Advertise

Sunday, July 21, 2013

Shisha Haram, Babi Boleh

0 comments
Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam yang bersidang pada 17 Julai 2013 telah memutuskan bahawa shisha adalah haram bagi umat Islam. Ia termasuk perkhidmatan menyediakan shisha dan apa saja aktiviti yang melibatkan shisha.

Setelah meneliti maklumat serta bukti perubatan secara "terperinci dan saintifik" maka muzakarah yang dipengerusikan oleh Prof Emeritus Tan Sri Abdul Shukor Husin telah memutuskan shisha adalah haram bagi umat Islam. Bagaimanapun, apa bentuk maklumat terperinci dan saintifik itu tidak pula dinyatakan.

Tidak lama dahulu, Jawatankuasa yang sama pernah mengisytiharkan bahawa penggunaan vaksin babi untuk jemaah haji adalah dibenarkan disebabkan darurat dengan mengemukakan dalil dari Al-Quran yang disiarkan melalui laman web e-fatwa.gov.my seperti di bawah:

"Walaubagaimanapun sekiranya tidak didapati oleh pesakit (atau orang yang memerlukan) melainkan dalam keadaan dharurat dan terpaksa menggunakan anggota haiwan yang tidak halal, maka tidak menjadi kesalahan kerana keperluan yang mendesak tersebut. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T.

Maksudnya:

“Sesiapa yang terpaksa dengan tidak sengaja dan tidak melewati batas, maka tidaklah berdosa baginya, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani”. ( al-Baqarah: ayat 173)

Rujuk di sini

Adakah suntikan kepada jemaah haji itu merupakan keperluan yang begitu mendesak sehingga tidak jumpa vaksin yang tidak mengandungi babi? Bagaimana jika penghisap shisha yang terdesak juga berminat menggunakan alasan DARURAT demi meneruskan tabiat mereka?

Leave a Reply

 
Mediaperak.net © 2013 mediaperak.net & Blogger. Supported by Mediaperak Perak

"Menggalas Harapan Rakyat"