Advertise

Tuesday, July 23, 2013

Maruah Negara Tergadai Angkara FAM

0 comments
Aku dari dulu rasa amat pelik kenapa FAM suka sangat jemput kelab ternama terutama dari Barclays Premiere League seperti MU, Chelsea dan  Arsenal, terbaru Barcelona dari Liga Spanish untuk melawan team kebangsaan. Sepatutnya kelab lawannya ialah kelab, kalau lawan dengan Kelantan, Selangor atau JDT ada logiknya. Ini team bertaraf kelab. Biarpun taraf mereka jauh lebih tinggi dari liga di Malaysia, sekurang-kurangnya kalau team kita kalah teruk, tak bawa nama negara dan memalukan negara kerana pasukan nasional Malaysia kalah teruk lawan pasukan bertaraf kelab. Apa punya bingai punya idea ni aku pun taktau nak cakap apa lagi dah. Memang pemikiran Rajagopal ni tahap sampah.

Kelab-kelab besar biasanya kalau off-season depa akan tour keliling dunia dan salah satu tentatif program ialah buat friendly match dengan mana-mana team yang berhajat nak lawan depa ni. Tapi kalau setakat Malaysia ni, aku rasa baiklah jangan lawan dengan depa. Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. Depa tu team kuat, kalau depa nak singgah kat sini, biarlah depa jumpa peminat je dah cukup - Rajagopal duduk diam-diam, tak payah lawan depa.

Memang la kalau dibandngkan kekuatan, pasukan kebangsaan memang tak mampu nak kalahkan pasukan kelab sebab pemain mereka jauh lebih hebat dan berpengalaman di peringkat dunia berbanding pemain Malaysia yang hanya mempunyai pengalaman setakat bermain di liga tempatan. Tapi bila taraf negara ditemukan dengan pasukan bertaraf kelab, ia meletakkan maruah pasukan negara di tahap rendah dan apabila kalah, ia telah membuatkan maruah pasukan negara jatuh lebih teruk dan amat memalukan. Biarpun mereka menamakan pasukan sebagai Malaysia XI atau Malaysia Selection, nama Malaysia masih dikekalkan dan ini membuatkan peminat-peminat bolasepak di seluruh dunia memandang bahawa Malaysia adalah pasukan belasahan di mana pasukan kelab dari liga Inggeris saja bukan lawan Malaysia.

Chelsea bukan bermain dengan kekuatan sebenar - itu pun dah jaring 4 gol. Kalau main dengan full-strenght, rasanya mau jadi 10 macam Spain belasah Tahiti. Tahiti pun masih ada maruah sebab itu pasukan kebangsaan. Mereka lawan dengan bekas juara dunia. Apa nak malu kalau kalah 20 - 0 sekalipun. Ini Malaysia, team nasioanl kalah 4 biji dengan team kelab. Mana la nak letak maruah team bolasepak negara kalau macam ni punya pemikiran orang-orang dalam pengurusan bolasepak negara.

Aku rasa, lepas ni jangan la menggadaikan maruah negara dengan membiarkan orang-orang dalam FAM mencaturkan maruah negara dengan melagakan pasukan negara dengan pasukan kelab dari liga Inggeris atau Spain. Lebih baik Malaysia lawan team Tahiti dulu sebeum berhajat nak lawan kelab-kelab besar dari England. Dengan Vietnam pun belum tentu Malaysia boleh menang, ada hati nak main dengan Barcelona.

Aku harap lepas ni, Barca juga main sambil lewa dan lihat berapa gol pulak Malaysia kena belasah.

 

Leave a Reply

 
Mediaperak.net © 2013 mediaperak.net & Blogger. Supported by Mediaperak Perak

"Menggalas Harapan Rakyat"