Pengundi terutama di Perak disamping menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi diharap dapat menjadi 'mata dan telinga' kepada rakyat untuk mengesan segala bentuk penipuan yang bakal dilakukan oleh pihak yang cuba menipu proses demokrasi pada pagi ini. Mereka yang mempunyai masa lapang adalah baik jika dapat berada di tempat mengundi hingga petang dan seterusnya hingga ke saat pengiraan undi kerana pada waktu inilah segala macam penipuan bakal dilakukan. Setelah mendapat tahu bahawa pengundi diminta mengundi awal kerana cuaca tidak menentu, mungkin pihak penipu ini akan menjalankan perancangan mereka pada waktu petang kerana waktu petang sudah tidak ada ramai orang. Jika terdapat perkara-perkara yang mencurigakan, anda boleh menghubungi nombor berikut:
019-7149413
012-7385127
013-2223003
012-3115670