Advertise

Wednesday, May 8, 2013

Kemenangan PAS Di N43 Kerana Faktor Pertambahan Pengundi Baru

1 comments
Kemenangan calon PAS bagi N43 Sungai Rapat bukanlah disebabkan oleh undi protes dari penyokong-penyokong UMNO yang tidak puas hati dengan pencalonan semula Dato Hamidah Osman. Penyokong UMNO tidak boleh berbangga dan mendakwa kemenangan calon PAS adalah berpunca dari mereka kerana jika dilihat jumlah kertas undi yang dikeluarkan kali ini, ia bertambah sebanyak 57% dari PRU12 dahulu. Ini menunjukkan pertambahan pengundi baru dan juga dibantu oleh mereka yang sanggup pulang bercuti dari perantauan semata-mata untuk mengundi dan memberi sokongan kepada calon PAS, Radzi Zainon.

Kehadiran calon Bebas yang dikatakan pro-BN yang bakal menarik undi ahli UMNO yang tidak suka kepada Hamidah juga bukanlah faktor yang membantu kemenangan calon PAS. Calon Bebas hanya mendapat undi sebanyak 333 sahaja manakala Radzi Zainon menang dengan majoriti 2,638 mengatasi undi Hamidah Osman.

Walaupun peratusan pengundi yang keluar mengundi bertambah kepada 85% berbanding 73% pada PRU12, ia tidak menggambarkan  undi protes ahli UMNO terhadap Hamidah kerana jumlah pengundi kali ini ialah seramai 36,635 berbanding 21,040 pada PRU12.

Undi rosak yang berjumlah 460 melebihi jumlah yang diperolehi calon Bebas menunjukkan bahawa ia tidak banyak beza dengan jumlah undi rosak pada PRU12 iaitu sebanyak 406. Jumlah undi rosak dan undi untuk calon Bebas jika digabungkan masih tidak dapat mengatasi majoriti yang diperolehi oleh calon PAS iaitu 2,638.

Jika dilihat jumlah undi yang diperolehi Hamidah, beliau juga berjaya mendapat pertambahan jumlah undi sebanyak 5,967 tapi sokongan pengundi baru yag lebih banyak menyokong calon PAS telah berjaya mengatasi sokongan terhadap Hamidah.

Jadi, pertarungan kali ini boleh dikatakan pertembungan antara pengundi baru yang menyokong Hamidah Osman dengan pengundi baru yang menyokong Radzi Zainon. Bukannya pertarungan 3 penjuru antara penyokong UMNO, PAS dan Bebas. 

One Response so far.

  1. Istiqomah says:

    Secara logiknya satu-satu kawasan pilihanraya paling tingg setakat 75% kehadiran pengundi. Selebih dari itu boleh dianggap sebagai undi 'ragu'.

    Untuk mengisi undi 'ragu' perlu ada :
    1. dakwat x kekal
    2. pemberian IC pada pendatang asing

Leave a Reply

 
Mediaperak.net © 2013 mediaperak.net & Blogger. Supported by Mediaperak Perak

"Menggalas Harapan Rakyat"