Akhirnya PAS sekali lagi mencari publisiti menonjolkan sikap anti-hiburan mereka dengan mengadakan Jelajah "Bantah" Konsert Metallica" sempena konsert Metallica yang julung kali bakal diadakan di negara ini esok.
Kali ini bunyinya agak berbeza sedikit dari biasa. Kalau dulu mereka menentang keras, biasanya berdemo selepas solat Jumaat membantah serta mendesak kerajaan membatalkan konsert-konsert artis luar negara yang lain, kali ini mereka hanya mengadakan "jelajah" sahaja - bunyinya agak lembut berbanding "mendesak" secara keras. Kali ini juga, mereka mengambil masa yang agak lambat untuk menyatakan pendirian, iaitu kira-kira 2 hari sebelum tarikh konserta diadakan. Mungkin kerana ramai ahli yang masih merayakan AidilFitri atau yang lainnya sibuk dengan kempen pro-Morsi di Mesir mengutuk kezaliman tentera membantai rakyatnya sendiri. Atau mungkin juga mereka baru hendak menyelidik siapa itu Metallica dan sejauh mana pengaruh dan kesannya ke atas anak muda dan golongan belia di negara ini.
Maka setelah bermesyuarat serta menyelidik sedalam-dalamnya tentang Metallica, alangkah terkejutnya pemimpin mereka bila mengetahui rupanya muzik Metallica juga menjadi siulan dan nyanyian serta lagu-lagu jamming anak muda bukan saja Melayu, malah di kalangan ahli PAS dan anak-anak pemimpin PAS sendiri.
Tidak boleh menerima kenyataan ini, PAS yang terkenal dengan sikap anti-konsert artis Barat tetap mahu menunjukkan taringnya maka diadakan sesuatu yang dipanggil 'jelajah' agar mereka tidak dilihat menyokong konsert sebegini dengan alasan yang dangkal iaitu "tidak mencerminkan budaya masyarakat Malaysia". Menurut Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil, "budaya rock atau thrash metal yang membawa lagu-lagu keras dilihat agak keterlaluan kepada masyarakat khususnya umat Islam."
Sebenarnya kenyataan sebegini tidak patut dirujuk kepada umat Islam kerana ia boleh mengelirukan orang ramai. Ia sepatutnya dirujuk kepada umat Melayu. Umat Melayu memang tidak boleh menerima lagu-lagu keras kerana mereka sering disumbat di telinga mereka lagu-lagu cinta kasih yang mendayu-dayu serta mengkhayalkan memuja wanita serta merosakkan aqidah kerana cinta yang satu hanya untuk Allah, bukan kepada makhluknya. Sebenarnya lagu-lagu yang keraslah yang menaikkan semangat patriotik dalam memupuk semangat juang para tentera di medan perang. Jika tentera didengarkan lagu-lagu cinta, bagaimana mereka boleh bersmengat untuk berperang menghapuskan musuh?
Alasan "tidak mencerminkan budaya masyarakat Malaysia" sebenarnya tidak boleh diguna pakai kerana sudah berapa banyak konsert K-Pop yang langsung tidak mewakili budaya masyarakat tempatan yang telah diadakan di negara kita tetapi mengapa mereka mendiamkan diri? Begitu juga konsert-konsert lain yang baru saja selesai seperti kumpulan Linkin Park.
Seperti yang dikatakan sejak mula lagi, PAS mungkin terpaksa menggunakan isu konsert Metallica untuk bersuara supaya dapat mencerminkan bahawa mereka tetap tidak menyokong konsert itu daripada dilihat mendiamkan diri seperti merelakannya. Tindakan mereka dilihat seolah untuk memuaskan kehendak golongan tertentu dalam PAS supaya kumpulan Pemuda PAS juga dilihat tidak bersekongkol dengan konsert ini.
Difahamkan, program jelajah PAS itu akan diadakan di perkarangan Stadium Merdeka - satu tindakan yang teramat bijak untuk menyebabkan anak muda dan golongan belia atas pagar yang datang untuk melihat Metallica secara 'live' semakin menjauhkan diri dari PAS!
Berikut sejarah bantahan konsert artis Barat oleh PAS:
2007 - PAS bantah konsert Beyonce
2007 - PAS bantah konsert Gwen Stefani
2008 - PAS bantah konsert Avril Lavigne
2009 - PAS bantah konsert Michael Learns To Rock
2009 - PAS bantah lagi konsert Beyonce
2009 - PAS bantah konsert Rihanna
2010 - PAS bantah konsert Pitbull
2011 - PAS bantah konsert MTV World Stage
2011 - PAS bantah konsert Elton John
2012 - PAS bantah konsert Erykah Badu
2013 - PAS bantah Metallica
PAS Not For All...!
Tuesday, August 20, 2013
Resepi Terbaik DPPM Jauhkan Belia Dari PAS
Categories :
DPPM . Mediaperak . metallica . PAS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)