Advertise

Thursday, April 18, 2013

Zambry Makin Gabra: Seorang Lagi Ahli Wanita Letak Jawatan Hari Ini

0 comments
oleh Deth Mustaine

18 April 2013 - Jika semalam seorang Setiausaha Wanita UMNO Bahagian mengumumkan meletak jawatan dan bertindak keluar parti kerana kecewa, hari ini seorang Ahli Jawatankuasa pula meletak jawatan dan keluar parti.

Noradidah Mokhtar, AJK UMNO Bahagian Gopeng secara rasmi mengumumkan perletakan jawatan dan keluar parti UMNO serta merta hari ini. Tindakan itu telah dimaklumkan melalui surat kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak dan salinan kepada Presiden UMNO. Beliau merasa tidak berpuashati kerana pemilihan calon N43 DUN Sungai Rapat membelakangi keputusan mesyuarat AJK UMNO Bahagian Gopeng.Menurut kenyataannya di laman sosial, calon yang dipilih untuk bertanding di DUN Sungai Rapat ialah calon yang mempunyai masalah.

Sebelum ini, seorang AJK UMNO Bahagian Gopeng, Nordin bin Hamid telah mengemukakan satu surat kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri menyatakan keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa UMNO Bahagian Gopeng yang mencadangkan Dato Hamzah Kasim dicalonkan untuk bertanding di DUN Sungai Rapat dan sebulat suara menolak Dato Hamidah Osman yang kini namanya telah diumumkan dalam senarai calon Barisan Nasional.

Ini merupakan kali ketiga UMNO Perak menerima tamparan dari ahli mereka sendiri yang tidak puas hati dan merasa kecewa terhadap tindakan pemimpin atasan tidak mahu mendengar rintihan anggota bawahan. Ini sedikit sebanyak memberi isyarat bahawa kedudukan Barisan Nasional terutama UMNO di Perak semakin rapuh dan bergoncang dan tidak hairan UMNO bakal kembali berkubur di Perak dalam Pilihanraya Umum Ke-13 seperti yang berlaku pada 2008 dahulu. Pilihan raya Umum Ke-13 akan diadakan pada 5 Mei 2013, iaitu dalam masa kira-kira dua minggu sahaja lagi.

Leave a Reply

 
Mediaperak.net © 2013 mediaperak.net & Blogger. Supported by Mediaperak Perak

"Menggalas Harapan Rakyat"