Advertise

Saturday, April 20, 2013

Lebih Baik Hilang Wang Deposit Dari Hilang Undi

0 comments
oleh Deth Mustaine

Masih belum terlambat untuk calon-calon dari Pakatan Rakyat yang bertembung sesama sendiri dalam PRU13 ini menarik diri dari bertanding. Ini kerana nama yang sudah dicalonkan tidak semestinya ia harus meneruskan niat untuk bertanding. Kehilangan sebanyak RM8,000 ringgit tidak boleh lagi dianggap suatu pembaziran dan alasan untuk tidak menarik diri ketika ini kerana pada saat yang getir ini mereka tidak patut melakukan tindakan bodoh sedemikian dengan terus bertarung dalam satu gelanggang. Apa gunanya bertarung sesama sendiri yang akhirnya akan membuatkan undi terpecah dua. Tindakan mereka ini amat mengecewakan penyokong kedua-dua parti dan membuatkan pemerhati melihat Pakatan Rakyat seolah-olah tidak mampu mencapai keputusan yang bijak demi kebaikan kedua belah pihak.

Ramai penyokong hairan bagaimana perkara kecil sebegini tak dapat diselesaikan di peringkat pimpinan malah mereka seolah-olah merestuinya. Ini bukan perkara baru, ia telah berlaku dalam PRU yang lalu tapi pimpinan dan calon tidak mahu mengambil pengajaran dari kesilapan yang lepas. 

Lebih memalukan kerana ia perebutan antara dua parti yang mewakili orang Melayu dan Islam di mana calon-calonnya adalah orang Islam termasuk di Labuan.

Leave a Reply

 
Mediaperak.net © 2013 mediaperak.net & Blogger. Supported by Mediaperak Perak

"Menggalas Harapan Rakyat"