Advertise

Showing posts with label Facebooker. Show all posts
Showing posts with label Facebooker. Show all posts
Thursday, May 16, 2013

Kisah Benar- Istimewa Hari Guru

0 comments


Cikgu, terima kasih kerana membalas semua sms saya walau pun lewat. Saya tahu akan kesihatan Cikgu yang uzur. Hari ini, Hari Guru. Murid saya hanyalah budak-budak seusia empat,lima dan enam tahun. Tapi setiap kali sambutan hari Guru, mereka berlumba-lumba nak beri saya hadiah. 

Saya pernah dapat hadiah dari yang semahal-mahalnya dan ada hadiah yang dah terpakai! Begini Cikgu, pernah pada satu kali sambutan hari guru, semua murid saya datang dan pelok saya. Mereka bagi saya macam-macam. Seorang murid yang saya kenal pasti datang dari keluarga yang agak susah, memerhatikan sahaja gelagat kawan-kawannya. Kawan-kawannya cakap, " Awak tak bagi Cikgu hadiah..kami semua dah bagi..." Dia pandang wajah saya. Saya jawab, " Tak apalah kalau dia tak bagi, hadiah ni pun bukan awak semua yang beli, kan ini semua dari poket emak ayah awak? Lainlah kalau memang dari hasil kerja awak semua. Masa tu lambat lagi, sekarang masa awak semua belajar.Cikgu tak kisah kalau awak tak bagi langsung pun," saya memujuk hati budak tadi dengan ayat-ayat saya. 

Cikgu tau? Dia datang menghampiri saya. Dia menghulurkan saya bekalnya! Hari-hari dia suka makan donat. Itulah makanan kegemaran dia. Seringkali dia masuk dalam kelas dengan mulutnya yang penuh mengunyah donat. Dan ada lagi dalam plastik dua atau tiga ketul untuk dimakannya waktu rehat.

" Awak bagi Cikgu ke kuih ni?" Saya menyentuh bahunya. " Iya..saya hadiah. Saya tak ada duit nak beli hadiah macam mereka.." Oh Tuhan! Mata saya basah,Cikgu! Saya tarik budak tu dan saya peluk dia kemas-kemas ke dada. Semua kawannya diam dan saya perasan ada budak perempuan yang bertakung airmatanya!

Saya tak minta semua hadiah-hadiah tersebut. Tugas saya hanyalah mengajar. Mendidik dan menuntun mereka ke jalan yang diredhai Allah. Seringkali saya ucapkan, " Jadilah apa saja. Doktor. Peguam. Guru. Polis. Askar. Angkasawan. Apa saja. Tapi mestilah beriman dan taat dengan Tuhan."

Cikgu, saya sentiasa mendoakan semoga Cikgu di dalam naungan kasih sayang Allah. Sekarang saya faham. Saya mengerti. Apa yang Cikgu rasa dahulu telah pun saya alami. Saya lebih mengerti kenapa waktu kelas sastera dahulu Cikgu selalu bersikap "misteri" dan meninggalkan kami terpinga-pinga.

Andai sahaja saya tau waktu itu. Andai sahaja saya mengerti ketika itu. Betapa Cikgu sedang diuji dengan satu ujian yang sangat hebat. Bersendirian memelihara anak-anak. Bergegas ke kem Kamunting dari Petaling Jaya untuk melawat suami tercinta yang dalam tahanan ISA! Datang jauh-jauh berpenat-penat tapi seringkali pulang dengan kecewa kerana Cikgu tak dibenarkan berjumpa dengan suami! Maaf Cikgu. Maaf sebab waktu itu saya tak tau apa itu ISA. Apa itu kem Kamunting. Apa itu politik! Waktu itu saya hanya minat sastera. Saya hanya mahu belajar. 

Alhamdulillah. Tuhan mempertemukan kita lagi. Terima kasih yang tak terhingga kerana Cikgu selalu mendorong saya dengan kata-kata semangat untuk saya terus kuat dan tabah memelihara anak-anak tanpa sokongan dari seorang laki-laki yang bergelar suami. 

Terima kasih Cikgu kerana membalas mesej saya semalam. Saya tak berpeluang bagi Cikgu hadiah. Tapi saya akan tetap mendoakan Cikgu. Saya akan sentiasa mengenang jasa baik Cikgu hingga akhir hayat saya. 

Sekian sahaja nukilan dari saya,

pulanglah perantau!

 Dedikasi untuk Cikgu Sabariah.. (GURU SASTERA SMK PETALING 1978-1979)

 KEPADA SEMUA GURU DI MALAYSIA, SELAMAT HARI GURU!

Oleh:  Kaklong Nagano
Read more...
Tuesday, April 23, 2013

Lagi 50 Pemuda UMNO Mengamuk

1 comments


KUALA KANGSAR, 22 April – 50 Pemuda UMNO Kampung Seri Desa DUN Chenderoh Parlimen Padang Rengas isytihar keluar parti dan menyertai PKR. Dalam majlis ringkas penyerahan borang keahlian yang diadakan di dewan Kampung Seri Desa dengan dihadiri oleh Ketua AMK Perak Dr Meor Ahmad Isharra Bin Ishak (Calon Parlimen Padang Rengas)..

Dalam ucapan ringkas wakil pemuda Kampung, Mohd Azwan menegaskan beliau bertindak menyertai PKR setelah rakan-rakannya didalam UMNO selama ini berasa tertipu dan melihat perjuangan dalam UMNO tersasar dari arus perjuangan sebenar. Ramai pemimpin katanya, sudah mula terpesong dari perjuangan asal untuk membela nasib agama, bangsa dan negara. Beliau melihat sendiri pemimpin UMNO yang datang ke Kampung mereka hanya sekadar berceramah penuh dengan penipuan dan fitnah.

Ini juga melibatkan Ketua UMNO Cawangan Beluru tidak menghiraukan nasib mereka kecuali hanya pada waktu pilihanraya saja semasa memasang bendera. Mereka hanya mengejarkan jawatan dalam Parti untuk menjadi calon Wakil Rakyat tanpa memikirkan bagaimana untuk membela nasib dan kemajuan anak-anak muda di Kampung tersebut

Pada majlis itu juga Ketua AMK Perak Dr Meor Ahmad Isharra Bin Ishak berkata beliau amat bersimpati dengan apa yang berlaku dan bersedia jika PAS dan PKR diberikan mandat untuk menjadikan pemimpin di kawasan tersebut beliau akan memastikan nasib anak-anak muda terus terbela. Beliau juga turut menyampaikan ucapan dan mengucapkan syabas kepada anak muda Kampung Seri Desa yang berjaya menaikkan semangat PKR di cabang itu.

Beliau berharap dengan kemasukan Mohd Azwan dan pengikutnya, maka PKR akan diperkukuhkan lagi dalam usaha memberikan kemenangan kerusi parlimen Padang Rengas dan DUN Chenderoh.
Read more...
Friday, April 5, 2013

Dr. M Sertai PKR??? biaq betui.....

0 comments

BERTUGAS di Jabatan Kerajaan memang selalu menahan hati kalau kita tahu ada kebobrokan/penyelewengan dilakukan oleh pemimpin politik. Apa saja arahan kena akur dan sesuaikan meski kekadang itu bertentangan dengan peraturan IT/Peraturan Kewangan.

Misalnya ada satu projek kos 300 juta, maka kelulusan daripada CM/PM/MK diperlukan dan kementerian kewangan akan terus memberikan kontrak secara award dan yang dapat itu biasanya orang2 mereka/kroni dan keluarga.

Kalau adapun kononnya diberikan secara adil, maka akan ada
pelaksanaannya secara Tender Tertutup atau TERHAD yang maksudnya hanya dua tiga kontarktor saja dipanggil dan dua tiga kontraktor itu biasanya milik orang sama dan ini istilahnya sama juga seperti menyediakan makanan tentera di sabah dan negeri lain.

Nah, keadaan ini memang menyakitkan hati pegawai kerajaan dan kelihatannya pegawai/pengarah yang diamanahkan langsung tiada kuasa dan samalah seperti LEMBU.

Mereka sebenar tak boleh melawan sebab TERPAKSA akur ikut perintah atas nama slogan ‘SAYA YANG MENURUT PERINTAH” dan keadaan ini menyebabkan yang menjalankan tugas marah tetapi tak boleh bersuara/kalau bersuara maka itu akan dikatakan sebagai penyokong pembangkang seperti saya dulu meski saya dapat anugerah melintang/tiada kes, lalu dipindah dan tidak bergaji selama 10 bulan lebih kurang begitu. Kesannya sesudah saya semula dipindah lagi dan saya buat keputusan undur dan tinggalkan jawatan penting dalam kerajaan.

Pegawai kerajaan mesti akur hukum PERINTAH AM tidak dibenar berpolitik dan menyokong pembangkang siap diambil tindakan atau dilupa2kan peluang naik pangkat tidak aka ada sebaliknya ditekan dengan bermacam cara, tetapi kalau menyokong pemerintah bukan saja naik pangkat malah diamanah duduki kerusi ahli lembaga pengarah di syarikat atau lembaga meski tidak berkelayakan dan inilah bedanya.

Nah, ISUnya kenapa saudara Dr. Muhiddin Yussin/mantan pengarah pendidikan Sabah setelah bersara menyertai parti PKR/PAKATAN?
Mantan pengarah ini kawan baik saya dan kami semacam adik beradik di tahun2 1977 dan selalu tidur/tinggal di rumah saya di Kota Kinabalu bersebelah Maktab Gaya kerana ketika itu dia belajar di Maktab Gaya.

Kekadang hujung minggu kami bersama marzuki ali naik keretapi ke Beaufort dan petang ke kampung saya dan tidur di kampung dan pernah mandi di sungai Kg Brunei Membakut. Tanyalah dia!

Dia ini jenis orang lurus/solat tak pernah tinggal/di mana saja kedengaran azan kami tetap ke masjid dan solat. Jadi saya faham sangat kedudukannya dan itu cukup jujurnya manusia yang pernah saya temui selama ini. Nama RASUAH dia 100% tidak ada.

Saya melihat jabatan pendidikan ini sejak dahulu hingga kini saya tahu keadaannya dan kekadang projek nilai RM80k/hanya dibelanjakan RM20K dan itu sebab keadaan binaan asal ada sahaja tetapi tidaklah semuanya. Ada juga yang dilaksanakan secara benar mengikut spek kerja yang ditentukan.

Yang sejak kebelakangan ini projek2 renovasi misalnya sudah ada orangnya yang ampunya meski pengarah pendidikan belum tahu projek yang berkenaan dan dari meja JPS sudah ada tuan punya atas arahan atasan dan kerusi/meja pengarah hanyalah laluan restu sahaja atau tidak punya kuasa atau kalau projek itu ratusan juta, maka itu kelulusannya dari Malaya dan biasa arahan PM/Menteri kewangan kepada Ketua Setiausaha Kementerian2 berkenaan dan ini disekongkol oleh EPU dan sebagainya.

Keadaan2 semacam ini bukan saja berlaku di Jabatan pendidikan, malah juga berlaku di Kementerian2 lain dan yang selalu mendapat projek ialah macai2 menteri atau keluarga kroni terdekat dan kalau adapun untuk bawahan2 hanyalah projek2 bersih parit yang kos hanyanya RM5,000.000 dan yang dapat ialah ketua2 cawangan dan itupun kos bersih parit hanyalah RM450.00 dan yang RM4,500.00 keuntungan bagi2 termasuk sewa lessen 5%.

Masih ingat projek RM160 juta computer sabah dan laporan audit negara ada KETIRISAN/Rasuah sebab hanya satu dua sekolah saja berfungsi dan yang lain gagal. RM160 juta bukan RM160 dan sama seperti lembus Sharizat RM250 juta. Kesannya negara berhutang lebih RM500 bilion dan ini hutang Rakyat bukan hutang BN.

Semua pengarah atau pegawai tahu keadaan ini dan mereka tak bisa berbuat apa-apa selain diam tahan rasa dan nak marah sama siapa, lalu ada yang tak tahan terus melawan tetapi kesannya ditekan macam saya dan akhirnya mengalah/tetapi saya lebih senang dan “happy” sebenarnya.

Nah, kenapa pegawai kerajaan bila bersara penyokong kerajaan? Jawabannya sudah ada dan tidak perlu lagi saya jelaskan.
Lalu ada juga yang bertanya kenapa dalam kerajaan dulu tidak bersuara? Jelas yang bertanya ini tidak faham peraturan kerajaan AKU JANJI dan hukum2 dalam Perintah AM itu sendiri dan yang tak faham kena faham ini.

Persoalannya kenapa Dr. Muhiddin Yussin sertai PKR dan tidak BN? Jawabannya sudah saya katakan di atas sana pula menyatakan konon Dr Muhiddin Yussin tidak mengenang budi dan dia bercita2 mahu jawatan yang lebih tinggi. Jelas ini salah sebab dia bukan jenis begitu dan dia sendiri sepatut sudah lama duduki kerusi berkenaan. Pernah dia sudah dijadual duduki satu unit naik pangkat tetapi dipintas oleh bawahan dan dia tetap bersabar.

Pernah rosak keritanya, tetapi dia tak guna kereta kerajaan dan rela duduk di bas stop depan federal untuk pulang ke petagas di rumahnya dan pernah merasmikan acara di Kota Belud dan dia ke sana dengan proton saga buruknya. Inilah namanya insan yang dulu saya panggil dia MY ANAS kerana terkenal kesan penulisan puisinya yang bagus.

Saya doakan dia terus Berjaya dan Berjaya/kalaupun tak Berjaya itu sesungguhnya kemenangan yang tertangguh dan di syurga tetap menerima sesuatu yang cukup hebat dari Allah yang satu. Amin!

ISMAILY BUNGSU
SABAH
1/4/2013
Read more...
Saturday, March 30, 2013

Dalam PR, rakyat berfikir. Dalam BN, rakyat jadi fakir

0 comments

PRU13 : Dalam Pakatan Rakyat, rakyat berfikir...

Ustaz Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz,
Dia tanya, "Ustaz, lepas PRU13 nanti, jika kita diberi kemenangan bersama dalam PR, apa yang kita harus lakukan?"

Saya jawab, pecahkan liur, "Kita memerintahlah."

Dia kata, "Tapi, rasanya payah untuk kita jadi PM. DAP dah setuju untuk Anwar jadi PM."

Saya jawab, "Kita pergi kepada yang mudah dulu. Kita jadi TPM. Bila yang payah tu jadi mudah, kita jadi PM."

Dia sinis, "Bilalah DAP nak setuju PAS jadi PM?!"

Saya jawab, "Bila PAS berjaya yakinkan DAP. Kita dah pun berjaya yakinkan mereka untuk bersama. Mereka pun dah yakinkan kita."

Dia tambah, "Nampaknya PAS akan bertarung terus dengan PKR berebut PM."

Saya jawab, "Tidak. Rakyat akan marah jika begitu. PM PR bukan seumur hidup macam PM BN. Rakyat akan pilih PM terbaik dari parti terbaik. Jika PM pertama dari PKR, mungkin PM kedua dari PAS."

Dia sinis, "Nampak saja mudah ustaz, tapi payah."

Saya jawab, "Kita fikir yang mudah-mudah dulu. Kalau fikir yang payah, nanti umno BN tak tumbang nanti. Nak?

Dia jawab, ketawa, "Haha, ngeri!"

Dia tanya lagi, "Macam mana kita nak laksana Islam jika kita tak jadi PM?"

Saya jawab, "Yang jadi PM tulah yang laksana Islam. Kita jadi pembantu. Pembantu nombor satu."

Dia mula pesimis, "Bila pulak Anwar janji nak laksana Islam? Dia pun nampak pelik kenyataan-kenyataan dia pasal Islam."

Saya jawab, "Tapi dia tak pernah kata tolak Islamkan? Bahkan dia puji. Cuma, dia hanya syarah Islam cara dia fahamlah. Itu dah baik. Jauh meninggalkan umno-BN di belakang."

Dia desak, "Macam mana jika dia tipu. Ustaz tahu, orang politik bila dah ada kuasa, mulalah tipu sana tipu sini."

Saya jawab, "Orang Islam, macam orang lain juga, biasa je kena tipu. Cuma, tak boleh kena tipu dari lubang yang sama berulang kali. Yang pasti, umno dah berulang kali tipu."

Dia tanya, "Ustaz tak takut PAS kena tipu?"

Saya jawab, "Takut."

Dia tambah lagi, "Lepas tu?"

Saya jawab, "Takut melahirkan hati-hati. Hati-hati adalah sifat setiap mukmin dan setiap gerakan Islam. Jadi, PAS berhati-hati. Semua parti politik yang berhati-hati adalah betul."

Dia tukar gear, "Ustaz, bagaimana hudud. PAS nak teruskan?"

Saya jawab, "Itu agenda Islam. Hudud adalah bahagian kecil daripada bahagian-bahagian Islam yang luas. Meninggalkan sebahagian dan ambil sebahagian adalah umno."

Dia tekan minyak, "Macam mana nak buat? Kita dalam PR. PR tiada agenda hudud."

Saya jawab, "Yalah. Hudud itu agenda PAS. Memanglah bukan agenda PR. DAP dan PKR pun ada agenda mereka yang bukan agenda PR."

Dia hembus nafas mengeluh, "Nampaknya, lambat lagi la hudud nak jalan."

Saya kata, "Lambat tu masa umno memerintah. Masa kita memerintah, masa semakin dekat."

Dia berminat, "Boleh ustaz terangkan panjang-panjang sikit, bagaimana?"

Saya terangkan, "Bila menang dan memerintah nanti, halangan lama buatan umno akan terungkai. Kebebasan mengambil tempat. Rakyat akan mendengar dari semua dengan adil. Suara dakwah semakin meluas. Ilmu dan hujah Islam akan berkumandang.

"Qudwah akan memimpin menggantikan janji dan kata. Keindahan Islam semakin dilihat. Amar makruf nahi munkar akan bergerak dalam masyarakat Islam.

"Keadilan menjadi desakan ke atas pemerintah. Kezaliman akan diburu sehingga ke lubang cacing. Kepimpinan khianat akan diganti dengan mudah. Rakyat mencintai kebenaran melebihi cinta mereka kepada pemerintah.

"Baik, saya mahu tanya, masa itu, apa halangan untuk rakyat yang telah melihat keindahan Islam dan qudwahnya untuk tidak mengundi Islam yang syumul, termasuk hudud? Bukankah umat Islam dijamin sebagai umat yang menjadi saksi untuk Islam dan Allah? Melayu bangkit kerana Islam. Melayu rebah, tanya sama Umno, kenapa?"

Dia diam seketika, kemudian senyum, "he he.. saya fikirkan.."

Saya kata, "Dalam PR, rakyat berfikir. Dalam BN, rakyat jadi fakir."


Read more...
Friday, March 15, 2013

PAS Perak nak bunuh karier politik Nizar?

0 comments


Mula-mula aku terpandang status ni:



readmore.....
Read more...
Sunday, March 10, 2013

27 lelaki dalam tiga bot ditahan di pantai Tanjung Batu

0 comments

Seramai 27 lelaki dalam tiga buah bot ditahan pagi ini di kawasan pantai Tanjung Batu, Lahad Datu berhampiran zon operasi di mana pasukan keselamatan melancarkan gerakan mengusir penceroboh Sulu,  kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

NONE"Kami telah menyerahkan mereka kepada Ibu Pejabat Polis
Daerah Lahad Datu untuk siasatan.

"Kita tidak mahu sesiapa pun memasuki kawasan operasi. Ia akan menjejaskan operasi dan membahayakan nyawa," katanya dalam satu sidang akhbar di Felda Residence Sabahat, Lahad Datu, pagi ini.

Ismail berkata tidak jelas sama ada mereka cuba memasuki zon operasi atau meninggalkannya, dan polis masih menyiasat motif mereka.

Ismail berkata mereka yang mendakwa ingin menangkap ikan, ditahan di atas bot masing-masing setelah pihak keselamatan mencurigai kehadiran mereka di kawasan larangan itu, dan menyerahkan kesemua mereka kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu untuk siasatan lanjut.
Bagaimanapun, Ismail berkata, tiada senjata ditemui di dalam
bot mereka. Beliau juga tidak mendedahkan kerakyatan mereka yang ditahan itu.

Dengan ini, jumlah tangkapan suspek berhubung krisis Sabah yang bermula 12 Februari lalu ialah 106 orang.

Dalam sempadan operasi yang terdiri daripada Kampung Tanduo dan Tanjung Batu, Ismail berkata tidak ada perkembangan baru selain daripada seorang penceroboh ditembak oleh oleh pasukan keselamatan pagi ini.
Read more...
 
Mediaperak.net © 2013 mediaperak.net & Blogger. Supported by Mediaperak Perak

"Menggalas Harapan Rakyat"