Advertise

Friday, April 12, 2013

Pakatan Rakyat macam tak mau menang je?? WTF

0 comments

Selepas mediaperak.net ditutup atas sebab-sebab tertentu, aku lebih sibuk sikit pasal data-data Pilihanraya Pakatan Rakyat terutamanya Daftar Pemilih dan DUN-DUN yang berpotensi. Aku jugak rasa teruk jugak kalau aku tulih sekarang kerana aku lebih berminat hentam benda yang kurang betui (Pakatan Rakyat) berbanding hentam benda yang dah 'condem' (United Malays National Organization & Partners). Aku jugak rasa 'tak elok' hentam Pakatan Rakyat nie kerana ini musim Pilihanraya.

Tapi, sekarang aku dah rasa ketetapan yang aku ambik tempoh hari perlu aku lepaskan kerana kalau tak hentam Pakatan Rakyat nie akan teruskan perang 'nakal' depa.

Aku rasa potensi kemenagan Pakatan Rakyat semakin lama semakin kurang kerana keyakinan pengundi atas pagar terhadap Pakatan Rakyat semakin terhakis. Aku nak sangat tanya kat pempinan Pakatan Rakyat, "betui kah hangpa nak ambil ambil alih Perak dan tawan Putrajaya?'.

Aku berani kata, Pakatan Rakyat nie lebih sibuk dengan perebutan kerusi dan perebutan kerusi MB. Aku tak paham dengan perangai kepala hotak hangpa. Kalau hangpa duk berebut pasai kuasa antara kawan-kawan hangpa, bila nak berlumba dengan umNO pulak?

Rakyat lebih cerdik dalam hal nie. Bagi mereka, " Asalkan Bukan umNO". Hangpa kena sedaq, kekuatan hangpa ialah sokongan rakyat terhadap hangpa, bukan kekuatan kerjasama hangpa (mana ada kerjasama?). kalau hangpa betul-betul nak tawan Perak dan Putrajaya, sepatutnya hangpa dah tau dah sapa bertanding kat mana. Nie, apa sedang jadi? Hangpa sendiri pun tak tau (beberapa tempat, bukanya semua).

Ada member yang tanya aku, "boleh dak umNO kalahkan Pakatan Rakyat?" Aku jawab balik "Pas, DAP dan PKR akan lingkupkan Pakatan Rakyat, bukan umNO". Bila umNO dan lembu-lembunya kata "Pakatan Rakyat gila kuasa" hangpa jawab "hangpa lagi teruk". Maknanya, Pakatan Rakyat baik sikit je daripada Barisan Nasional, bukan gitu?

Kalau PRU kali ini Pakatan Rakyat menang, aku seronok. Kalau Pakatan Rakyat kalah aku lagi seronok. Bior, hangpa semua 'berakai' selepas kalah PRU nie. Nasib baik kata politik Malaysia nie takde '3rd Force' yang kuat. Kalau ada, umNO dan Pakatan Rakyat akan dilebel secara rasmi sebagai 2 x 5.

Malailah kutuk hangpa, aku dah penat dah...

sebelum balik,

Woi Pas Perak, kalau hangpa buat dajai dalam hal DSNJ, hangpa tunggu liputan SIARAN secara LANGSUNG aku nanti.

Pakatan Rakyat!

What The Formation?

Leave a Reply

 
Mediaperak.net © 2013 mediaperak.net & Blogger. Supported by Mediaperak Perak

"Menggalas Harapan Rakyat"