Satu dokumen bertajuk "Janji Calon PSM" (lihat gambar) menarik perhatian penulis untuk mengulas berkenaan 3 perkara seperti berikut:
No. 5 Mengisytiharkan harta wakil rakyat setiap tahun.
Perkara ini amat sukar dilakukan oleh pemimpin baik dari BN mahupun gabungan 3 parti dalam PR. Faham-faham sajalah kenapa ada pemimpin yang tidak mahu isytihar harta. Ia umpama menyerah tengkuk untuk disembelih.
No. 10. Akan hidup secara sederhana dan tidak mengamalkan kehidupan mewah.
Ini juga mungkin sukar dilakukan oleh pemimpin-pemimpin dari BN dan PR kerana ada di kalangan mereka ini sudahpun menjalani kehidupan mewah sebelum menjadi calon. Tidak salah mengecapi kemewahan tapi kemewahan itu biarlah berpada-pada. Jangan jadi seperti Ketua Menteri Sarawak pemimpin kaya raya rakyat hidup melarat.
No. 12. Tidak akan menyertai Barisan Nasional jika menang.Tidak akan melompat parti...
Ini hanya janji. Ia belum tentu tahan terhadap ujian. Apabila mereka ditawarkan wang 10 juta ringgit, belum tentu lagi mereka dapat bertahan dengan godaan sedemikian.Wang 10 juta ringgit adalah nilai yang cukup untuk hidup di Malaysia tanpa bekerja sampai mati. Peluang sebegini mungkin hadir sekali dalam seumur hidup.
Selain dari 3 perkara di atas, semua janji yang lain adalah janji-janji yagn biasa dilakukan oleh kebanyakan pemimpin baik dari PR mahupun BN. Semua orang boleh berjanji, nak tunaikan janji adalah satu perkara yang berbeza.
Friday, April 26, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)