Di Bandaraya Ipoh, setiap tahun bazar Ramadan Medan Gopeng dan Bazar Ramadan Stadium antara lokasi yang menjadi tumpuan dan mendapat sambutan hangat di kalangan orang ramai untuk membeli juadah berbuka puasa. Itu termasuk pengunjung dari kalangan bukan Islam yang turut mengambil kesempatan untuk menikmati kueh-mueh dan resepi masakan Melayu. Waktu bazar Ramadan mula membuka tirainya kira-kira pukul 3.30 atau 4 petang juga adalah waktu yang ditunggu-tunggu oleh kaki tak puasa yang sedang "kebuluran" dan tidak sabar-sabar lagi untuk menikmati hidangan tengahari mereka. Siapa yang tau di kalangan orang yang membeli juadah itu adalah pelakon-pelakon terhebat yang sebenarnya tak puasa. Tak kisah la tu, itu antara mereka dengan Tuhan. Apa yang menarik di bazar Ramadan, biasanya makanan yang kita jarang perolehi atau sukar didapati pada waktu biasa boleh didapati di pasar Ramadan. Pendek kata, ini adalah musim pesta makanan tempatan.
Tidak hairan bazar Ramadan juga dijadikan sebagai suatu produk pelancungan untuk menarik pelancung asing menikmati makanan tempatan dan juga masakan yang tidak boleh diperolehi di waktu lain. Apa yang unik tentang bazar Ramadan di kedua-dua lokasi ini, selain pilihan berbagai jenis makanan dan minuman, orang ramai yang berkunjung ke sini juga tentu biasa dengan pemandangan minah-minah "flasher" yang suka memperagakan bentuk tubuh, fesyen skirt pendek dan warna kulit ketika mereka keluar membeli juadah berbuka puasa. Pak Haji, Lebai dan Tok Imam juga tegoda dan yang tak melepaskan peluang ini membeli-belah sambil menikmati pemandangan yang indah yang hanya hadir di bulan puasa. Jangan kata semua Haji, Lebai dan Tok Imam alim dalam semua hal. Dalam hal tertentu, mereka juga boleh hanyut dan kopiah pun boleh terbang.
Apa yang menghairankan, dari mana datangnya minah-minah flasher ini. Kalau di bulan-bulan biasa, mereka ini tidak kelihatan. Lagipun, kalau nak lihat pemandangan begini, cuma boleh dilihat pada waktu malam di kawasan-kawasan yang banyak pub dan kelab-kelab malam. Adakah mereka ini setan-setan yang terlepas dari rantai? Mustahil kerana semua hantu jembalang, pocong, hantu raya, pontianak, Nang Nak dan Ju-on telah dibelenggu di bulan puasa.
Kemungkinan mereka ini memang sejak azali lagi memang begitu, tapi di bulan lain mereka ini balik kerja terus pulang ke rumah - oleh itu kelibat Ju-on ini tidak pernah kelihatan. Maka di bulan puasa mereka singgah di bazar-bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka. Mereka juga berpuasa seperti orang lain. Janganlah kita pandang mereka cara berbeza. Mungkin satu hari nanti mereka akan sedar dan bertaubat silap-silap gaya jadi ustazah.
Selamat Berpuasa, dan rasanya dah dekat nak Raya ni, aku nak ucap Selamat Hari Raya kepada semua pembaca. Maaf Zahir & Batin.
Wednesday, July 24, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)