Advertise

Showing posts with label Mediaperak. Show all posts
Showing posts with label Mediaperak. Show all posts
Friday, August 23, 2013

DPPM: Dari Jelajah Ke Edar Risalah

0 comments
Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPM) yang merancang mengadakan Jelajah Konsert Metallica konon ingin mengajak peminat Metallica jauhkan dari menghadiri konsert itu tiba-tiba hadir di perkarangan Stadium Merdeka dengan pendekatan yang berbeza.

Mereka pada mulanya dijangka datang dengan hailer untuk memberitahu peminat Metallica bahawa "muzik ganas tidak sesuai dengan budaya masyarakat di negara ini" rupa-rupa datang dengan "aman" membawa risalah mengajak peminat Metallica sama-sama bersimpati dan bersedekah untuk rakyat Mesir disamping berhibur menimati konsert Metallica. Ini suatu keputusan yang bijak dan pendekatan ini dilihat lebih "mesra rakyat". Dalam risalah yang diedarkan itu, tidak disentuh langsung tentang muzik "keras" Metallica yang konon dikatakan tidak sesuai dengan budaya Timur. Cara ini boleh diterima dengan baik oleh semua pihak termasuk di kalangan peminat setia Metallica.

Peminat Metallica yang kebanyakannya terdiri dari orang Melayu sudah pasti mempunyai rasa kasihan dan simpati untuk rakyat Mesir yang sedang dibantai oleh tenteranya.

Sebenarnya dengan menghadiri konsert Metallica tidak semestinya mereka tidak peduli tentang apa yang sedang berlaku di dunia. Pengedaran risalah itu juga tidak salah sekurang-kurangnya ia dapat menimbulkan rasa prihatin di kalangan peminat muzik itu.

Dilaporkan tidak berlaku sebarang kes tukar agama atau murtad di kalangan mereka yang telah menghadiri konsert itu sebaliknya kejadian buruk pula yang menimpa mereka yang baru pulang dari mengunjungi pusat perjudian dan taman tema Genting Highland di mana sebuah bas yang membawa mereka telah terhumban ke dalam gaung sedalam 60 meter.
Read more...

Laut Pasifik Dicemar Radiasi

0 comments
Setiap hari, beratus tan bahan cecair radioaktif di Fukushima bocor dan mencemari lautan Pasifik ekoran bencana reaktor nuklear yang dimusnahkan tsunami Mac 2011. Kebocoran ini hanya dapat dikesan baru-baru ini dan ia dianggarkan telah berlaku sejak kira-kira sebulan yang lalu setiap hari sejak itu. Menurut syarikat Tepco, paras cecair di dalam tangki nombor 5 telah berkurang sebanyak 3 meter yang menandakan 300 tan cecair tercemar telah lenyap dari tangki itu. Jurucakap Tepco berkata kepada media bahawa kebocoran itu terus berlaku dan kemungkinan cecair yang lenyap itu telah meresap ke dalam bumi tetapi tidak memasuki lautan. Tepco sedang berusaha untuk mengelak kebocoran cecair radioaktif dan mengeluarkan tanah yang tercemar. Mereka membina tangki simpanan dengan kos yang rendah menjadi taruhan agar dapat membina tangki dengan bahan yang lebih murah. Hasilnya, sebahagian dari tangki-tangki ini telah mengalami kebocoran, menurut kata seorang bekas kakitangan yang pernah bekerja di situ. 

Menurut kumpulan Professor di Jepun, tanah di mana terletaknya reaktor nuklear akan menjadi tidak stabil disebabkan kebocoran yang berterusan dan akan menyebabkan bencana reaktor yang lebih teruk lagi.   

Mengikut laporan BBC, Fukushima kini lebih teruk dari apa yang kita ketahui. Kuantiti cecair yang bocor yang mereka sedang uruskan adalah terlalu besar. Apa yang membuatkan ia lebih buruk, kebocoran terjadi di mana-mana, bukan saja dari tangki malah ia keluar melalui tapak, ia keluar melalui rekahan di merata tempat. Tiada siapa pun yang mampu menanganinya. 

Berita yang tidak menggembirakan ini tidak akan diperolehi di media arus perdana kerana ia akan menimbulkan panik di kalangan penduduk bumi terutama mereka yang ada di Timur Asia, Asia Tenggara, Rusia dan Amerika Utara yang suka makan ikan. 
Read more...
Tuesday, August 20, 2013

Resepi Terbaik DPPM Jauhkan Belia Dari PAS

0 comments
Akhirnya PAS sekali lagi mencari publisiti menonjolkan sikap anti-hiburan mereka dengan mengadakan Jelajah "Bantah" Konsert Metallica" sempena konsert Metallica yang julung kali bakal diadakan di negara ini esok.

Kali ini bunyinya agak berbeza sedikit dari biasa. Kalau dulu mereka menentang keras, biasanya berdemo selepas solat Jumaat membantah serta mendesak kerajaan membatalkan konsert-konsert artis luar negara yang lain, kali ini mereka hanya mengadakan "jelajah" sahaja - bunyinya agak lembut berbanding "mendesak" secara keras. Kali ini juga, mereka mengambil masa yang agak lambat untuk menyatakan pendirian, iaitu kira-kira 2 hari sebelum tarikh konserta diadakan. Mungkin kerana ramai ahli yang masih merayakan AidilFitri atau yang lainnya sibuk dengan kempen pro-Morsi di Mesir mengutuk kezaliman tentera membantai rakyatnya sendiri. Atau mungkin juga mereka baru hendak menyelidik siapa itu Metallica dan sejauh mana pengaruh dan kesannya ke atas anak muda dan golongan belia di negara ini.

Maka setelah bermesyuarat serta menyelidik sedalam-dalamnya tentang Metallica, alangkah terkejutnya pemimpin mereka bila mengetahui rupanya muzik Metallica juga menjadi siulan dan nyanyian serta lagu-lagu jamming anak muda bukan saja Melayu, malah di kalangan ahli PAS dan anak-anak pemimpin PAS sendiri.  

Tidak boleh menerima kenyataan ini, PAS yang terkenal dengan sikap anti-konsert artis Barat tetap mahu menunjukkan taringnya maka diadakan sesuatu yang dipanggil 'jelajah' agar mereka tidak dilihat menyokong konsert sebegini dengan alasan yang dangkal iaitu "tidak mencerminkan budaya masyarakat Malaysia". Menurut Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil, "budaya rock atau thrash metal yang membawa lagu-lagu keras dilihat agak keterlaluan kepada masyarakat khususnya umat Islam."

Sebenarnya kenyataan sebegini tidak patut dirujuk kepada umat Islam kerana ia boleh mengelirukan orang ramai. Ia sepatutnya dirujuk kepada umat Melayu. Umat Melayu memang tidak boleh menerima lagu-lagu keras kerana mereka sering disumbat di telinga mereka lagu-lagu cinta kasih yang mendayu-dayu serta mengkhayalkan memuja wanita serta merosakkan aqidah kerana cinta yang satu hanya untuk Allah, bukan kepada makhluknya. Sebenarnya lagu-lagu yang keraslah yang menaikkan semangat patriotik dalam memupuk semangat juang para tentera di medan perang. Jika tentera didengarkan lagu-lagu cinta, bagaimana mereka boleh bersmengat untuk berperang menghapuskan musuh?

Alasan "tidak mencerminkan budaya masyarakat Malaysia" sebenarnya tidak boleh diguna pakai kerana sudah berapa banyak konsert K-Pop yang langsung tidak mewakili budaya masyarakat tempatan yang telah diadakan di negara kita tetapi mengapa mereka mendiamkan diri? Begitu juga konsert-konsert lain yang baru saja selesai seperti kumpulan Linkin Park.

Seperti yang dikatakan sejak mula lagi, PAS mungkin terpaksa menggunakan isu konsert Metallica untuk bersuara supaya dapat mencerminkan bahawa mereka tetap tidak menyokong konsert itu daripada dilihat mendiamkan diri seperti merelakannya. Tindakan mereka dilihat seolah untuk memuaskan kehendak golongan tertentu dalam PAS supaya kumpulan Pemuda PAS juga dilihat tidak bersekongkol dengan konsert ini.

Difahamkan, program jelajah PAS itu akan diadakan di perkarangan Stadium Merdeka - satu tindakan yang teramat bijak untuk menyebabkan anak muda dan golongan belia atas pagar yang datang untuk melihat Metallica secara 'live' semakin menjauhkan diri dari PAS! 

Berikut sejarah bantahan konsert artis Barat oleh PAS:
2007 - PAS bantah konsert Beyonce
2007 - PAS bantah konsert Gwen Stefani
2008 - PAS bantah konsert Avril Lavigne
2009 - PAS bantah konsert Michael Learns To Rock
2009 - PAS bantah lagi konsert Beyonce
2009 - PAS bantah konsert Rihanna
2010 - PAS bantah konsert Pitbull
2011 - PAS bantah konsert MTV World Stage
2011 - PAS bantah konsert Elton John
2012 - PAS bantah konsert Erykah Badu
2013 - PAS bantah Metallica

PAS Not For All...!
Read more...
Saturday, August 17, 2013

Traffic Light Gopeng Dera Pengguna

0 comments
Kesesakan lebuhraya arah Selatan dalam Perak menuju ibunegara dan trafik perlahan di jalan lama bermula dari depan RTC Gopeng masa orang ramai kembali ke ibukota selepas Hari Raya menarik perhatian untuk dibincangkan.

Aku kandas depan RTC Gopeng hampir sejam masa menuju ke Kampar. Tak tahan sabar, sebelum sampai pekan Gopeng aku buat u-turn, masuk ke Batu Gajah, lalu ikut jalan Tanjung Tualang - Malim Nawar dan keluar semula ke jalan besar menuju Kampar. Jalan yang agak selesa tapi gelap gelita tak ramai orang yang berani lalu di sini waktu malam. Kereta pun tak banyak yang guna jalan ini mungkin kerana kebanyakan orang kota tak sedar akan wujudnya jalan alternatif ini bagi mengelak kesesakan. Tapi laluan ini agak jauh, kalau ikut jalan yang biasa aku lalu boleh sampai Kampar dalam masa 20 minit (luar waktu sesak), ikut jalan Malim Nawar aku ambil masa 40 minit baru sampai di simpang keluar Caltex.

Tapi jalan ini memang selesa. sampai di Caltex, aku nampak jalan raya lengang tak banyak kereta. Ini bermakna kesesakan hanya berlaku di antara RTC Gopeng dan mungkin berakhir di kawasan yang bernama Jeram. Mari kita lihat kenapa kesesakan boleh berlaku di sini.

Bermula dari depan RTC Gopeng terdapat sebuah lampu isyarat yang tidak banyak gunanya. Lampu isyarat ini diwujudkan kerana memberi kemudahan kepada pelanggan yang hendak membeli-belah di pasaraya Mydin. Itupun kesesakan berlaku di tengah malam - waktu pasaraya sudah ditutup. Lampu isyarat itu sepatutnya dipadamkan. Kompleks RTC juga tutup tiada siapa yang bekerja di waktu malam.

Terdapat 3 lorong depan RTC sebelum sampai lampu isyarat itu. Selepas lampu isyarat, tinggal 2 lorong untuk kira-kira 100 meter sebelum jadi 1 lorong. Ramai pemandu yang berhenti di stesen minyak dan keluar ikut lorong kiri sebelum bertembung semula dengan arus trafik yang memang sudah sesak, membuatkan lalulintas makin 'jem'. Kalau kira laluan dari stesen minyak, dari 5 lorong menjadi 1. Sebab itu keadaan sangat sesak di depan RTC. Aku nampak barisan manusia sedang beratur depan tandas stesen minyak. Barisan yang luarbiasa panjang. Semua sabar menanti. Mana yang cirit-birit tentu ambil masa lama bertapa dalam tu. Yang menunggu giliran di luar menyumpah-nyumpah.

Tambahan pula lampu isyarat merah memaksa kenderaan berhenti padahal tiada kereta yang keluar dari simpang Mydin di malam-malam buta. Berhenti semata-mata kerana mahu patuh lampu isyrat dan takut disaman. Kehadiran lampu isyrat di sini adalah sia-sia, menyusahkan dan tidak kena pada waktunya. Ia telah menyumbang kepada kesesakan lalulintas selama berjam-jam di RTC Gopeng.

Tak cukup dengan lampu isyarat RTC, beberapa ratus meter di depan di pekan kecil Gopeng juga terdapat lagi 4 lampu isyarat yang berdekatan. Satu depan stesen bas Gopeng, kedua di depan balai bomba Gopeng, ketiga dekat stesen minyak Shell dan yang keempat yang juga merupakan sistem lampu isyarat sia-sia ialah di depan simpang Kopisan.

Depan stesen bas Gopeng dan depan balai bomba memang perlu ada lampu isyarat. Tapi lampu isyarat depan balai bomba dan depan Shell adalah lampu isyarat yang ambil masa yang lama untuk bertukar dari merah ke hijau. Sama ada rosak atau tidak, perkara ni dah berlalu sejak bertahun-tahun dulu. Ini menunjukkan memang sistem timer dibuat lama sedemikian dan sistem lampu ini tak pakai sensor. Bukan sebab rosak. Ini menambah lagi kesesakan membiuatkan kenderaan di belakang tidak boleh bergerak jauh atau terus tersekat. 

Bagi kenderaan yang menghala terus ke depan, kadangkala mereka perlu berhenti sia-sia kerana menurut lampu isyarat depan simpang Kopisan. Sepatutnya untuk kenderaan yang jalan terus, mereka tak perlu berhenti. Lampu sepatut terus hijau. Wujudkan pembahagi jalan untuk memisahkan jarak kenderaan yang keluar dari simpang kanan maka kenderaan dari Utara tak perlu berhenti.

Oleh itu, sistem lampu isyarat dari RTC ke pekan Gopeng patut dikaji semula dan diseliakan ikut jumlah kenderaan yang masuk, bukan ikut timer. Pembahagi jalan juga perlu dibina di depan simpang Kopisan. Ini merupakan jalan alternatif bagi mereka yang dah letih ikut lebuhraya yang sama juga keadaannya. Setidaknya jalan lama memberi pilihan kepada pengguna, bukan menyusahkan.  
 
Nak harap pak polisi jaga jalan masa Hari Raya? Sori la Yob...polis pun nak beraya juge. Tinggal la beberapa kerat je yang kena bertugas. Mana cukup kakitangan nak jaga semua lalulintas bang! Tugas polis bukan jaga lalulintas je. Kes rompak, samun, tembak sape nak jaga?
Read more...

Memahami Mesir & Morsi

0 comments
Salam Syawal Yang Mulia. Lemang sudh habis. Yang tinggal biskut moden yang rasa tak berapa sedap tapi jadilah buat kudap-kudap semasa menulis.

Bila tengok foto-foto ngeri rakyat Mesir dilenyek di bawah kereta kebal, yang pecah kepala terkeluar segala isi otak, yang putus kaki dan tangan, yang tidak berkepala di dalam Facebook dan di merata laman web tentang keganasan militari Mesir, ramai la yang mengutuk perlakuan sedemikian, ada yang mengatakan itu tentera Dajjal, ada yang kata itu perlakuan syaitan atau Fir-aun dan ada pula yng kata itu Syi'ah. Ada yang ambil kesempatan untuk jadi hero. Dialah pejuang Islam tulen, penjihad demi agama Allah. Berucap di khalayak ramai dengan semangat berkobar-kobar dan ayat retorik yang berapi-api menaikkan semangat pengikut. Lagaknya seperti hendak angkat senjata pergi berjuang di medan perang. Tapi bila berada di Mesir, dia yang pertama beli tiket kapal terbang untuk pulang ke Malaysia - alasannya "demi keselamatan".

Aku dari mula tidak mau beri komen dan aku hanya memerhati. Aku tidak mampu pergi ke Egypt untuk sama-sama berjuang membaling batu ke atas tentera Mesir. Aku hanya mampu berdoa dari jauh agar saudara Muslim di sana diselamatkan dari malapetaka, ribut-ribut (kata orang Indonesia) dan pembunuhan yang tidak berkesudahan.

Aku tidak kisah siapa Morsi. Beliau menang pilihanraya pun bukan banyak mana. Hanya majoriti 52% dari undi berbanding lawannya untuk calon Presiden, Ahmad Shafik mendapat 48%. Yang aku curiga ialah peranan kumpulan Ikhwanul Muslimin (atau Muslim Brotherhood). Morsi adalah anggota IM. Semasa era Mubarak, IM diharamkan dan ahlinya hanya bertanding sebagai calon tidak berparti walaupun pada hakikatnya membawa ideologi IM. IM juga dilabel sebagai kumpulan terrorist oleh CIA dan Kesatuan Eropah. Kerabat diRaja Arab Saudi tidak mempercayai IM malah mereka menyalahkan IM kerana dikatakan telah membuat banyak kerosakan di dalam negeri. Pendapat popular mereka mengatakan bahawa IM di sebalik cetusan "Arab Spring" di beberapa negara Teluk. 

IM mempunyai anggota di seluruh dunia bukan saja di Mesir. Dianggarkan jumlah keahliannya hampir mencecah 1 juta orang buat masa ini. Oleh itu, ia boleh dikatakan bukanlah sebuah pertubuhan nasional sebaliknya membawa ideologi global. Walaupun IM mempelopori undang-undang Syari'ah, mereka tidak bersendirian. Terdapat beberapa kumpulan lain di Mesir yang turut memperjuangkan syari'ah. 90% rakyat Mesir adalah beragama Islam. Selebihnya penganut Kristian Koptik, Yahudi dan lain-lain. Maka tidak pantas jika kita hanya menyokong IM dan meninggalkan kumpulan lain yang turut sama berjuang ke arah yang sama.

Di sini, aku ingin sekali mengajak pembaca semua membuka minda seluas-luasnya dan jangan terlalu terpengaruh dengan agenda perebutan kuasa pihak tertentu yang menggunakan nama Islam sebagai jalan menagih simpati.

Berikut aku petik tulisan oleh seorang pelajar yang belajar di Mesir. Sila baca semoga anda dapat membuka pandangan anda seluas-luasnya.



Oleh: Ahmad Sadzali
Penulis adalah mahasiswa Universitas al-Azhar, Kairo, asal Martapura

Berbicara soal kudeta di Mesir mungkin tidak akan ada habisnya. Banyak sekali fenomena dan pelajaran yang dapat kita ambil. Salah satu fenomena dan pelajaran yang paling penting dari krisis Mesir ini adalah terbuktinya ukhuwah Islamiah yang sangat kuat di antara sesama umat Islam.

Melihat presiden Mesir Dr Muhammad Mursi dari kelompok Islamis Ikhwanul Muslimin dikudeta militer Mesir, hampir serentak umat Islam di berbagai penjuru dunia mengecam kudeta tersebut.

Terlebih lagi ketika melihat kedzaliman yang dilakukan oleh militer Mesir dengan menembaki pendukung Mursi hingga ratusan korban jiwa telah berjatuhan, umat Islam semakin geram dengan ulah militer tersebut. Sebagai sesama Muslim, kita tentu pasti membela saudara kita yang tengah didzalimi.

Namun ada hal yang sangat disayangkan di sini yaitu ketika ukhuwah Islamiah yang begitu kuat itu dipolitisi untuk ambisi politik. Kisruh di Mesir yang aslinya adalah murni krisis politik, lantas dihubungkan dengan agama Islam, dengan alasan ukhuwah, solidaritas, jihad, dan lain sebagainya.

Perkembangan pola pikir seperti ini tentunya tidak baik dan tidak sehat bagi ukhuwah umat Islam itu sendiri. Genderang solidaritas, apalagi jihad yang ditujukan kepada sesama Muslim hanya akan memperburuk kondisi umat Islam saja. Hasilnya, umat Islam akan semakin terpecah-belah.

Sangat riskan jika selanjutnya terdapat tuduhan bahwa yang mengkudeta Mursi itu adalah musuh umat Islam. Apa kita lupa bawah rakyat Mesir yang mendukung kudeta itu juga beragama Islam? Bahkan di belakangnya juga ada kelompok Islamis seperti Salafi dan institusi keagamaan terbesar, al-Azhar. Lantas apakah kita sudah menganggap sesama Muslim sendiri sebagai musuh?

Oleh karena itulah, ulama-ulama al-Azhar lantas dengan tegas menyatakan bahwa kisruh politik Mesir saat ini tidak ada sangkut-pautnya dengan agama Islam. Jadi jangan sampai membawa simbol-simbol Islam dalam perkara itu, hanya untuk mencari simpati dari kekuatan ukhuwah Islamiah. Itu murni urusan politik dan perebutan kekuasaan.

Namun pernyataan ulama-ulama al-Azhar itu lantas banyak yang diselewengkan dan tidak dipahami secara benar. Untuk itulah penting sekali pernyataan seperti itu dijelaskan secara baik, sehingga tidak terjadi salah paham.

Sikap ulama-ulama Al-Azhar sebenarnya bukan pro-militer, tapi mengedepankan maslahat dan benar-benar berpegang teguh pada prisip syariat Islam. Pernyataan bahwa urusan Ikhwanul Muslimin dan krisis di Mesir sekarang memang benar tidak ada sangkut pautnya dengan agama Islam. Itu adalah masalah politik dan perebutan kekuasaan, tidak ada sangkut pautnya dengan agama.

Namun sayangnya, terkadang di poin ini tidak sedikit orang-orang yang salah memahaminya. Mendengar bahwa politik tidak ada hubungannya dengan agama, lantas pernyataan itu dinilai sekular atau liberal. Padahal yang dimaksud bukan demikian.

Politik dan agama Islam itu sangat erat hubungannya. Bahkan tidak bisa dipisahkan. Konsep politik Islam selalu berlandaskan nilai-nilai dan ajaran agama Islam. Bukan hanya politik saja, melainkan seluruh aspek kehidupan manusia telah diatur oleh Islam. Jadi, sangat tidak mungkin jika konsep politik dalam Islam justru terlepas dari Islam.

Akan tetapi, yang dimaksud para ulama al-Azhar dengan pernyataan tersebut adalah, kasus yang terjadi sekarang di Mesir, bukan perjuangan agama apalagi perang agama, melainkan perjuangan perebutan kekuasaan.

Dr Muhammad Imarah pernah mengatakan soal hubungan negara dan agama Islam. Hubungan antara agama dan negara biasanya antara dua bentuk: 1) penggabungan agama dan negara, yaitu menjadi negara teokrasi, seperti era Kegelapan Eropa dulu ketika negara dikuasai institusi gereja; 2) sekuler, dimana agama dipisahkan dari negara. Sedangkan dalam Islam, sebenarnya tidak mengenal keduanya secara mutlak.

Untuk yang sekuler, dalam Bahasa Arab biasanya disebut fashlu din ‘an daulah (pemisahan agama dari negara). Yang benar dalam Islam itu, menurut Dr Imarah, adalah tamyiz din ‘an daulah. Istilah tamyiz seperti ini memang susah jika dicari terjemahannya ke dalam Bahasa Indonesia. Namun intinya yang dimaksud dengan tamyiz adalah filter atau memilah-milih mana yang termasuk urusan agama dan sekaligus urusan negara atau politik, dan mana yang murni urusan politik saja tanpa ada sangkut-pautnya dengan agama, atau sebaliknya.

Jadi, pendapat ulama al-Azhar tentang kasus politik di Mesir adalah bagian dari tamyiz din ‘an daulah. Jadi tidak semua urusan politik lantas dikaitkan dengan Islam. Apalagi masalah kepentingan perebutan kekuasaan seperti ini yang lantas mengatasnamakan agama untuk mendapat dukungan dan simpati politik, jelas keliru.

Jadi intinya, harus dibedakan antara kasus dan konsep. Secara konsep, jelas Islam tidak terpisah dari negara dan politik. Tapi ini adalah kasus, yaitu kasus perebutan kekuasaan.

Salah satu contoh turunan dari perkara ini adalah, isu syariat Islam dibawa-bawa sebagai alasan untuk mendukung Ikhwanul Muslimin. Stigma yang muncul selanjutnya adalah, Ikhwanul Muslimin perlu dibantu karena mereka memperjuangkan Syariat Islam.

Memang benar Ikhwanum Muslimin memperjuangkan Syariat Islam. Tapi yang menjadi pertanyaan selanjutnya, apa benar hanya Ikhwanul Muslimin yang memperjuangkan Syariat Islam di Mesir?

Stigma seperti ini artinya pengerucutan isu bahwa perjuangan Syariat Islam hanyalah milik Ikhwanul Muslimin. Stigma tersebut tentu tidak berdasar dan menimbulkan logical fallacy dalam pemikiran umat Islam. Sebab stigma ini setidaknya sudah menafikan dan tidak menganggap peranan al-Azhar dan ulamanya serta peranan kelompok Salafi dalam penerapan Syariat Islam di Mesir.

Selama ini, urusan Syariat Islam di Mesir sangat dikawal ketat oleh al-Azhar dan kelompok Salafi juga turut menyetujui konstitusi berlandaskan Syariat Islam yang sudah direferendum pada masa kepresidenan Mursi.

Namun faktanya, ketika Presiden Mursi dikudeta, al-Azhar dan kelompok Salafi yang juga memperjuangkan Syariat Islam juga turut menyetujui kudeta tersebut. Logikanya, seandainya Ikhwanul Muslimin digulingkan karena Syariat Islam yang mereka perjuangkan, tentu al-Azhar dan kelompok Salafi tidak akan merestui kudeta tersebut.

Lantas perlukan kita mendukung Ikhwanul Muslimin di Mesir?

Selama mereka menjadi korban kedzaliman dan keganasan militer Mesir, maka sebagai sesama Muslim harus menolong dan mendukung mereka. Walau bagaimanapun kita tidak dapat membiarkan kedzaliman. Jika militer bersikap biadab.

Namun jika terkait urusan politik Ikhwanul Muslimin yang ingin merebut kembali kekuasaan mereka, maka kita tidak perlu turut campur dalam urusan politik dalam negeri Mesir tersebut. Itu adalah murni urusan politik mereka.

Sikap seperti inilah yang diperankan oleh al-Azhar. Ketika pendukung Mursi didzalimi, al-Azhar mengecam keras tindakan militer. Al-Azhar bahkan berkali-kali mengimbau petinggi Ikhwanul Muslimin dibebaskan sebagai bentuk persamaan hak politik. Namun soal perebutan kekuasaan, al-Azhar sama sekali tidak mau ikut campur. (*)

sadzali_albanjary@yahoo.com

Pautan asal di http://banjarmasin.tribunnews.com/2013/08/15/perlukah-mendukung-ikhwanul-muslimin

Read more...
 
Mediaperak.net © 2013 mediaperak.net & Blogger. Supported by Mediaperak Perak

"Menggalas Harapan Rakyat"