ALOR SETAR: Anggota parti di semua peringkat, sama ada pimpinan, para
petugas Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN), Majlis Tindakan Dun (MTD) dan
Unit Peti Undi (UPU) diseru agar berpegang teguh kepada wala’ untuk
menerima serta melaksanakan keputusan pimpinan tertinggi PAS Pusat.
Pengarah JPN Kedah, Senator Muhamad Yusof Husin berkata, telah menjadi
sistem organisasi dan amal jamaie, bahawa keputusan tertinggi dan
muktamad serta kaedah pemilihan calon pilihan raya oleh pimpinan, adalah
didasari ijtihad mereka yang menilai bukan sahaja kepentingan Dun dan
Parlimen atau Negeri, tetapi melihat kepentingan sehingga ke peringkat
nasional.
“Demikian itu penting bagi kita sebagai jentera pelaksana untuk
berlapang dada dan bersikap terbuka untuk mengenepikan segala
ketidakpuasan hati selama ini walaupun barangkali keputusan yang dibuat
pimpinan itu tidak menyenaraikan calon pilihan, sebaliknya keputusan PAS
Pusat perlu diterima sebagai keputusan kita bersama.
“Sudah tentulah persepsi di setiap peringkat berbeza dan tidak akan
memenuhi kehendak seluruh ahli-ahli PAS itu sendiri. Kerana pasti ada
calon-calon pilihan kita tidak tersenarai dan sebaliknya calon yang
tidak kita sukai pula tersenarai. Dalam keadaan sekarang tentunya
mustahil kita dapat senaraikan calon yang mendapat sokongan 100 peratus
ahli PAS,” ujarnya yang turut memaklumkan bahawa prosedur mengenai
pencalonan telah pun dijelaskan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul
Hadi Awang dalam kunjungannya ke Kedah pada 6 April baru-baru ini. selanjutnya