Pimpinan kedua-dua parti PKR dan PAS sedang berusaha untuk membetulkan keadaan di mana terdapat pertembungan antara kedua parti di beberapa kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen. Jika keputusan untuk dicapai salah seorang dari calon agar menarik diri dari bertanding adalah baik untuk kedua-dua parti. Tapi mari kita lihat sejarah kertas undi di tempat-tempat yang direbut ini. Jika jumlah undi yang Pakatan Rakyat perolehi dalam PRU12 tidak banyak berbeza, ini menunjukkan Pakatan sudah awal-awal lagi menempah kekalahan di semua kerusi yang direbut oleh kedua-dua parti.
N.21 - Sungai Acheh
PKR 4,761
BN 5,011 Menang
JUMLAH PEMILIH : 12,347
KERTAS UNDI DITOLAK : 162
KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 9,939
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 5
PERATUSAN PENGUNDIAN : 80.50%
MAJORITI : 250
BN menang dengan majoriti 250. Jika 2 calon PR yang bersaing dikekalkan, ini bermakna undi untuk Pakatan tidak akan dapat mengatasi undi BN. Satu kerusi tewas untuk PR.
N.39 - Kota Damansara
PKR 11,846 Menang
BN 10,771
JUMLAH PEMILIH : 29,701
KERTAS UNDI DITOLAK : 603
KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 23,566
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 346
PERATUSAN PENGUNDIAN : 79.34%
MAJORITI : 1,075
Meskipun PKR menang dengan majoriti 1075 dalam PRU12, pertandingan kali ini menyaksikan pertembungan antara 6 calon. Perebutan antara calon PKR dan PAS akan membuatkan undi PR terbahagi dua. Ini juga bakal membuatkan kerusi PR tewas sekali lagi.
P.166-Labuan
BN 10,471 Menang
BEBAS 2,014
PAS 1,106 Hilang Deposit
JUMLAH PEMILIH : 20,783
KERTAS UNDI DITOLAK : 311
KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 14,149
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 247
PERATUSAN PENGUNDIAN : 68.08%
MAJORITI : 8,457
Ini kerusi parlimen. Adakah anda fikir PAS yang hilang wang deposit dalam PRU12 dan PKR akan dapat melonjakkan jumlah undi dari 1106 kepada lebih 4000 undi (8000 undi untuk kedua-dua parti PAS & PKR) masing-masing untuk mengatasi calon BN? Tidak semudah itu. PR sudahpun menempah kekalahan di Parlimen Labuan.
Untuk 3 lagi kerusi DUN di Terengganu (Kota Putera, Seberang Takir & Bukit Besi) yang menyaksikan pertembungan antara kedua-dua parti, rasanya tak perlu diulas banyak kerana BN menang dalam semua kerusi ini dalam PRU12 dengan majoriti lebih 2400 untuk setiap kerusi. Anda fikirlah sendiri apa akan jadi bila ada 2 calon dari Pakatan Rakyat!