Advertise

Friday, August 23, 2013

Laut Pasifik Dicemar Radiasi

0 comments
Setiap hari, beratus tan bahan cecair radioaktif di Fukushima bocor dan mencemari lautan Pasifik ekoran bencana reaktor nuklear yang dimusnahkan tsunami Mac 2011. Kebocoran ini hanya dapat dikesan baru-baru ini dan ia dianggarkan telah berlaku sejak kira-kira sebulan yang lalu setiap hari sejak itu. Menurut syarikat Tepco, paras cecair di dalam tangki nombor 5 telah berkurang sebanyak 3 meter yang menandakan 300 tan cecair tercemar telah lenyap dari tangki itu. Jurucakap Tepco berkata kepada media bahawa kebocoran itu terus berlaku dan kemungkinan cecair yang lenyap itu telah meresap ke dalam bumi tetapi tidak memasuki lautan. Tepco sedang berusaha untuk mengelak kebocoran cecair radioaktif dan mengeluarkan tanah yang tercemar. Mereka membina tangki simpanan dengan kos yang rendah menjadi taruhan agar dapat membina tangki dengan bahan yang lebih murah. Hasilnya, sebahagian dari tangki-tangki ini telah mengalami kebocoran, menurut kata seorang bekas kakitangan yang pernah bekerja di situ. 

Menurut kumpulan Professor di Jepun, tanah di mana terletaknya reaktor nuklear akan menjadi tidak stabil disebabkan kebocoran yang berterusan dan akan menyebabkan bencana reaktor yang lebih teruk lagi.   

Mengikut laporan BBC, Fukushima kini lebih teruk dari apa yang kita ketahui. Kuantiti cecair yang bocor yang mereka sedang uruskan adalah terlalu besar. Apa yang membuatkan ia lebih buruk, kebocoran terjadi di mana-mana, bukan saja dari tangki malah ia keluar melalui tapak, ia keluar melalui rekahan di merata tempat. Tiada siapa pun yang mampu menanganinya. 

Berita yang tidak menggembirakan ini tidak akan diperolehi di media arus perdana kerana ia akan menimbulkan panik di kalangan penduduk bumi terutama mereka yang ada di Timur Asia, Asia Tenggara, Rusia dan Amerika Utara yang suka makan ikan. 

Leave a Reply

 
Mediaperak.net © 2013 mediaperak.net & Blogger. Supported by Mediaperak Perak

"Menggalas Harapan Rakyat"