Yayasan Bina Upaya diwujudkan atas prinsip untuk membantu menaikkan taraf kehidupan rakyat Perak melalui peruntukan pinjaman mikro-kredit sebenarnya indah khabar dari rupa. Ada pemohon yang telah mengisi borang permohonan tapi tidak mendapat sebarang maklumbalas sama ada permohonan mereka dipertimbangkan atau tidak sebaliknya terus mendapat surat menyatakan permohonan mereka telah gagal tapi tidak dinyatakan sebab-sebabnya.
Saya pernah bertanya kepada orang nombor 3 YBU, Ketua Perkhidmatan Mikro-Kredit iaitu Encik Ghafarud-din Usulud-din apakah mekanisme yang digunakan untuk menilai kelayakan pemohon, jawapan yang diberikan amat mengecewakan malah ia agak melucukan.
Kata beliau, pihak YBU akan pergi melawat ke rumah pemohon untuk menilai sejauh mana mereka layak dari segi pendapatan dan perbelanjaan isi rumah, tapi kadangkala ada rumah pemohon yang memiliki parabola Astro di atas bumbung membuatkan pemohon tidak layak mendapat pinjaman dari YBU. Perkhidmatan Astro adalah merupakan suatu kemudahan yang patut dinikmati oleh rakyat bukan kerana mereka ini kaya. Kadang-kadang ada pelanggan yang tersangkut bayar bil Astro kerana tidak cukup wang tetapi mereka terpaksa mencari juga wang demi menikmati siaran menarik dari stesen tv swasta itu. Ia tidak boleh dijadikan ukuran bukan menilai mereka sebagai orang kaya.
Ada juga seorang berbangsa Cina dari kawasan Pasir Pinji yang diberikan rumah baru padahal dia adalah seorang buruh kontrak dan mempunyai pendapatan purata kira-kira lebih seribu ringgit sebulan. Adakah sebenarnya mekanisme yang digunakan oleh YBU untuk menilai kelayakan pemohon padahal ada pemohon yang layak tidak mendapat bantuan dan pemohon yang tidak layak diberikan bantuan membina rumah baru.
Ini bertentangan dengan apa yang dilalui kerana ada pemohon yang tidak pernah didatangi oleh pegawai YBU sama ada menilai taraf pendapatan mahupun beramah mesra atau membuat temuramah untuk tujuan menyelidik kemampuan pemohon.
Ini menunjukkan objektif sebenar YBU tidak sampai sasaran malah ramai yang mengatakan YBU diwujudkan semata-mata untuk memberi peluang perniagaan kepada kroni-kroni yang menempek mencari peluang menambah pendapatan walaupun mereka ini sudahpun kaya-raya dan memiliki berbilang-bilang syarikat besar dan berpendapatan berpuluh-puluh ribu ringgit sebulan. Ada juga yang memandang orang-orang penting di YBU sebenarnya terdiri dari mereka yang kemaruk nak ambil kesempatan buat duit dari sumber-sumber yang tidak sepatutnya seperti mengecas komisyen dari program-program berkaitan yang dijalankan oleh YBU.
Jika benar YBU ingin membantu menaikkan taraf kehidupan rakyat di negeri ini, YBU perlu bertindak dengan lebih efektif dengan turun melihat sendiri keadaan hidup pemohon, bukan sekadar membuat keputusan tidak layak berdasarkan penilaian melalui borang yang diisi oleh pemohon dari atas kerusi empuk dan mewah di pejabat yang berhawa dingin.
Tuesday, May 14, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam
Yong pernah masuk hutan Belum. Kat sana ada perkampungan orang asli (orang asal). Rumah teruk berlubang-lubang. Tapi ada Astro. Sebabnya? Dia nak tengok AF.
Yong tinggal di bandar raya. Tapi tidak melanggan Astro.
It is a matter of priority.
Ha ha ha..tuan Blog,
Masalah ASTRO ni saya rasa siapa yang dok kat Rawang..kena ambik ASTRO untuk tenggok tv...pasal kalau guna areal biasa kabur..ha ha ha.
Jadi,Natijahnya...kena tenggok ler sebabnya...mana tau signal siaran TV taraf Cipan, patut kena ada ASTRO...ala baru RM30++ sebulan..ha ha ha.
Aku pun tak langgan ASTRO.