Advertise

Tuesday, July 23, 2013

Batal Lawan Barca Elak Jatuh Maruah

0 comments
Malaysia patut membatalkan perlawanan bolasepak menentang satu lagi kelab bolasepak terkuat di dunia iaitu FC Barcelona yang dijadualkan berlangsung pada 10 Ogos 2013 di Stadium Bukit Jalil.

Biarpun ini hanya perlawanan persahabatan, kita tidak mahu maruah pasukan negara dicalar dengan begitu teruk lagi selepas kekalahan 4-1 menentang pasukan kelab Chelsea sebelum ini. Barcelona bukan calang-calang pasukan malah kali ini mereka akan disertai oleh penjaring handalan baru dari Brazil iaitu Neymar. Barca yang terkenal dengan corak permainan Tiqui-taca - iaitu penguasaan bola dari bawah hingga ke kawasan tiang gol bakal menyaksikan pasukan negara tidak akan merasa bola sampai ke akhir perlawanan. Apatah lagi mahu menjaringkan gol, bukan saja cium bau bola, malah pemain Malaysia bakal dilihat bekerja keras hanya untuk mendapatkan bola dari kaki pemain Barca yang melintas di depan mata tanpa dapat menyentuh walau sesaatpun. 

Jaringan besar juga dijangka bakal membolos jaring gol pasukan negara. Tarikh perlawanan yang diadakan pada hari raya juga merampas masa pemain dengan keluarga dan ini menyebabkan permainan yang tidak bersungguh-sungguh kerana mood Hari Raya masih lagi dirasai. Seeloknya biarkan Barca mengadakan majlis pertemuan dengan peminat sahaja, membuat acara dan jualan merchandise kelab dan tidak perlu mengadakan perlawanan dengan pasukan kebangsaan. Ada banyak cara lain untuk mereka bertemu peminat mereka sendiri, bukan dengan mengadakan perlawanan persahabatan. Bukan kerana takut, tapi ini melibatkan maruah negara yang telah pun tercalar teruk selepas kekalahan dengan pasukan bertaraf kelab iaitu Chelsea.

Setidaknya biarkan kelab lawan dengan kelab, kalau masih mahukan pemain kebangsaan bermain, namakan pasukan Kelantan, Selangor, ATM atau JDT untuk melawan Barca, bukan Malaysia XI. Kalah pun puas hati.


Leave a Reply

 
Mediaperak.net © 2013 mediaperak.net & Blogger. Supported by Mediaperak Perak

"Menggalas Harapan Rakyat"