Advertise

Thursday, May 2, 2013

Debat Antara Calon DUN Sungai Rapat

0 comments


2 Mei 2013 - Orang ramai perlu hadir untuk mendapat maklumat sebenar menyaksikan debat terbuka antara kedua-dua calon N43 Sungai Rapat iaitu antara Radzi Zainon (PAS) dengan Hamidah Osman (BN) berkenaan isu Sekolah Agama Rakyat Taman Pegoh Aman di dataran Taman Maju Rapat berdekatan dengan Lapangan Terbang Ipoh.

Debat ini akan diadakan pada jam 9 malam ini. Hamidah telah memberi maklumbalas kesudian untuk berdebat dengan memberi syarat bahawa perlu mendapat permit polis terlbih dahulu. Difahamkan permit polis telah dipohon oleh pihak penganjur dan tiada alasan lagi untuk beliau tidak hadir dalam dsebat ini. Mari kita lihat beranikah Hamidah berdebat dengan lawannya dari PAS ini. Sebelum ini Zambry telah beberapa kali membuktikan bahawa dia seorang Menteri Besar yang pengecut kerana tak berani berdebat dengan Nizar Jamaluddin sebaliknya dia memetik nama Jamaluddin Radzi ADUN Behrang supaya berdebat dengan Nizar. Tindakan Zambry ini dipercayai atas nasihat dan pandangan orang-orang kanannya yang takut 'terkantoi' dan tidak pandai berhujah termasuk Setiausaha Politik yang namanya tidak tersenarai sebagai calon dalam mana-mana kerusi DUN mahupun Parlimen. Takutnya Zambry 'boss' kepada Hamidah Osman sudah membayangkan anak buahnya tentu lebih kecut dari bossnya sendiri.

Apapun, kita tunggu malam ini.   


Leave a Reply

 
Mediaperak.net © 2013 mediaperak.net & Blogger. Supported by Mediaperak Perak

"Menggalas Harapan Rakyat"