Advertise

Saturday, August 17, 2013

Traffic Light Gopeng Dera Pengguna

0 comments
Kesesakan lebuhraya arah Selatan dalam Perak menuju ibunegara dan trafik perlahan di jalan lama bermula dari depan RTC Gopeng masa orang ramai kembali ke ibukota selepas Hari Raya menarik perhatian untuk dibincangkan.

Aku kandas depan RTC Gopeng hampir sejam masa menuju ke Kampar. Tak tahan sabar, sebelum sampai pekan Gopeng aku buat u-turn, masuk ke Batu Gajah, lalu ikut jalan Tanjung Tualang - Malim Nawar dan keluar semula ke jalan besar menuju Kampar. Jalan yang agak selesa tapi gelap gelita tak ramai orang yang berani lalu di sini waktu malam. Kereta pun tak banyak yang guna jalan ini mungkin kerana kebanyakan orang kota tak sedar akan wujudnya jalan alternatif ini bagi mengelak kesesakan. Tapi laluan ini agak jauh, kalau ikut jalan yang biasa aku lalu boleh sampai Kampar dalam masa 20 minit (luar waktu sesak), ikut jalan Malim Nawar aku ambil masa 40 minit baru sampai di simpang keluar Caltex.

Tapi jalan ini memang selesa. sampai di Caltex, aku nampak jalan raya lengang tak banyak kereta. Ini bermakna kesesakan hanya berlaku di antara RTC Gopeng dan mungkin berakhir di kawasan yang bernama Jeram. Mari kita lihat kenapa kesesakan boleh berlaku di sini.

Bermula dari depan RTC Gopeng terdapat sebuah lampu isyarat yang tidak banyak gunanya. Lampu isyarat ini diwujudkan kerana memberi kemudahan kepada pelanggan yang hendak membeli-belah di pasaraya Mydin. Itupun kesesakan berlaku di tengah malam - waktu pasaraya sudah ditutup. Lampu isyarat itu sepatutnya dipadamkan. Kompleks RTC juga tutup tiada siapa yang bekerja di waktu malam.

Terdapat 3 lorong depan RTC sebelum sampai lampu isyarat itu. Selepas lampu isyarat, tinggal 2 lorong untuk kira-kira 100 meter sebelum jadi 1 lorong. Ramai pemandu yang berhenti di stesen minyak dan keluar ikut lorong kiri sebelum bertembung semula dengan arus trafik yang memang sudah sesak, membuatkan lalulintas makin 'jem'. Kalau kira laluan dari stesen minyak, dari 5 lorong menjadi 1. Sebab itu keadaan sangat sesak di depan RTC. Aku nampak barisan manusia sedang beratur depan tandas stesen minyak. Barisan yang luarbiasa panjang. Semua sabar menanti. Mana yang cirit-birit tentu ambil masa lama bertapa dalam tu. Yang menunggu giliran di luar menyumpah-nyumpah.

Tambahan pula lampu isyarat merah memaksa kenderaan berhenti padahal tiada kereta yang keluar dari simpang Mydin di malam-malam buta. Berhenti semata-mata kerana mahu patuh lampu isyrat dan takut disaman. Kehadiran lampu isyrat di sini adalah sia-sia, menyusahkan dan tidak kena pada waktunya. Ia telah menyumbang kepada kesesakan lalulintas selama berjam-jam di RTC Gopeng.

Tak cukup dengan lampu isyarat RTC, beberapa ratus meter di depan di pekan kecil Gopeng juga terdapat lagi 4 lampu isyarat yang berdekatan. Satu depan stesen bas Gopeng, kedua di depan balai bomba Gopeng, ketiga dekat stesen minyak Shell dan yang keempat yang juga merupakan sistem lampu isyarat sia-sia ialah di depan simpang Kopisan.

Depan stesen bas Gopeng dan depan balai bomba memang perlu ada lampu isyarat. Tapi lampu isyarat depan balai bomba dan depan Shell adalah lampu isyarat yang ambil masa yang lama untuk bertukar dari merah ke hijau. Sama ada rosak atau tidak, perkara ni dah berlalu sejak bertahun-tahun dulu. Ini menunjukkan memang sistem timer dibuat lama sedemikian dan sistem lampu ini tak pakai sensor. Bukan sebab rosak. Ini menambah lagi kesesakan membiuatkan kenderaan di belakang tidak boleh bergerak jauh atau terus tersekat. 

Bagi kenderaan yang menghala terus ke depan, kadangkala mereka perlu berhenti sia-sia kerana menurut lampu isyarat depan simpang Kopisan. Sepatutnya untuk kenderaan yang jalan terus, mereka tak perlu berhenti. Lampu sepatut terus hijau. Wujudkan pembahagi jalan untuk memisahkan jarak kenderaan yang keluar dari simpang kanan maka kenderaan dari Utara tak perlu berhenti.

Oleh itu, sistem lampu isyarat dari RTC ke pekan Gopeng patut dikaji semula dan diseliakan ikut jumlah kenderaan yang masuk, bukan ikut timer. Pembahagi jalan juga perlu dibina di depan simpang Kopisan. Ini merupakan jalan alternatif bagi mereka yang dah letih ikut lebuhraya yang sama juga keadaannya. Setidaknya jalan lama memberi pilihan kepada pengguna, bukan menyusahkan.  
 
Nak harap pak polisi jaga jalan masa Hari Raya? Sori la Yob...polis pun nak beraya juge. Tinggal la beberapa kerat je yang kena bertugas. Mana cukup kakitangan nak jaga semua lalulintas bang! Tugas polis bukan jaga lalulintas je. Kes rompak, samun, tembak sape nak jaga?

Leave a Reply

 
Mediaperak.net © 2013 mediaperak.net & Blogger. Supported by Mediaperak Perak

"Menggalas Harapan Rakyat"