Advertise

Sunday, May 19, 2013

Ulasan PRU 13 : Kedah vs Selangor

0 comments
 Assalamualaikum W.B.T..

Dah lama rasanya aku tak mrnulis kat MediaPerak memandangkan aku agak sibuk dengan kerja kebelakangan ni. Walaubagaimanapun rasanya tak terlewat untuk membuat ulasan tentang kisah2 PRU 13 yang lepas.

Banyak kisah2 menarik sebelum dan selepas tarikh 5hb Mei 2013 lepas. Kisah di Selangor dan Kedah yang paling menarik perhatian aku untuk buat perbandingan. Nak tunggu ulasan dari Brader Mat Saman Kati, dah nak masuk 2 minggu dah. 

Mungkin Brader MSK sebuk dengan kerja lapangan di samping NGO alam sekitar yang digerakkannya bersama rakan2 yang lain. Dan yang paling best kata Brader MSK, Alahmdulillah, MediaPerak bukan la punca utama kekalahan Pakatan Rakyat di negeri Perak.

keh keh keh keh keh keh keh...

Makan dalam jugak ayat tu...!!!

So, tak salah kot rasanya aku pulak yang buat ulasan mengikut cara dan selera aku la. Kalau rasa tak puashati dan ada pandangan lain, jangan malu2 untuk emailkan ke mediaperak@gmail.com. Konfom artikel yang di post akan di publishkan oleh admin MP.

Berbalik kepada kisah pilihanraya di negeri Kedah dan Selangor, aku awal2 lagi dah agak dah kerajaan negeri PAS Kedah akan tumbang dalam PRU 13 kali ni. Mana taknya, bermacam krisis melanda pentadbiran negeri di samping Menteri Besarnya yang di kelilingi oleh kaki2 ampu. Dah la MB nya tak boleh di tegur, barisan Exco pulak jenis yang tak mau beralah. Masing2 keras kepala ikut kehendak sendiri sedangkan rakyat memerhati dan menilai. Jika begini trend pentadbiran PAS, maka agak mustahil rakyat mahu memberi kepercayaan lagi kepada PAS lepas ni.

Rakyat mahu kerajaan yang membela rakyat dan bukan bergaduh sesama sendiri berebut jawatan. Apakah ini model pentadbiran Islamik cara PAS? Apa yang berlaku di Terangganu dulu kini berlaku lagi di Kedah. Mengapa kedua2 negeri ni tak mau ambik contoh model pentadbiran yang diamalkan oleh kerajaan Kelantan pimpinan Tok Guru Nik Aziz? Bagi aku, seorang ulama bukan bererti dia seorang pentadbir yang baik. Tapi seorang pentadbir yang baik boleh jadi dari seorang ulama.

Berbeza pulak dengan Selangor. Selangor di bawah Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim cukup cemerlang dalam aspek untuk menjaga kebajikan rakyat. Walaupun tak semua mampu di penuhi dalam masa yang singkat ni, tapi dalam tempoh 'percubaan' selama 5 tahun telah membuktikan dia mampu untuk mentadbir Selangor dengan baik.

Walaupun PKR mendapat kerusi yang paling sikit di DUN Selangor, namun PAS dan DAP telah sebulat suara bersetuju untuk melantik TS Khalid meneruskan kerja2nya sebagai MB. Tapi ada sikit keganjilan yang berlaku bila mana Azmin@Zuraida@MPN Selangor pulak yang membantah keputusan itu dengan alasan kerusi MB tu hak milik PKR dan gabungan parti lain dalam Pakatan tak layak untuk campurtangan.

Aduhai!!! Dah la dapat kerusi paling sikit, siap demand pulak. Hilang akal ke diaorang ni? Dan bab ini yang paling aku tunggu2 untuk melihat siapa sebenarnya pejuang rakyat(walaupun berlakon) dan siapa dikalangan opportunis yang berselerak dalam parti tak kira PAS, DAP atau PKR. Tapi kumpulan Azmin ni kelihatan terperangkap dengan agenda mereka sendiri. Terbaru nak desak pulak jawatan Exco, gila kuasa dan jawatan teruk sangat dah ni..

Bayangkan kedua2 negeri Pakatan Rakyat ni satu, cukup kukuh hingga gagal ditumbangkan dengan apa cara sekalipun waima orang dari dalam parti sendiri tapi yang satu negeri lagi tak payah susah2 Umno nak serang. Sesama sendiri pun dah jenuh berpencak silat bagai. Ada yang dah injured nyawa2 ikan sebelum bertarung dengan Umno lagi, macam mana nak menang.

Apapun, PRU 13 ni memang mencipta sejarah. Sejarah gelap negara termasuk sejarah bagaimana kerakyatan Malaysia bertambah dengan pelbagai etnik yang sebelum ni cuma ada di negara2 Asia lain. Sejarah bagaimana SPR dan JPN dan segala agensi2 lain diperkudakan dan dijadikan parti kompenan Barisan Nasional untuk Pakatan Rakyat hadapi dalam PRU 13 ni. Dan paling celaka, isu perkauman cuba dibangkitkan semula setelah majoriti pecahan kaum diperolehi dari keputusan PRU kali ni.

~Adios~

Leave a Reply

 
Mediaperak.net © 2013 mediaperak.net & Blogger. Supported by Mediaperak Perak

"Menggalas Harapan Rakyat"