Monday, May 13, 2013
Asmuni arkitek kegagalan PR Perak!
Categories :
Hari nie Ulang tahun 13 Mei. Sepatutnya aku menulis pasal 13 Mei dan tembok perkauman. Disebabkan artikel pasca PRU-13. Memang banyak aku nak cerita termasuklah "Harapan Baru ke Putrajaya". Tapi, aku tangguhkan dulu sebab hutang (artikel) aku dengan Hj Asmuni belum selesai lagi.
Bila berbincang pasal keputusan PRU-13 bersama dengan rakan blogger thecybersniper, kami sama pendapat iaitu "Asmuni arkitek kegagalan PR Perak".
Mungkin para penyokong Pas marah kerana ungkapan 'kegagalan PR Perak'. Apa kena-mengena Asmuni dengan kegagalan PR secara keseluruhan?
Aku senaraikan 5 pelan tindakan Asmuni yang menyebabkan kekalahan PR Perak. Sebelum tu PR Perak jangan hangpa ulang skrip "kami kalah sebab penipuan SPR". SPR memang kaki penipu, tapi PR Perak perfect siap sedia ke untuk menang dalam PRU-13?
1. Rampas kerusi
Jelas, aku nak sebut pasal hubungan Pas-PKR. Aku berani kata sebelum PRU-13, "Jangan hairan kalau PR Perak kalah dalam PRU-13". Biasanya, aku suka buat andaian pasal pilihanraya berdasarkan data-data pilihanraya. Tapi, aku ungkapkan ayat-ayat tadi kerana ketamakan Pas Perak yang diketuai oleh Asmuni. Paling tegang di Perak ialah kerusi Changkat Jering dan Parlimen Bagan Serai.
Nasib baik DS Nizar menang di Changkat Jering. Kemenangan DS Nizar disebabkan karismatik DS Nizar yang mendapat sokong pelbagai kaum terutamanya kaum Cina. Aku jugak tak dengar sebarang cubaan sabotaj daripada PKR Bukit Gantang. Tapi, Pas ambik kerusi PKR tanpa mengantikanya. Mengikut maklumat-maklumat aku dapat, Pas akan gantikan Changkat Jering dengan Manong. Tapi, tak ganti.
Kesimpulanya, pengundi atas pagar beranggapan Pas nie Tamak dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat macam ada tapi tkde. Akibatnya, pengundi pagar mula menghukum PR Perak.
*Pengundi Atas Pagarlah penentu kemenangan PR dan BN pada PRU-12 dan PRU-13.
2. Kekalkan calon yang tak boleh menang
Walaupun kerusi Trong layak disentuh, kali ini aku lebih suka sentuh pasal kerusi Lubuk Merbau. Kerusi ini kerusi yang dimenangi oleh Pas pada PRU-12. Pasai apa pulak Pas gagal pertahankan kerusi ini? Apabila Pas membuat persiapan mengambil semula Perak, perkiraan WAJIB bermula dengan 'Kekalkan kerusi-kerusi yang pernah dimenangi'. Macam mana Asmuni memutuskan untuk kekalkan Zainuddin di Lubok Merbau? Tak masuk akai langsung! Sepatutnya, YB yang 'gagal dalam saringan' tukar jelah. Nie pi kekal?
3. Kurang Calon Muda
Nie satu lagi perkara yang aku tak boleh maafkan Asmuni. Asmuni nie Pengarah Pilihanraya. Takkanlah hang tak tau yang memenangkan PR nie hanyalah pengundi muda.Yang hangpa pi boh pak-pak saluran 1 pasai apa? Orang macam KUIS boleh hangpa tinggai?
Tak masuk akal langsung!
4. Rancang jadi MB
Point nie memang ramai yang tak tau. Hanya segelintir je yang tau Asmuni nie berlumba dengan DS Nizar untuk kerusi MB. Aku ingat lagi. Pada 2011 (kalau tak silap aku), PR Perak buat Forum Integriti Pakatan Rakyat Perak di Batu Gajah. Dalam forum tu, aku dapat maklumat bahawa ada beberapa pandangan yang inginkan Nizar dijadikan Ikon PR Perak. Orang lain nak angkat Nizar, kenapa Pas Perak hanya kekalakan Nizar sebagai "calon N.14" ? Awat takut sangat kerusi MB dapat kat Nizar? Hangpa gagal gunakan seorang ikon yang boleh tarik pengundi muda dan pengundi bukan Melayu sebab teringin sangat kat kerusi MB
*AWAS: Jangan tiru AzminAli
5. Siap susun pemegang GLC
Amboi Asmuni, ingat hang pandai susun calon je, hang boleh susun pemegang GLC? sepatutnya selaku pengarah Pilihanraya hang susun calon-calon yang berpotensi sudahlah! Disebabkan hang sibuk sangat tang GLC, Perak terlepas.
Dah! aku tk nak tibai banyak-banyak. Hang pun kalah! Harap, selepas nie cerdik sikit dalam bab pilihanraya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam Media Perak
Rata-rata Yong nampak musabahnya argument ini. Tapi bab ambik Changkat Jering taknak ganti tu Yong tak faham langsung.
PAS dok gaduh minta sama ada kerusi Pasir Salak atau Sungai Manik tu apa hal? Sampai ke sudah PKR ambik dan kalah. Bukan ke janji asal pinjamkan saja? Tolong bagi pencerahan di sini.
Ikut teori Yong kalau serah salah satu kerusi itu pada PAS ada peluang menang. PAS memang dah dapat kerusi Kg Gajah yang sukar dimenangi. Maklumle orang miskin, atuk dalam kubur pun mengundi kape layor.
Disebabkan gaduh berebut kerusi, jentera PAS dan PKR tidak ada kerjasama. Jentera PAS Sungai Manik pergi ke Teluk Intan. Jentera PKR Teluk Intan pergi ke Sungai Manik. Apa barang?
Jadi, bukan salah Haji Asmuni sahaja.
Isu kerusi Changkat Jering: mengikut perjanjian PR, kerusi yang ingin dituntut, harus digantikan kerusi yang sama potensi. Contohya, jika Chnagkat Jering (kerusi PKR menang), harus digantikan dengan kerusi yang menang (Contohnya, Titi Serong). Pas tak buat begitu. Pas ambik Changkat Jering tanpa menggantikan. Ringkas kata, Pas telah melanggar perjanjian PR
Isu di Pasir Salak: Pas Boikot PKR sehingga ada arahan pimpinan yang menghalang ahli Pas berkerjasama dengan PKR. Maka, perkataan "Pakatan Harapan Rakyat" hanya kata-kata manis. Cakap tak serupa bikin.
Kerjasama Pas-PKR: saya sokong kenyataan saudara
Salah Asmuni Sahaja: Saya tk kata salah Asmuni sahaja. Saya hanya kata (pokoknya) Salah Asmuni...
Shamsul Effendey:
1. Ini bukan analisa, Cuma pandangan peribadi
2. Ini bukan pentas Pas, nk haram kan yg tu, nk halalkan yg nie..
3. Isu dalaman dan perangai serta prinsip manusia tiada fakta
4. Hujah secara berhemah, kalau nak carut pi blog papagomo
Belajar dan faham 4 perkara diatas.
Shamsul Effendey:
kan aku kata "Pi belajar dan fahamkan dulu"..
baru aku faham hang nie sakit hati sebab Harakah kena sound dgn MP ye...hahaha..
Ambik gambar orang tanpa bagi kredit, bukan level longkang?
Sedara2 sekelian. Kerusi Changkat jering adalah tukaran dengan kerusi Alor Pongsu. Mengikut perjanjian pada 2008, PKR sepatutnya serahkan kerusi Alor Pongsu kerana dapat kerusi Parlimen Bagan Serai. Malangnya, pada 2008 PKR tidak serahkan kerusi Alor Pongsu. Maka, pada tahun 2013, PKR telah bersetuju untuk serah Changkat Jering sebagai ganti kepada Alor Pongsu. Harap maklum
Kekalahan PR di PErak tiada kena mengena dgn Asmuni mahupun sesiapa sahaja. Kekalahan adalah kerana Pakatan Rakyat kecuali DAP semua sebuk bermimpi indah tapi tak mau buat kerja.
PACA2 tak dilatih dengan betul dan jentera2 tak dilatih dengan jitu.
Rata2 pemimpin2 PKR dan PAS terlampau percaya kepada SPR dan Polis.
Last2 semua kena lentur dengan SPR dan Polis.
PADAN MUKA PR PERAK!!!!!