Datuk Seri Abdul Hadi Awang (tengah) menzahirkan sokongannya terhadap Dr Hamzah Jaafar (kiri)
dan calon Bebas DUN Damak and Koh Boon Heng (kanan).
|
Sokongan secara terbuka Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada calon Bebas, Koh Boon Heng bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Damak, Pahang telah menimbulkan kemarahan sekutu politik mereka Parti Keadilan Rakyat (PKR), lapor Mstar.
DUN Damak menyaksikan pertandingan empat penjuru, calon BN yang penyandang, Datuk Lau Lee telah ditentang oleh Jamaluddin Abd Rahim (PKR) dan dua orang calon bebas, Mohd Nor Jaafar dan Koh Boon Heng.
Sementara itu, Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh berkata tindakan Abdul Hadi itu bertentangan dengan semangat Pakatan Rakyat apabila PAS menyokong kempen calon Bebas.
Ini bukti tiada kesepakatan dalam Pakatan Haram. Dengan seminggu lagi menjelang hari pengundian, PKR dan DAP masih lagi bertelagah mengenai siapa yang berhak untuk bertanding di kerusi DUN Damak.
Sudahlah Pakatan Rakyat tidak didaftarkan seperti mana Barisan Nasional yang parti-parti komponennya bertanding menggunakan satu bendera biru logo dacing. Bukannya seperti Pakatan Rakyat, bertanding menggunakan bendera masing-masing.
SURUHANJAYA PILIHAN RAYA, SILA BACA, FAHAM DAN PEKA! BAHAWA PAKATAN RAKYAT TIDAK SAH !