Setelah hangat diperkatakan oleh orang ramai termasuk menjadi bola tanggung kepada media arus perdana dan juga blogger-blogger UMNO, akhirnya isu pertembungan calon dari PAS dan PKR telah berjaya diselesaikan. PAS menarik keluar calon-calon di negeri-negeri sebelah pantai Barat manakala PKR menarik keluar calon-calonnya di Terengganu bagi membuka peluang kepada hanya satu parti yang bertanding menetnag Barisan Nasional.
Mediaperak juga mengemukakan isu ini sejak beberapa hari ini dengan tujuan untuk melihat Pakatan Rakyat membuktikan kesepakatan antara parti-aprti gabungan kerana itu isu ini juga turut hangat diperkatakan oleh Mediaperak. Akhirnya 'rakyat' menang dalam pertarungan yang tidak sepatutnya berlaku ini.
Biar apapun alasan yang diberikan sama ada kesilapan teknikal atau masalah komunikasi, rakyat tidak kisah semua itu. Apa yang penting rakyat ingin melihat pertarungan yang begitu sengit antara calon Pakatan menentang calon Barisan Nasional. Tahniah diucapkan kepada pemimpin, calon-calon yang bertanding dan juga yang menarik diri serta tahniah kepada rakyat seluruh Malaysia kerana anda telah berjaya memberi tekanan kepada mereka.
Tuesday, April 23, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)