Advertise

Thursday, April 25, 2013

Calon Guna Ilmu Hitam?

0 comments
Siapa calon PRU13 guna ilmu hitam kerana mahu kekalkan kuasa? Ramai ahli parti tak berani melawan kerana kuasanya begitu besar dan hebat. Dia tidak ramai pengikut, tapi pengikutnya yang sedikit itu merupakan orang-orang yang setia kepadanya. Mereka sedia buat apa saja yang disuruh kerana takutkan 'kuasa' yang ada padanya. Dia boleh jadi seperti kes Mona Fendy yang kerat manusia 18 bahagian kemudian masak dagingnya dan hidangkan kepada tetamu. Suruh buat apa saja, pengikut tak akan berani membantah. Jika membantah, terimalah akibatnya.

Pengikutnya juga terdiri dari mereka yang menjadi ahli kumpulan samseng taik kucin'. Jangan sesiapa berani sentuh, kalau sentuh sedikit maka samseng-samseng taik kucin' ini akan keluar beramai-ramai membelasah anda.

Orang ramai yang kenal dia tahu akan perangai dia. Tapi orang ramai tak mahu campur urusan kepala samseng yang menjadi calon ini. Kerana orang ramai tahu akibatnya amat buruk sekali jika berani menyebut namanya. Namanya kalau diikutkan tidak ada dalam senarai tapi dek kerana takut dan kecut dengan ugutan kepala samseng ini, akhirnya namanya terpaksa dinaikkan juga sebagai calon.

Dikhabarkan calon ini memang amat berkuasa sekali sehingga sanggup membunuh demi mengekalkan kuasanya. Hanya satu saja cara untuk menjatuhkan calon ini iaitu melalui pilihanraya yang bersih dan adil. Orang ramai jangan lupa bahawa mereka juga ada kuasa - kuasa mengundi. Orang ramai perlu gunakan kesempatan ini untuk membunuh karier politik kepala samseng ini. Jangan biarkan barah yang sedang melanda masyarakat ini berleluasa. Pastikan semua kertas undi menolak kepala samseng ini. Inilah masa dan kesempatan yang ada untuk menjatuhkan kepala samseng yang guna bomoh ini. Sehebat mana seekor bomoh hitam, dia akan tewas juga kerana kertas undi. Jadi gunakanlah kesempatan ini.

Leave a Reply

 
Mediaperak.net © 2013 mediaperak.net & Blogger. Supported by Mediaperak Perak

"Menggalas Harapan Rakyat"