oleh Deth Mustaine
DUN Sungai Rapat yang secara tradisinya menyaksikan pertandingan antara calon PAS dan BN sejak beberapa penggal lalu kini dicabar oleh seorang calon Bebas, Mior Azman Dato' Mior Aris.
Kerusi N43 Sungai Rapat baru-baru ini kecoh kerana kontroversi ahli UMNO Bahagian Gopeng yang membantah pemilihan semula penyandangnya Dato Hamidah sebagai calon sehingga akhirnya salah seorang ahli jawantankuasanya meletakkan jawatan dan bertindak keluar parti sebagai isyarat menolak pencalonan Dato Hamidah.
Kerusi Sungai Rapat yang sebelum ini menyaksikan pertemuan antara calon PAS, Radzi Zainon lawan Dato' Hamidah Osman dari Barisan Nasional kali ini dikejutkan dengan kehadiran pencabar baru dari calon Bebas itu. Ramai berpendapat dengan kehadiran calon Bebas ini bakal memecahkan undi BN kerana Mior Azman sebelum ini memang dikenali sebagai seorang yang pro-BN. Beliau pernah diberi tugas oleh Dato Hamidah untuk mengendalikan laman Facebook Visit Perak Year 2012 sempena Tahun Melawat Perak tahun lalu. Hamidah menang dengan majoriti sebanyak 636 undi dalam PRU12 yang lalu.
Saturday, April 20, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)