PRU13
: Dalam Pakatan Rakyat, rakyat berfikir...
Ustaz
Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz,
Dia
tanya, "Ustaz, lepas PRU13 nanti, jika kita diberi kemenangan bersama
dalam PR, apa yang kita harus lakukan?"
Saya
jawab, pecahkan liur, "Kita memerintahlah."
Dia
kata, "Tapi, rasanya payah untuk kita jadi PM. DAP dah setuju untuk Anwar
jadi PM."
Saya
jawab, "Kita pergi kepada yang mudah dulu. Kita jadi TPM. Bila yang payah
tu jadi mudah, kita jadi PM."
Dia
sinis, "Bilalah DAP nak setuju PAS jadi PM?!"
Saya
jawab, "Bila PAS berjaya yakinkan DAP. Kita dah pun berjaya yakinkan
mereka untuk bersama. Mereka pun dah yakinkan kita."
Dia
tambah, "Nampaknya PAS akan bertarung terus dengan PKR berebut PM."
Saya
jawab, "Tidak. Rakyat akan marah jika begitu. PM PR bukan seumur hidup
macam PM BN. Rakyat akan pilih PM terbaik dari parti terbaik. Jika PM pertama
dari PKR, mungkin PM kedua dari PAS."
Dia
sinis, "Nampak saja mudah ustaz, tapi payah."
Saya
jawab, "Kita fikir yang mudah-mudah dulu. Kalau fikir yang payah, nanti
umno BN tak tumbang nanti. Nak?
Dia
jawab, ketawa, "Haha, ngeri!"
Dia
tanya lagi, "Macam mana kita nak laksana Islam jika kita tak jadi
PM?"
Saya
jawab, "Yang jadi PM tulah yang laksana Islam. Kita jadi pembantu.
Pembantu nombor satu."
Dia
mula pesimis, "Bila pulak Anwar janji nak laksana Islam? Dia pun nampak
pelik kenyataan-kenyataan dia pasal Islam."
Saya
jawab, "Tapi dia tak pernah kata tolak Islamkan? Bahkan dia puji. Cuma,
dia hanya syarah Islam cara dia fahamlah. Itu dah baik. Jauh meninggalkan
umno-BN di belakang."
Dia
desak, "Macam mana jika dia tipu. Ustaz tahu, orang politik bila dah ada
kuasa, mulalah tipu sana tipu sini."
Saya
jawab, "Orang Islam, macam orang lain juga, biasa je kena tipu. Cuma, tak
boleh kena tipu dari lubang yang sama berulang kali. Yang pasti, umno dah
berulang kali tipu."
Dia
tanya, "Ustaz tak takut PAS kena tipu?"
Saya
jawab, "Takut."
Dia
tambah lagi, "Lepas tu?"
Saya
jawab, "Takut melahirkan hati-hati. Hati-hati adalah sifat setiap mukmin
dan setiap gerakan Islam. Jadi, PAS berhati-hati. Semua parti politik yang
berhati-hati adalah betul."
Dia
tukar gear, "Ustaz, bagaimana hudud. PAS nak teruskan?"
Saya
jawab, "Itu agenda Islam. Hudud adalah bahagian kecil daripada
bahagian-bahagian Islam yang luas. Meninggalkan sebahagian dan ambil sebahagian
adalah umno."
Dia
tekan minyak, "Macam mana nak buat? Kita dalam PR. PR tiada agenda
hudud."
Saya
jawab, "Yalah. Hudud itu agenda PAS. Memanglah bukan agenda PR. DAP dan
PKR pun ada agenda mereka yang bukan agenda PR."
Dia
hembus nafas mengeluh, "Nampaknya, lambat lagi la hudud nak jalan."
Saya
kata, "Lambat tu masa umno memerintah. Masa kita memerintah, masa semakin
dekat."
Dia
berminat, "Boleh ustaz terangkan panjang-panjang sikit, bagaimana?"
Saya
terangkan, "Bila menang dan memerintah nanti, halangan lama buatan umno
akan terungkai. Kebebasan mengambil tempat. Rakyat akan mendengar dari semua
dengan adil. Suara dakwah semakin meluas. Ilmu dan hujah Islam akan
berkumandang.
"Qudwah
akan memimpin menggantikan janji dan kata. Keindahan Islam semakin dilihat.
Amar makruf nahi munkar akan bergerak dalam masyarakat Islam.
"Keadilan
menjadi desakan ke atas pemerintah. Kezaliman akan diburu sehingga ke lubang
cacing. Kepimpinan khianat akan diganti dengan mudah. Rakyat mencintai
kebenaran melebihi cinta mereka kepada pemerintah.
"Baik,
saya mahu tanya, masa itu, apa halangan untuk rakyat yang telah melihat
keindahan Islam dan qudwahnya untuk tidak mengundi Islam yang syumul, termasuk
hudud? Bukankah umat Islam dijamin sebagai umat yang menjadi saksi untuk Islam
dan Allah? Melayu bangkit kerana Islam. Melayu rebah, tanya sama Umno,
kenapa?"
Dia
diam seketika, kemudian senyum, "he he.. saya fikirkan.."
Saya
kata, "Dalam PR, rakyat berfikir. Dalam BN, rakyat jadi fakir."