Pilihanraya kali ini memperkenalkan penggunaan dakwat 'kekal' dicalit pada tangan agar mereka yang telah mengundi dapat dikenalpasti. Bagaimana kalau ada pihak yang cuba menipu dengan menyarungkan tangan dengan sejenis lapisan elastik yang kelihatan realistik seperti kulit manusia yang sebenar? Perkara in tidak mustahil boleh berlaku kerana ia telah lama diaplikasi dalam filem-filem blockbuster Hollywood contoh seperti filem Face-off.
Setelah tangan mereka yang dilapisi bahan elastik dicalit dengan dakwat kekal, mereka akan keluarkan lapisan yang terkena dakwat itu dan sarungkan lapisan yang baru kemudian dapat mengundi buat kali kedua, ketiga dan seterusnya.