oleh Deth Mustaine
17 April 2013 - Setiausaha Wanita UMNO Cawangan Kampung Che Zainal, Chemor, Puan Azizah Abd. Hamid, 40, dalam sidang media di gerai makan miliknya di Kampung Che Zainal mengumumkan meletak jawatan yang disandangnya bermula hari ini. Tindakannya meletak jawatan sekaligus keluar dari menjadi ahli parti yang dianggotainya selama hampir 20 tahun lalu. Dalam kenyataan yang diberikan, Azizah merasa amat kecewa dengan sikap segelintir ahli UMNO cawangan yang tidak mahu menerima pandangan dan teguran darinya selaku Setiausaha Wanita malah beliau sendiri telah dihalau dari sesi perjumpaan yang diadakan minggu lalu. Tindakan sebahagian anggota menghalaunya di depan ahli yang lain membuatkan beliau merasa dimalukan oleh ahli parti sendiri dan perkara sebegini tak sepatutnya berlaku.
Ditanya apakah alasan beliau dihalau keluar, ia berkenaan tegurannya supaya anggota sepatutnya menghayati benar-benar lagu UMNO yang menyeru semua ahli bersatu padu sedangkan hakikatnya ahli UMNO sendiri berpecah belah dan masing-masing mementingkan diri sendiri.
Wednesday, April 17, 2013
SU Wanita UMNO Dihalau Ahli UMNO Umum Letak Jawatan
Categories :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)