Advertise

Thursday, March 21, 2013

Adakah ini Gimik polirik Anwar ?

0 comments



Pengumuman mengejut ketua Umum PKR mahu bertanding di Perak menarik minat kaki sembang politik .

Dimanakah hala tuju Anwar  di perak?

Mengikut kesepakatan didalam gebungan Pakatan Rakyat ada 10 kerusi sah milik PKR..

10 kuato kerusi PARLIMEN yang ditanding oleh PKR di Perak ~

1 - P56 Bagan Serai 
2 - P61 Padang Rengas
3 - P62 Sungai Siput
3 - P63 Tambun
5 - P71 Gopeng
6 - P72 Tapah
7 - P74 Lumut
8 - P75 Bagan Datoh
9 - P 77 Tanjung Malim
10 P73 Pasir Salak

Pada PRU 12 PKR hanya memenangi 3 dari sepuluh kerusi di Perak iaitu..

1 - P- 63 Sungai Siput Dr.Jayakumar [Dari parti PSM tetapi bertanding atas tiket PKR] [majority undi 1821]

2 - P72 Gopeng DrLee Boon Chye [majority undi 7368]

3 - P56 Bagan Serai Muhsin. [majority menang 3413]

Menjadi persoalan dan teka teki kawasan mana menjadi pilihan Anwar di Perak.

Apakah strategi dan motif Anwar mengistiharkan beliau akan bertanding di Perak menjadi tanda tanya?

Semua ini dilihat seperti satu taktik atau pendekatan baru yang di guna oleh Anwar seperti mana juga Lim kit Siang menggunakan kelebihan pengaruh mereka untuk menawan kawasan 50/50 dengan meninggalkan kawasan selamat mereka kepada muka baru.

Atau mungkin juga ini semua sekadar cakap cakap kosong atau gimik politik untuk perang saraf bagi memanaskan lagi iklim politik negara.

Jika keputusan PRU 12 diambil kira Hanya di P74 Lumut sahaja yang boleh dikategorikan selamat untuk DSAI kerana calon PKR hanya tewas tipis sebanyak 298 undi ditangan Datuk Khoo Chan Hoo. Adakah Anwar akan mencuba nasib disitu?

Kepada DSAI..

"Jangan yang dikejor tak dapat takut yang di kendong berterabor jatuh".

Ikut sejarah PRU 2008 10 kawasan yang ditandingi oleh PKR di Perak ditandingi oleh calon bertaraf menteri dan hebat dari BN.

Jika pru13 ini Bn masih mengekalkan calon lama.

Peluang untuk melihat Anwar menentang calon ketegori A di Perak terbuka luas.

Adakah Anwar  akan menentang Nazeri Aziz di Padang Rengas?atau Husni Hanadzlah di Tambun, atau Tajudin Abd Rahman di Pasik Salak , atau Dato Khong Chor Ha di Lumut, atau Ong Ka Chua di Tanjung Malim?

Sama sama kita lihat.

Leave a Reply

 
Mediaperak.net © 2013 mediaperak.net & Blogger. Supported by Mediaperak Perak

"Menggalas Harapan Rakyat"