Advertise

Thursday, March 28, 2013

BN Akan Tumbang Jika Keputusan PRU Lebih Buruk

0 comments
Oleh Deth Mustaine 

Tun Madey kata Najib mesti undur kalau gagal menunjukkan prestasi yang baik dalam PRU akan datang. Maksud Tun Madey itu bukan saja ditujukan kepada Najib seorang, ia secara lateralnya ditujukan sekali kepada Barisan Nasional terutama UMNO yang dipimpin oleh Najib.

Sebenarya Najib tak perlu undur pun kalau prestasi BN dan UMNO buruk. Jika dilihat prestasi BN dalam PRU yang lepas pun memang dah sedia buruk. Jadi kalau prestasi kali ini lebih buruk dari prestasi terburuk dalam PRU yang lalu, itu membawa satu makna yang jelas - BN akan tumbang.

Bila BN tumbang, Najib tanpa perlu disuruh oleh Madey atau oleh Brahem Ali dengan sendirinya akan undur.

Menurut Madey lagi, dia bercakap secara teori sekiranya BN gagal menunjukkan prestasi yang lebih baik. Apabila ditanya siapa yang perlu mengambil tempat Najib, Madey tidak pula menamakan Muhyidin sebagai seorang calon yang boleh menggantikan Najib.

Leave a Reply

 
Mediaperak.net © 2013 mediaperak.net & Blogger. Supported by Mediaperak Perak

"Menggalas Harapan Rakyat"