Hashim Jasin Lebih Rela UMNO Menang di Perlis
Kerusi
Parlimen Kangar telah ditandingi PKR/KEadilan sejak tahun 1999 lagi.
Sepanjang yang saya ingat, Parlimen Kangar telah menjadi milik PKR sejak
dulu lagi.
Namun,
pada tahun ini tiba-tiba sahaja Ustaz Hashim Jasin mengumumkan Parlimen
Kangar akan ditandingi calon PAS. Pengumuman Hashim Jasin tidak merujuk
kepada PKR Negeri, PAS Pusat mahupun sesiapa sahaja. Ia adalah
keputusan beliau semata-mata.
Alasan yang diberikan oleh beliau adalah calon PKR di Parlimen Kangar, yakni Dr Juanda Jaya, itu adalah seorang Wahabbi.
Maka,
demi menghalang seorang Wahabbi dari bertanding Hashim Jasin sanggup
melanggar akhlak persahabatan dan mencuri kerusi Parlimen Kangar dari
PKR. Tindakan Hashim Jasin juga menunjukkan PAS adalah sebuah parti yang
tamak haloba.
Tak padahal nya berapalah sangat bilangan kerusi yang PKR Perlis tandingi. Kerusi yang seciput tu pun Hashim Jasin nak sabotaj.
Tindakan
Hashim Jasin sangat menggembirakan UMNO. Malahan, UMNO menyesal
mendedahkan anak Hashim Jasin memiliki kereta Porshe dengan menggunakan
AP milik Hashim Jasin.
Ini kerana Hashim Jasin telah mengambil tindakan yang bakal menyelamatkan UMNO Perlis dari kecundang.
Dr Juanda itu mampu menaikkan tahap sokongan kepada PAS dan akhirnya akan membawa PAS ke kerusi MB Perlis.
Kalau
dulu, tindakan Harun Din menarik diri di saat akhir dengan alasan2 yang
tidak munasabah telah menggagalkan usaha PAS memerintah PERLIS.
Tahun ini apabila kemenangan sudah cukup hampir, Hashim Jasin pula bertindak seperti itu.
Kedua-dua Hashim Jasin dan Harun Din sangat besar jasa mereka kepada UMNO Perlis.
Seharusnya
UMNO Perlis pergi sujud di kaki mereka dan berterima kasih dengan
kedua2 tokoh PAS ini kerana menyelamatkan kerajaan UMNO Perlis.
TULANG BESI
ps si Suwardi Yaakob, pembantu Hasan Ali tu pun dari PAS Perlis jugak.