Advertise

Tuesday, July 9, 2013

Ahli Syurga Pertikai Kehadiran Muslim Lain Ke Masjid di Bulan Puasa

0 comments

Bila tiba bulan Ramadan, kita mula mendengar sindiran sinis dari orang² yang mengaku lebih alim dari orang lain bahawa "masjid akan penuh dengan muka-muka baru yang selama ini tak pernah nampak. Mereka mula mendekatkan diri mereka dengan masjid dan sering kelihatan terutama waktu morëh atau buka puasa. Lepas tu muka-muka ini akan hilang semula hingga waktu buka puasa esoknya". Perkara ni akan berulang hinggalah akhir puasa dan selepas hari raya, muka-muka ini akan lenyap terus dari muka bumi hilang entah ke mana. Kata mereka yang mengaku diri mereka ni lebih alim dari orang lain (kononnya seolah-olah masjid tu mak bapak mereka yang punya), "kalau nak lihat muka-muka ini lagi, tunggu bulan puasa tahun depan".

Kalau begini cara masyarakat memandang orang lain yang tak begitu alim seperti mereka ni, maknanya sampai bila-bila pun umat Islam akan saling benci-membenci, tidak bersatu dan masing-masing mempunyai perasaan syak wasangka sesama sendiri.

Sepatutnya mereka yang rasa diri mereka dah cukup alim, warak dan sudahpun menempah tiket ke syurga berbanding mereka yang jarang datang ke masjid, tidak boleh mengambil sikap sedemikian rupa. Ini membayangkan bahawa jurang antara masyarakat terutama orang Melayu Islam yang 'moderate' (tidak selalu nampak muka di masjid) dengan golongan warak yang dah dapat tiket ke syurga semakin jauh. Jurang itu seolah-olah membezakan antara Melayu yang sering ke masjid dan Melayu yang tak kenal masjid. Padahal masjid itu rumah Allah, walaupun yang membinanya ialah kontraktor kaum Cina tapi ia sepatutnya sentiasa terbuka menymabut sesiapa sahaja tak kira mereka itu kaki masjid atau bukan. Itu hak asasi setiap umat Islam  untuk menggunakan masjid sebagai tempat menunaikan ibadah dan tiada siapa pun berhak enghalang orang lain menggunakan masjid untuk tujuan beribadah. Masjid adalah tempat yang suci maka tidak sepatutnya golongan yang "sudah menempah tiket ke syurga" ini menghalang golongan yang jarang nampak mukanya di masjid dari datang menziarahi rumah Allah ini.

Kalau orang-orang Islam berterusan bersikap sebegini, maka tidak hairanlah umat tidak akan bersatu sampai bila-bila. Dan golongan yang jarang datang ke masjid akan terus menjauhi diri mereka dari masjid kerana sikap segelintir umat manusia yang kononnya sudah menempah tiket ke syurga. 

Leave a Reply

 
Mediaperak.net © 2013 mediaperak.net & Blogger. Supported by Mediaperak Perak

"Menggalas Harapan Rakyat"