Advertise

Sunday, April 28, 2013

Perang Poster: Kuantiti Vs. Kualiti

0 comments
oleh Deth Mustaine



Tinjauan kru Mediaperak di beberapa tempat di sekitar bandaraya Ipoh menunjukkan Pakatan Rakyat terutama PAS menang dari segi kualiti kerana kebanyakan bendera parti berada pada kedudukan lebih tinggi dari bendera Barisan Nasional. Ini menunjukkan daya usaha dan ikhtiar yang bersungguh-sungguh dari anggota parti untuk memperkenalkan parti dan calon masing-masing. Begitu juga bendera Parti Keadilan Rakyat yang diletakkan tinggi di atas gunung berhadapan dengan Taman Song Choon membuatkan ia hampir mustahil untuk disabotaj oleh mana-mana pihak kecuali memerlukan usaha yang gigih.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) pula meletakkan bendera mereka lebih tinggi di atas tiang lampu jalan yang paling tinggi di pekan Jelapang mengalahkan semua bendera lambang dacing.

Bendera lambang dacing menang dari segi kuantiti kerana berada di hampir semua tempat di sekitar Ipoh. Tapi kaedah memasang bendera yang rendah dan mudah dicapai orang ramai menunjukkan daya usaha yang minima untuk menaikkan semangat pengundi. Kebanyakan banner panjang yang dipasang di sepanjang jalan juga kelihatan putus atau bertebaran di atas jalanraya kerana tidak tahan ditiup angin dan cuaca hujan lebat dan panas silih berganti membuatkan ia mudah rosak. 

Leave a Reply

 
Mediaperak.net © 2013 mediaperak.net & Blogger. Supported by Mediaperak Perak

"Menggalas Harapan Rakyat"