SPR sebenarnya bukan sebuah badan yang bersih dan adil. Banyak isu tak dapat diselesaikan sehingga PRU ke 13 hampir berlangsung beberapa hari lagi. Pengundi hantu, nama bertindih, pengundi berumur lebih 100 tahun berjumlah lebih 100 orang, alamat rumah di tengah lautan, dakwat tak kekal dan terbaru peti undi pos cuba dibawa lari.
Pengerusi SPR juga ahli parti UMNO, parti yang bertanding dalam Pilihanraya. Ini sudah membuktikan SPR bakal bertindak berat sebelah untuk memenangkan Barisan Nasional terutama UMNO.
Tindak tanduk dan kenyataan pengerusi SPR di TV sering kali dilihat menyebelahi parti pemerintah iaitu Barisan Nasional. SPR sebenarnya ialah barua gerombolan. Bukan badan yang bebas.
Patutlah mereka amat yakin boleh menang konon rakyat sudah kembali menyokong BN. Sebenarnya yang buatkan mereka menang ialah kaedah tipu.
Peti undi yang cuba dibawa keluar kononnya untuk 'semakan' tapi tanpa dimaklumkan kepada calon yang bertanding. Ini menyalahi peraturan SPR.
Jika perkara ini berlaku di Lumut, tidak hairan ia juga dilakukan di tempat-tempat lain di seluruh negara. Jika BN menang di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan kali ini, itu petanda pilihanraya kali ini adalah pilihanraya terkotor dalam sejarah negara dan rakyat perlu turun ke jalanraya sekali lagi untuk menghumban gerombolan.
Thursday, May 2, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)