BANGSA MALAYSIA: TANYA MAHATHIR, BETULKAH DIA PEJUANG MELAYU ATAU PENCETUS HURU HARA DALAM PERJUANGAN MELAYU?
![]() |
Tun Dr Mahathir yang disanjungi, hanya Tun sahaja yang boleh menghentikan segala gejala politik fitnah yang menular di dalam masyarakat kini kerana Tun yang 'open the gate' , so 'please close the gate'
“Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama: Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara”
Kenyataan di atas adalah dipetik daripada aspirasi Tun Dr Mahathir sendiri yang ingin mewujudkan satu BANGSA
Dan dari mana asal usul DAP dan dari mana asal usul Gerakan dalam Barisan Nasional. Semuanya ada kaitan dengan PAP. Sehubungan dengan itu, polemik yang dicetuskan oleh Mahathir yang kononnya akan berlaku rusuhan kaum jika undi DAP , DAP ini jahat, DAP itu dan ini, sedangkan idea dan konsep Bangsa Malaysia yang diambil oleh Mahathir itu sendiri datangnya dari PAP sendiri. Malah,jika kita lihat kini dalam dunia yang tidak ada sempadan yang hanya berbaki 7-tahun sahaja untuk tahun 2020, sudah banyak harta di Johor Darul Takzim telah beralih tangan kepada tycoon daripada Singapura dengan pengwujudan Iskandar
Hak istimewa orang Melayu langsung tidak disebut dalam Wawasan 2020. Ini harus dipersoal oleh intelek intelek Melayu dan para pejuang Melayu dalam UMNO. Adakah kerana orang Melayu rasa cukup selesa kerana orang Melayu mempunyai Sultan dan institusi Diraja yang diwujudkan sekian lama oleh British untuk mempertahankan hak istimewa orang Melayu. Tetapi hakikat dan secara realiti, semuanya itu hanyalah kekal sebagai simbol sahaja kini. Peranan wang dalam kehidupan yang semakin meresapi setiap jiwa dan roh insan boleh sahaja mengubah apa sahaja di dunia ciptaan Tuhan ini. Jika hasrat Al-Quran dan hadith turut dipersia-siakan malah dipandang enteng dan diambil mudah oleh para pemerintah, para penasihat pemerintah, dan ahli kerajaan, mana mungkin, sekadar HAK ISTIMEWA yang ditulis di dalam Perlembagaan Malaysia itu juga turut boleh diubah pada 2020 yang hanya tinggal 7 tahun sahaja lagi.
Penulis amat bersetuju dengan Saudara Salahuddin Ayub, bahawa Mahathir sendiri yang akan menghancurkan negara yang dibina olehnya selama 22 tahun. Tetapi , penulis masih lagi memegang kepada nasihat nasihat Ibnu Khaldun dalam kitab-kitab sosiologinya yang banyak membicarakan bagaimana keruntuhan sesebuah bangsa dan negara itu apabila ia berada dalam kemewahan.
Orang Melayu walaupun tidak semua mewah kerana masih ada lagi yang mengalami kesempitan hidup tetapi rata-ratanya boleh dikatakan memiliki kehidupan yang agak baik jika dibandingkan dengan keadaan hidup tahun 60-70an. Semua jalanraya di seluruh pelusuk tanahair sungguhpun ada lagi yang tidak berturap, tetapi rata-ratanya telah berturap dengan tar sehinggakan batas-batas di atas ban di sawah bendang pun ada tar jika hendak buat perbandingan dengan tahun 60-70an.
Jika 60-70an mungkin anak ahli Parlimen sahaja yang ada kereta, tetapi kini boleh dikatakan seorang despatch bergaji RM 700 pun sudah berkereta Kancil 660cc. Jadi, inilah yang dikatakan kemewahan dalam masyarakat oleh Ibnu Khaldun. Apabila kemewahan itu sudah timbul dalam masyarakat, maka , awas, pasti ada penyakit sosialnya. Penyakit sosial dalam masyarakat terutamanya rasuah bukannya boleh diubati hanya sekadar dengan memberi ubat panadol sekali dua makan, tetapi penyakit sosial ini perlu dirawati secara berterusan.
Sehubungan dengan itu, penulis tidak menolak kemungkinan suka atau tidak suka revolusi rakyat pasti akan tercetus di
Individu yang dilantik selepas ini pasti adalah dikalangan rakyat biasa yang tiada darah raja, yang tiada darah bangsawan. Itu hakikat. Setiap sejarah bangsa, setiap ketamadunan bangsa yang hebat, setiap pembinaan negara bangsa yang hebat suka atau tidak suka pasti akan melalui satu fasa peralihan kuasa dari darah bangsawan kepada darah rakyat biasa. Adakah PRU-13 adalah jawapannya? Sama samalah kita nantikan.
Wallahuallam.
|