataan seorang bertaraf menteri bahawa bila harga ayam naik, jangan beli ayam atau boikot. Dari satu sudut, memang bunyinya kelakar kerana jawapan dari seorang menteri semudah itu. Kalau begitu caranya, lebih baik jangan jadi menteri - atau sesiapapun boleh jadi menteri dengan membuat jalan penyelesaian sedemikian.

Dari sudut yang lain pula, kata menteri itu memang ada benarnya. Tiap kali tiba musim perayaan, harga ayam akan meningkat. Perkara ini akan berulang setiap tahun. Alasannya permintaan ayam di musim perayaan meningkat dan bekalan tidak mencukupi. Sebenarnya pengguna di negara kita tidak cukup kuat. Mereka tidak bersatu untuk menentukan harga pasaran. Mereka tidak sedar kuasa besar yang ada pada mereka. Pengguna lebih mementingkan diri sendiri. Kalau semua orang berhenti membeli ayam dalam masa seminggu sebagai tanda protes kenaikan harga, maka akan berlaku lambakan stok ayam. Ayam yang ada akan membusuk dan menyebabkan peniaga atau pemborong kerugian besar. Bila ini berlaku, pemborong mahupun peniaga tak berani untuk bermain-main dengan harga lagi. Mereka akan takut kpada pengguna. Itu jawapan paling mujarab untuk kenaikan harga ayam. Ia juga cukup untuk mengajar pihak yang cuba mengambil kesempatan menangguk di air keruh.

Masalahnya, di kalangan pengguna, ramai yang memandang sinis tindakan memboikot beli ayam. Mereka menganggap berhenti membeli ayam adalah jawapan yang bodoh dan melucukan. Ia selah-olah tindakan menukar selera dari makan ayam kepada makan daging dan sebagainya. Sebenarnya ia tidak berlaku. Pengguna perlu bersabar. Bila kempen boikot dijalankan dalam masa beberapa hari saja sudah cukup untuk mengakbatkan harga ayam jatuh menjunam, kemudian mereka bukan saja boleh menikmati kembali resepi ayam malah diperolehi dengan harga yang lebih murah dari sebelumnya. Ia tidaklah mustahil dan tindakan ini boleh dilakukan kalau semua pengguna bersatu padu.

Di Barat, pengguna lebih cerdik dan mereka bersatu untuk menentukan harga pasaran, bukan ditetapkan oleh pengeluar. Saya bukan hendak menyokong mana-mana pihak dan pendapat saya adalah secara kebetulan sahaja menyebelahi pihak menteri yang yang dikatakan bodoh itu.

Rakyat Malaysia masih tidak yakin dengan tindakan boikot sebab mereka belum pernah lakukan maka mereka tak pernah melihat buktinya. Tapi ia adalah cara yang paling berkesan untuk menentukan harga produk di pasaran. Permintaan yang tinggi menyebabkan harga meningkat tetapi jika sesuatu produk tidak terjual, harganya akan jatuh menjunam. 
Read more...
Friday, July 19, 2013

Lagi Hutan Simpan Perak Jadi Mangsa Zambry

0 comments

Setelah kawasan peranginan Teluk Rubiah dan zon pemuliharaan penyu dan hutan simpan bukit pantai Segari menjadi mangsa serakah pentadbiran kerajaan negeri Perak meluluskan pembinaan kilang besi keluli untuk pelabur asing atas nama 'pembangunan', kini satu lagi kawasan hutan simpan di negeri Perak menjadi 'mangsa' terbaru keganasan pentadbiran Zambry menghancurkan alam sekitar untuk tujuan mengaut keuntungan dari sumber asli negeri Perak.

Kawasan hutan simpan kekal ini terletak di Daerah Hutan Perak Selatan iaitu di Hutan Simpan Bikam seluas 401.43 hektar kawasan berstatus Hutan Simpan Kekal telah dimansuhkan apabila beberapa syarikat swasta telah "dianugerahkan" lesen meneroka kawasan hutan simpan kekal di sini.

Menurut sumber yang rapat dengan pentadbiran kerajaan negeri, antara perkara yang paling 'dibenci' oleh Zambry ialah bila ada orang yang memohon konsesi balak di dalam negeri Perak. Ini bertentangan dengan hakikat sebenar apa yang sedang berlaku semasa pentadbirannya. Sejak menjadi Menteri Besar, telah hampir 10,000 hektar kawasan Hutan Simpanan Kekal di Negeri Perak dimansuhkan. 

Pembalakan dikatakan motif sebenar status hutan simpan ini dimansuhkan dimana syarikat-syarikat yang diberikan lesen dibenarkan untuk menebang pokok-pokok memusnahkan alam semulajadi di kawasan hutan yang pernah diisytiharkan sebagai Hutan Simpan Kekal.

Di bawah ialah keratan akhbar yang menunjukkan pada 2008 kerajaan melarang pembukaan tanah baru untuk penerokaan membabitkan hutan simpan kekal.























Foto oleh Sahabat Alam Malaysia
Read more...
Tuesday, July 9, 2013

Ahli Syurga Pertikai Kehadiran Muslim Lain Ke Masjid di Bulan Puasa

0 comments

Bila tiba bulan Ramadan, kita mula mendengar sindiran sinis dari orang² yang mengaku lebih alim dari orang lain bahawa "masjid akan penuh dengan muka-muka baru yang selama ini tak pernah nampak. Mereka mula mendekatkan diri mereka dengan masjid dan sering kelihatan terutama waktu morëh atau buka puasa. Lepas tu muka-muka ini akan hilang semula hingga waktu buka puasa esoknya". Perkara ni akan berulang hinggalah akhir puasa dan selepas hari raya, muka-muka ini akan lenyap terus dari muka bumi hilang entah ke mana. Kata mereka yang mengaku diri mereka ni lebih alim dari orang lain (kononnya seolah-olah masjid tu mak bapak mereka yang punya), "kalau nak lihat muka-muka ini lagi, tunggu bulan puasa tahun depan".

Kalau begini cara masyarakat memandang orang lain yang tak begitu alim seperti mereka ni, maknanya sampai bila-bila pun umat Islam akan saling benci-membenci, tidak bersatu dan masing-masing mempunyai perasaan syak wasangka sesama sendiri.

Sepatutnya mereka yang rasa diri mereka dah cukup alim, warak dan sudahpun menempah tiket ke syurga berbanding mereka yang jarang datang ke masjid, tidak boleh mengambil sikap sedemikian rupa. Ini membayangkan bahawa jurang antara masyarakat terutama orang Melayu Islam yang 'moderate' (tidak selalu nampak muka di masjid) dengan golongan warak yang dah dapat tiket ke syurga semakin jauh. Jurang itu seolah-olah membezakan antara Melayu yang sering ke masjid dan Melayu yang tak kenal masjid. Padahal masjid itu rumah Allah, walaupun yang membinanya ialah kontraktor kaum Cina tapi ia sepatutnya sentiasa terbuka menymabut sesiapa sahaja tak kira mereka itu kaki masjid atau bukan. Itu hak asasi setiap umat Islam  untuk menggunakan masjid sebagai tempat menunaikan ibadah dan tiada siapa pun berhak enghalang orang lain menggunakan masjid untuk tujuan beribadah. Masjid adalah tempat yang suci maka tidak sepatutnya golongan yang "sudah menempah tiket ke syurga" ini menghalang golongan yang jarang nampak mukanya di masjid dari datang menziarahi rumah Allah ini.

Kalau orang-orang Islam berterusan bersikap sebegini, maka tidak hairanlah umat tidak akan bersatu sampai bila-bila. Dan golongan yang jarang datang ke masjid akan terus menjauhi diri mereka dari masjid kerana sikap segelintir umat manusia yang kononnya sudah menempah tiket ke syurga. 
Read more...
Thursday, July 4, 2013

Metallica di KL: PAS jangan Hampakan Anak Muda

5 comments
Metallica, kumpulan muzik metal dari US bakal mengadakan konsert julung kalinya di Malaysia pada 21 Ogos 2013, iaitu selepas umat Islam menyambut hari raya puasa tidak lama lagi.

Siapa yangtak kenal dengan muzik keras Metallica yang telah lama mengukir nama di bibir kalangan peminat muzik thrash metal di Malaysia sejak lebih 20 tahun lalu. Peminat kumpulan Metallica di Malaysia  selama ini hanya mendengar muzik melalui kaset dan cd audio atau menonton di saluran Youtube sahaja. Mereka tak pernah melihat kumpulan ini membat persembahan secara live kecuali konsert terdekat yang pernah diadakan di Singapura pada 1993 - 20 tahun lalu.

Peminat muzik Metallica terdiri dari berbagai golongan sama ada anak muda, mahupun mereka yang sudah jadi suami atau bapa, kerana era kegemilangan Metallica adalah sejak zaman golongan ini masih bujang. Malah di kalangan ahli parti PAS juga sudah tentu ramai yang meminati Metallica - perkara ini tidak perlu dinafikan oleh sesiapapun.

Muzik Metallica adalah universal, ia melampaui batas parti atau kaum. Muzik dan lirik kumpulan ini banyak menyentuh isu-isu politik dan menyindir pentadbiran yang korup. Ia tiada unsur seks atau penyembahan syaitan. Ia juga tiada unsur budaya hedonism. Jika ada pihak yang cuba menggagalkan usaha untuk membawa kumpulan muzik ini atas alasan seperti yang disebutkan tadi, ia jelas menunjukkan pihak itu tidak peka dan bersikap membabi-buta tiada pengetahuan langsung tentang latarbelakang kumpulan ini. Kita harap kejadian seperti tindakan pemuda PAS membantah konsert Elton John dahulu tidak berlaku kali ini. Metallica jauh bezanya dengan Elton John.

Jika perkara yang sama masih berlaku, itu petanda PAS tidak peka kepada kehendak anak muda. Anak muda cuma mahu berhibur. Melayan muzik keras seperti lagu-lagu Metallica adalah sesuai dengan jiwa anak muda yang agresif.

Kalau PAS menyuarakan bantahan terhadap konsert Metallica, kali ini kami akan secara terbuka menghentam PAS dan mengajak anak muda tinggalkan parti yang mengarut.
Read more...
Thursday, May 30, 2013

Nama Azmin Ali tidak ada dalam senarai EXCO!

1 comments






Barisan Ahli Majlis Mesyuarat (EXCO) Kerajaan Negeri Selangor 2013

 YAB Dato’ Menteri Besar Selangor:

YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim
ADUN Pelabuhan Klang

Portfolio

• Kewangan
• Pembangunan Tanah & Pengurusan Sumber Alam
• Majlis Tindakan Ekonomi Negeri
• Penerangan
• Jawatankuasa Adat Melayu


Wakil PAS:


YB Tuan Iskandar Bin Abdul Samad
ADUN Cempaka

Portfolio
• Perumahan
• Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar

YB Tuan Dr. Ahmad Yunus Bin Hairi
ADUN Sijangkang

Portfolio
• Belia Dan Sukan
• Infrastruktur Dan Kemudahan Awam

YB Puan Dr. Halimah Binti Ali
ADUN Selat Klang

Portfolio
• Pendidikan Dan Pendidikan Tinggi
• Pembangunan Modal Insan

YB Tuan Sallehin Bin Mukhyi
ADUN Sabak

Portfolio
• Hal Ehwal Islam
• Permodenan Pertanian
• Pembangunan Desa

Wakil DAP

YB Tuan Ean Yong Hian Wah
ADUN Sri Kembangan

Portfolio
• Pelaburan, Perindustrian Dan Perdagangan
• Pembangunan Kampung Baharu Dan Pemutihan Kilang Haram

YB Tuan Ganapathi Rao A/l Veraman
ADUN Kota Alam Shah

Portfolio
• Pekerja Ladang
• Kemiskinan
• Kerajaan Prihatin

YB Dato’ Teng Chang Khim
ADUN Sungai Pinang

Portfolio
• Kerajaan Tempatan
• Kajian Dan Penyelidikan

Wakil PKR


YB Puan Dr. Rodziah Binti Ismail
ADUN Batu Tiga

Portfolio
• Kebajikan
• Hal Ehwal Wanita


YB Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
ADUN Sementa

Portfolio
• Kesihatan
• Pembangunan Usahawan
• Sains, Teknologi Dan Inovasi


YB Puan Wong Keat Ping @ Elizabeth Wong
ADUN Bukit Lanjan

Portfolio
• Pelancongan
• Hal Ehwal Pengguna
• Alam Sekitar

Dewan Negeri Selangor:

YB Puan Hannah Yeoh
ADUN Subang Jaya

Portfolio
• Speaker Dewan Negeri Selangor

YB Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad
ADUN Seri Setia

Portfolio
• Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor


Itulah senarai EXCO negeri Selangor yang telah diumumkan oleh  YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim melalui facebooknya. Semua orang terasa nama Azmin Ali (Pengerusi MPN Selangor) terkeluar dalam  senarai. Bagi mereka yang faham fenomena dalaman PKR, mereka mungkin menganggap ini perkara yang baik. Tapi, apakah disebabkan nama Azmin Ali dikeluarkan, perkara itu akan menyebabkan perpecahan dalam PKR Selangor? Tan Sri Khalid mempunyai sokongan yang cukup kuat daripada Presiden PKR DS Wan Azizah serta rakan-rakan Pakatan Rakyat. Aku tak tau sejauh mana kekuatan yang dimiliki oleh Azmin Ali diperingkat MPN.
 

 Walau bagaimanapun, 1 yang pasti...Populariti serta pentadbiran cemerlang TS Khalid adalah punca utama Pakatan Rakyat dapat mengekalkan sokongan rakyat Selangor sehinggalah menang majoriti di DUN Selangor.
Read more...
 
Mediaperak.net © 2013 mediaperak.net & Blogger. Supported by Mediaperak Perak

"Menggalas Harapan Rakyat"