Advertise

Monday, April 22, 2013

MediaPerak : Ilusi dah jadi kenyataan..!!!

0 comments

Menjelang pilihanraya umum ke 13 yang bakal diadakan pada 5hb Mei 2013 ni, wa nak flashback balik tujuan asal dan halatuju MediaPerak yang ditubuhkan atas inisiatif bersama bermula dengan Resolusi Teluk Senangin, Manjong Perak. 

Walaupun wa tak dapat join waktu tu sebab wa balik menyambut kedua orang tua wa yang baru balik dari Mekah untuk buat umrah, wa support apa sahaja keputusan yang bakal dibuat kat sana nanti. Wa berbanyak terima kasih kat Abang Mat Saman Kati yang bagi peluang untuk wa turut sama dalam gerakan rakyat di alam siber ni.

Dalam resolusi tu, walaupun wa tak join tapi member2 banyak yang bagitau bahawa gerakan MediaPerak yang nak dilancarkan akan mendapat pembiayaan dari pihak Pakatan Rakyat tapi awal2 lagi ramai yang bersetuju agar MediaPerak bukan menjadi lidah rasmi Pakatan tetapi lidah rasmi rakyat.

Kami menggalakan orang ramai untuk menyampaikan sumber maklumat dari setiap kawasan tak kira ianya akan menjejaskan mana2 pihak, janji suara rakyat yang diutamakan. Lebih baik kalau berita itu untuk kepentingan rakyat seperti contoh brader yang tak mahu di kenali berkenaan surat terbuka kepada Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim.

Namun pinsip ni agak bertentangan dengan segelintir  pemimpin Pakatan Rakyat Negeri Perak dengan melabelkan MediaPerak sudah di beli Umno bila ada pendedahan yang melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat. MediaPerak mahukan calon yang betul2 telus dan bersih supaya ianya tidak menjadi senjata kepada musush kemudian hari.

Para pemimpin yang ada track rekod yang tak berapa cantik tu, berundur la. Tak payah buang tenaga penyokong2 parti berkempen sedangkan sudah tahu umum ditolak oleh pengundi dikawasan tu. 

Dan isu terbaru yang tengah hot dan menjadi senjata yang sangat berguna sekarang ni, isu pertindihan calon di beberapa kawasan Dun di Penang, Selangor, Perak, Terengganu dan Parlimen Labuan. 

Perkara ni banyak kali dah ditekankan supaya pemimpin parti meletakkan calon yang merentas parti. Sebab pilihanraya kali ni, rakyat amat bijak. Rakyat bukan memilih berdasarkan logo parti semata2. 

Memang diakui rakyat mahukan perubahan tetapi kalau calon yang diletak disitu tak ada jasa malah tak dikenali pun, bagaimana pengundi nak memberi undi? Mungkin pengundi malah pendokong parti sendiri pun akan boikot ataupun merosakkan undi tanda protes.

Apakah ini yang dimahukan oleh pimpinan atasan? Dan pertindihan calon ini walaupun berjaya diselesaikan sebelum hari pembuangan undi, nescaya pasti akan ada penyokong sebelah pihak yang memboikot pilihanraya di Dun berkenaan kerana merasa tak puashati kerana calon yang disokong ditolak pimpinan sedangkan borang penamaan calon sudah dihantar dan telah disahkan layak bertanding. Apakah semua ini tak pernah terfikir oleh mereka yang bergelar pemimpin?

Kalau dulu MediaPerak dihentam kerana mengkritik Pakatan secara terbuka, apakah kini baru sedar natijah dan teguran yang diberikan dulu untuk kebaikan masa depan? Yang kita minta ialah senarai awal calon supaya senang ditapis samada layak atau tidak untuk di angkat menjadi pemimpin rakyat. Senang di soal selidik latar belakang supaya tidak menjadi senjata lawan dan senang untuk kita counter balik serangan pihak musuh. Tapi, hingga saat akhir krisis pencalonan ni tak boleh nak selesai.






Leave a Reply

 
Mediaperak.net © 2013 mediaperak.net & Blogger. Supported by Mediaperak Perak

"Menggalas Harapan Rakyat"