Advertise

Friday, August 23, 2013

DPPM: Dari Jelajah Ke Edar Risalah

0 comments
Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPM) yang merancang mengadakan Jelajah Konsert Metallica konon ingin mengajak peminat Metallica jauhkan dari menghadiri konsert itu tiba-tiba hadir di perkarangan Stadium Merdeka dengan pendekatan yang berbeza.

Mereka pada mulanya dijangka datang dengan hailer untuk memberitahu peminat Metallica bahawa "muzik ganas tidak sesuai dengan budaya masyarakat di negara ini" rupa-rupa datang dengan "aman" membawa risalah mengajak peminat Metallica sama-sama bersimpati dan bersedekah untuk rakyat Mesir disamping berhibur menimati konsert Metallica. Ini suatu keputusan yang bijak dan pendekatan ini dilihat lebih "mesra rakyat". Dalam risalah yang diedarkan itu, tidak disentuh langsung tentang muzik "keras" Metallica yang konon dikatakan tidak sesuai dengan budaya Timur. Cara ini boleh diterima dengan baik oleh semua pihak termasuk di kalangan peminat setia Metallica.

Peminat Metallica yang kebanyakannya terdiri dari orang Melayu sudah pasti mempunyai rasa kasihan dan simpati untuk rakyat Mesir yang sedang dibantai oleh tenteranya.

Sebenarnya dengan menghadiri konsert Metallica tidak semestinya mereka tidak peduli tentang apa yang sedang berlaku di dunia. Pengedaran risalah itu juga tidak salah sekurang-kurangnya ia dapat menimbulkan rasa prihatin di kalangan peminat muzik itu.

Dilaporkan tidak berlaku sebarang kes tukar agama atau murtad di kalangan mereka yang telah menghadiri konsert itu sebaliknya kejadian buruk pula yang menimpa mereka yang baru pulang dari mengunjungi pusat perjudian dan taman tema Genting Highland di mana sebuah bas yang membawa mereka telah terhumban ke dalam gaung sedalam 60 meter.

Leave a Reply

 
Mediaperak.net © 2013 mediaperak.net & Blogger. Supported by Mediaperak Perak

"Menggalas Harapan Rakyat"