Advertise

Friday, March 29, 2013

Bukti Akhbar Metro Ejen UMNO

0 comments
oleh Deth Mustaine

Akhbar Metro menolak iklan kerajaan Pulau Pinang untuk menyiarkan iklan tentang pembasmian kemiskinan oleh kerajaan negeri itu. Sebagai sebuah agensi berita, sepatutnya mereka tidak memikirkan perkara remeh seperti ini kerana akhbar bukanlah sebuah parti politik, kenapa pula mereka mesti menolak bila ada pihak lain mahu membeli ruang iklan yang disediakan?  Tidak kira siapa sama ada ia individu, syarikat ataupun parti politik. Ia sepatutnya bebas diperolehi oleh sesiapa sahaja asalkan mereka sanggup membayar harga untuk ruang iklan yang ditawarkan.

Tindakan ini dipercayai dilakukan kerana khuatir dengan tersiarnya iklan seperti itu, ia bukan saja bakal membuatkan BN tidak berjaya merampas semula Pulau Pinang, malah ia bakal membuatkan calon-calon mereka kalah teruk dan hilang wang pertaruhan. 

Ini membuktikan akhbar di negara ini sebenarnya tidak bebas dan dikawal oleh kerajaan pemerintah. Mereka takut lesen mereka ditarik balik hanya kerana menyiarkan iklan oleh parti pembangkang. Mereka bukan saja pengecut, malah menjadi ejen kepada kerajaan pemerintah memburuk-burukkan parti pembangkang dan memberi publisiti murahan kepada parti pemerintah iaitu Barisan Nasional terutama UMNO. Lebih memalukan, pertubuhan racist dan penuh provokasi seperti Perkasa dan Pekida sering diberi liputan meluas
Kenyataan yang mengatakan media di Malaysia adalah bebas hanya omong kosong. Media arus perdana sebenarnya terkongkong. Ini membuktikan wujudnya kawalan oleh tangan-tangan ghaib yang mencengkam akhbar-akhbar arus perdana. Sepatutnya di ruang iklan itu perlu dimaklumkan terlebih dahulu dengan ayat "Parti pembangkang dilarang membeli ruang iklan ini". Ini adalah rekod dunia yang patut dimasukkan ke dalam Guiness Book of World Records kerana ia belum pernah diamalkan oleh mana-mana akhbar di dunia. 

Mari sama-sama kita boikot semua akhbar arus perdana seperti ini termasuk akhbar perosak fikiran Melayu yang tidak lagi mendapat sambutan, Utusex Malaysia dan Berita Hairan. Boikot beli dan boikot dari menyewa ruang iklan.

Leave a Reply

 
Mediaperak.net © 2013 mediaperak.net & Blogger. Supported by Mediaperak Perak

"Menggalas Harapan Rakyat"