Advertise

Monday, August 26, 2013

Jalur Gemilang = Jalur UMNO?

0 comments
Petikan dari Bernama:
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata mulai tahun depan, satu kaedah pelaksanaan pengibaran Jalur Gemilang akan dilancar.

Di bawah kaedah ini, pengibaran Jalur Gemilang akan bermula di kuarters kerajaan di Putrajaya diikuti premis swasta dan rakyat secara individu.

Beliau membuat kenyataan itu selepas kecewa dengan sambutan Kempen Kibar Jalur Gemilang Sempena Hari Kemerdekaan ke-56 negara pada sidang media mengenai Konsert Harmoni dan Uniti, yang menggabungkan artis Malaysia dan Indonesia termasuk Datuk Siti Nurhaliza dan Rossa.

Ahmad Shabery berkata rakyat Malaysia seharusnya mencontohi negara jiran yang begitu bersemangat mengibarkan bendera mereka pada sambutan bulan kemerdekaan bagi menunjukkan kecintaan kepada tanah air.

Menyifatkan negara sedikit terkebelakang dalam hal sebegini, beliau berkata pihaknya akan meneliti langkah proaktif yang boleh dilaksana bagi menaikkan lagi semangat rakyat Malaysia untuk mengibarkan Jalur Gemilang.

"Saya ingin mencadangkan satu kajian dibuat sebelum mewujudkan apa-apa undang-undang di bawah pihak berkuasa tempatan, yang boleh memastikan semua pihak mempunyai rasa tanggungjawab mengibarkan Jalur Gemilang, terutama pada bulan kemerdekaan," katanya.

Terdahulu, Ahmad Shabery menyaksikan pemeteraian perjanjian antara syarikat telekomunikasi Maxis dan Telin Malaysia, syarikat usaha sama antara Compudyne Sdn Bhd dan Telekomunikasi Indonesia.

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari, yang ditemui pemberita pada majlis 'Pocket Show 2013' anjuran Jabatan Penerangan, berharap Jalur Gemilang yang diedar sepanjang program itu dapat mempertingkat semangat cinta kepada negara dalam seluruh lapisan masyarakat.

Terdahulu, beliau menyerahkan Jalur Gemilang kepada Pengerusi MCA Bahagian Bukit Bintang Frankie Gan Foon Zin.

Turut menerima Jalur Gemilang ialah Pengerusi Komuniti 1Malaysia Pudu Hue Teng Hing dan Pengerusi Komuniti 1Malaysia Razak Mansion Kamarulzaman Mat Shah.
Hanya satu jawapan kenapa perkara ini berlaku - Jalur Gemilang seolah-olah Jalur UMNO. Rakyat yang benci UMNO menganggap Jalur Gemilang adalah bendera UMNO dan Barisan Nasioanl. Kerana itu ramai tidak sanggup kibar Jalur UMNO.Tanggapan rakyat yang benci UMNO seolah-olah Jalur Gemilang bukan membawa semangat bernegara, ia lebih kepada semangat Barisan Nasional. Tanggapan ini perlu dibetulkan dahulu.


Leave a Reply

 
Mediaperak.net © 2013 mediaperak.net & Blogger. Supported by Mediaperak Perak

"Menggalas Harapan Rakyat"