Advertise

Monday, April 22, 2013

Ahli Parti Tanding Bebas Harus Dipecat Serta Merta: Biarkan Mereka Tanding Bebas

0 comments
oleh Deth Mustaine

DAP memberi amaran kepada ahlinya yang bertanding atas tiket Bebas supaya menarik semula pencalonan atau dikenakan tindakan pecat. Parti itu tidak akan berkompromi kepada ahli parti yang bertanding kerana ia jelas melanggar disiplin parti.

Dua orang calon yang tidak terpilih untuk mewakili DAP menyerahkan kertas pencalonan atas tiket Bebas, seorang untuk Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him dan seorang lagi DUN Teratai, Janice Lee, perlu meminta maaf dalam tempoh 24 jam serta menarik diri dari bertanding. Jika mereka gagal berbuat demikian kedua-duanya akan dipecat dari DAP.

Tindakan ahli parti yang mencalonkan diri sendiri sebagai wakil Bebas menetang parti sendiri tidak seharusnya berlaku dan ini menandakan terdapat rasa tidak puas hati di kalangan ahli dan penyokong masing-masing kerana ketua mereka tidak dicalonkan lalu mereka bertindak bertanding atas tiket Bebas.. Orang begini sepatutnya sudah dipecat sejak awal lagi, bukan menunggu selepas sehari penamaan calon kemudian memberi masa sehingga 24 jam supaya menarik diri dan meminta maaf, kerana mereka ini sudahpun menjadi musuh dalam selimut dan sudah tentu orang-orang ini tidak akan membantu untuk memenangkan calon parti asalnya. Selepas dipecat, itu hak mereka untuk bertanding dan biarkan mereka bertanding atas tiket Bebas dan tiada siapa patut menghalangnya kerana mereka bukan lagi ahli parti.    

Tindakan menentang parti sendiri jelas menunjukkan dia tidak mahu berada rakan seperjuangan di dalam parti sebaliknya mementingkan diri sendiri dan tindakan yang paling sesuai ialah dipecat berkuatkuasa serta merta. Apa lagi hendak 'disimpan' pemberontak-pemberontak sebegini kerana ia bakal meniup semangat memberontak dan meluaskan pengaruhnya di kalangan ahli yang lain di masa akan datang. Orang sebegini tidak akan bertahan dengan perjuangan parti dan mereka ini adalah contoh terbaik yang mempunyai risiko akan 'melompat' jika diberi peluang menjadi calon dan menang. 

Leave a Reply

 
Mediaperak.net © 2013 mediaperak.net & Blogger. Supported by Mediaperak Perak

"Menggalas Harapan Rakyat"