Pemuda PAS sudahpun menunjukkan belang sebenar mereka dengan membuat bantahan konsert Metallica di Stadium Merdeka. Khiary Jamaluddin menyindir Pemuda PAS dengan berkata "tiada pesta seks selepas tamat konsert Metallica" pada malam itu. Kata KJ memang ada benarnya. Kebanyakan peminat Metallica ialah golongan yang telah berumur dari 35 ke atas. Kebanyakan mereka sudahpun berkeluarga dan menjadi bapa yang baik. Apa salah mereka pergi berhibur sekali dalam tempoh 30 tahun untuk menyaksikan kumpulan Metallica yang belum pernah adakan konsert di negara ini. Sebenarya tidak ramai golongan belasan tahun yang mengenali Metallica. Mereka lebih kenal Psy dan artis-artis dari Korea. Era Metallica bermula pada tahun 80-an dan rata-rata peminat Metallica hari ini sudah mencecah usia 40 tahun ke atas. Pemuda PAS tidak sedar tentang perkara ini. Apa yang mereka tahu, langgar saja. Tindakan Pemuda PAS memang dilihat anti kepada minat golongan ini. Ia bakal membuatkan PAS semakin hilang sokongan dan golongan yang berusia sebegitu lebih cenderung untuk tidak mahu masuk campur dalam hal politik dan lebih baik mereka buat hal masing-masing.
Pemuda PAS sebenarnya kolot. Kalau nak buat maksiat, tak perlu tunggu konsert Metallica. Tiada siapa yang sangat gila untuk melakukan adegan seks di tengah-tengah orang ramai. Balik dari dengar ceramah PAS pun boleh singgah di hotel buat maksiat. Seeloknya PAS jangan buat ceramah malam-2, bahaya. Sebenarnya konsert Jom Heboh, SuaRasa lebih teruk dari konsert Metallica tapi mereka tidak pernah membuat jelajah pergi ke konsert Jom Heboh membuat bantahan. Pemuda PAS sebenarnya tidak tahu menahu tentang Metallica. Mereka tidak tahu apa yang mereka buat. Mereka sangka Metallica sama seperti Rihanna atau Beyonce. Mereka sangka Metallica adalah persembahan tarian mendedahkan aurat, berbau seks bercampur gaul lelaki dan wanita dan sebagainya. Ini lebih mendedahkan kebodohan Pemuda PAS itu sendiri. Ini juga bakal membuatkan PAS akan hilang sokongan dari golongan atas pagar dalam PRU akan datang. Golongan atas pagar sebenarnya menentukan siapa layak menjadi pemerintah, bukan ahli PAS.
Tindakan Pemuda PAS memang tindakan yang bodoh dan merugikan. Ia bukan saja sia-sia, malah merosakkan parti itu sendiri. Mereka sepatutnya mengkaji dulu sama ada benarkah kesan-kesan negatif yang mereka dakwa bakal berlaku selepas konsert. Metallica adalah berbeza. Pemuda PAS yang bersuara lantang menentang konsert ini telah bertindak memakan diri mereka sendiri. Jangan ingat tindakan mereka akan menambah lagi sokongan orang awam terhadap PAS. Ia sebaliknya akan membuatkan sokongan golongan atas pagar terhadap PAS makin terhakis. Ramai pihak kecewa dengan sikap Pemuda PAS tapi mereka mengambil sikap berdiam diri saja. Tidak mahu cari pasal dan buang masa melayan karenah Pemuda PAS.
Dalam hal ini, KJ lebih banyak mendapat perhatian dan tempat di hati golongan peminat tegar Metallica.
Monday, August 26, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aku sokong pemuda pas...Biarlah hilang undi jgn hilang maruah!