Alfatihah
Allahyarham Tun Syed Zahiruddin (Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja)
Al-Fatihah kepada Orang Kaya Dato Bendahara Seri Maharaja (tiga hari yang lalu), Ketua Orang2 Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan selaku salah dari Orang Kaya Orang Besar Empat, mengikut adat keSultanan Melaka dan termasuk didalam Undang2 Tubuh Negeri Perak.
Dengan kemangkatan Dato Bendahara, maka Dewan Negara akan bersidang untuk memilih Dato Bendahara yang baru.
Begini senario nya. Jika ada kemangkatan Sultan Yang DiPertuan Negeri Perak, Dewan Negara akan bersidang melaksanakan tugas nya untuk memilih sorang bakal Sultan yang akan di tabal (mengikut adat, 200 hari selepas di kebumikan alMarhum, ia itu 100 hari berkabung bagi waris2 dan kaum kerabat, dan lagi 100 untuk menyediakan pertabalan). Adat lamalah...
Maka Dato Bendahara akan mengistiharkan siapakah bakal Sultan, dan setelah pengistiharan dibuat di Balai Rongseri, barulah jenazah dibawa ke makam di Raja untuk istiadat pengebumian...
Perlunya ada Bendahara yang bersikap jujur dan tidak berbelah-bagi, dan beramanah mengikut adat...
Terdapat senario dimana ada perebutan pencalonan untuk menjadi bakal Raja, dan teringat cerita Macbeth (tulisan Shakespear) dimana segala perancangan bagaikan satu permainan catur untuk mendapatkan kuasa memerintah...
Saya tidak mahu menamakan sesiapa, tetapi siapa yang mengikut jejak perihal Istana tahu bisikan2 dibalik tabir...
Negeri Perak tidak mengamalkan pengantian pemerintah dari ayah ke anak, tetapi mengikut giliran keluarga dari zuriat Sultan Abdul Jalil, Sultan Alang Iskandar dan Sultan Abdul Aziz...
Terdapat bisikan yang mengatakan Sultan Azlan Shah amat gering (sakit) dan hampir tenat...
Raja Dr Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
Raja Muda Perak
Raja Jaafar Raja Muda Musa bersama isteri
Raja Di-Hilir
Wallahuwaklam... Inilah senario buat kinimasa... Sebagaimana terdapat dizaman penjajah, Istana mendapatkan kuasa luar untuk memberi sokongan kepada pencalon2 tahta, terdapat juga permainan ini berlaku kini, hanya Istana bermain catur pula di arena politik dan juga dengan sumber2 kewangan koporat...
Tuan2 dan Puan2 fikirlah sendiri, cerita ini amat menarik, kalah drama TV...
Ku Shah
Y.A.M Raja Shahruzzaman Ibni Sultan Idris Shah
Insaf2lah apalah sangat nak kejar harta dunia pangkat & darjat.Sampai masa nak pergi akan ditinggalkan jugak.