Advertise

Tuesday, April 23, 2013

Pemilik Kolej Swasta Dapat Durian Runtuh Lagi

0 comments
Pemilik Kolej Taj yang juga bekas ahli Parlimen Pasir Salak yang sering kena 'pau' dengan wartawan yang sangap dan mata duitan, Dato Tajuddin Abdul Rahman rupanya masih belum puas dengan harta dan kekayaan yang dimiliki kali ini dianugerahkan konsesi bernilai RM1.3 bilion untuk membina dan menyelenggara kampus UiTM Tapah, Perak selama tempoh kontrak 23 tahun melalui syarikat beliau Detik Utuh Sdn Bhd. Syarikat ini bukanlah syarikat yang pakar dan ada rekod yang baik dalam pembinaan. Perkara ini didedahkan oleh Pengarah Strategi Keadilan, Rafizi Ramli dalam sidang media hari ini.

Detik Utuh Sdn Bhd adalah sebuah syarikat Ali Baba yang hanya mendapat keuntungan atas angin dengan menggunakan sebuah syarikat lain, Crest Builder Holdings Berhad untuk mengusahakan sepenuhnya pembinaan dan penyenggaraan UiTM Tapah. Pada masa yang sama, kosnya melambung sehingga 5 kali ganda akibat pemberian konsesi yang menguntungkan Dato’ Tajuddin Rahman.

Dalam pada itu, Rafizi meminta Tajuddin membersihkan namanya dari terpalit dengan tuduhan rasuah, amalan kronisme memandangkan dia dipilih oleh Najib sebagai calon yang boleh menang dan disukai.

Leave a Reply

 
Mediaperak.net © 2013 mediaperak.net & Blogger. Supported by Mediaperak Perak

"Menggalas Harapan Rakyat"